Now Reading
“Senang Betul Cari Kawan” – Lelaki Ini Selamba Join Sekumpulan Nenek Lepak Depan Rumah

“Senang Betul Cari Kawan” – Lelaki Ini Selamba Join Sekumpulan Nenek Lepak Depan Rumah

Lelaki dikenali sebagai Aliff itu secara tiba-tiba menghentikan motosikalnya di sebuah rumah selepas melihat sekumpulan nenek sedang berbual mesra.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sudah bersara dan meningkat usia, golongan tua pastinya akan banyak menghabiskan masa di rumah.

Namun kadangkala, meluangkan masa di rumah mungkin akan menjadi semakin bosan sekiranya rutin yang sama dilakukan pada setiap hari. Ada masanya mereka akan kering idea untuk melakukan apa.

Salah satu cara bagi menghilangkan kebosanan itu adalah dengan berbual dengan jiran tetangga. Kalau anda perasan, ramai golongan ibu atau warga emas akan keluar rumah pada waktu petang untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain.


Lelaki Secara Tiba-tiba Sertai Sekumpulan Nenek Berbual Depan Rumah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aliffmzln) menyaksikan seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Aliff sedang melalui sebuah kawasan kejiranan.

Pada awalnya, seorang lelaki dilihat dengan bersahaja berjalan di kawasan sekitar. Namun, Aliff secara tiba-tiba menghentikan motor miliknya di sebuah rumah selepas melihat sekumpulan nenek sedang berkumpul.

Selepas memberikan salam kepada golongan wanita tersebut, Aliff kemudian mendekati mereka dan berkata, “Makan tak ajak ya.”

Salah seorang daripada nenek tersebut kemudian mempelawa Aliff untuk menjamah pisang goreng yang berada di atas meja.

“Duduk dulu, makan kena duduk,” kata seorang wanita.


Aliff Berbual Mesra Dengan Sekumpulan Nenek

Aliff kemudiannya terus duduk dan berbual dengan mereka seolah-olah sudah lama mengenali warga emas berkenaan.

Menurut Aliff, nenek-nenek tersebut bukan kenalannya dan hanya menegur mereka secara spontan pada waktu itu.

Sama ragamnya seperti segelintir golongan dewasa yang lain, Aliff juga ditanya dengan soalan ‘panas’ iaitu, “Dah kahwin ke belum?”

Selepas berbual mesra dan melayan telatah kumpulan nenek tersebut, Aliff telah mengucapkan terima kasih kerana dijamu dengan kuih-muih lalu mengundurkan diri.


Ramai Terhibur Lihat Gelagat Aliff Melayan Sekumpulan Warga Emas

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat terhibur dengan gelagat Aliff yang secara tiba-tiba sertai kumpulan nenek itu.

“Memang selamba betul. Nenek-nenek tu pun melayan,” kata seorang netizen.

Malah segelintir individu berpendapat golongan orang tua mudah didekati dan bersikap baik hati.

“Macam itulah orang tua, ramah dan mudah berkasih sayang. Tapi senang betul ya kau minta pisang goreng nenek,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga yang berkata kaum Adam senang bergaul dengan orang ramai walaupun dengan individu tidak dikenali.

“Ni lelaki paling senang cari kawan. Kau tinggal la dia sorang dekat mana-mana pun habis semua jadi kawan dia,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@aliffmzln)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Nenek Guna Stetoskop Untuk Berbual Cuit Hati Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Datuk Ismail Sabri Tiru Gaya Jalan Cucunya Buat Netizen Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Terhibur Lihat Telatah Kanak-Kanak Menyamar Jadi Patung Dalam Butik Pakaian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd