Ramai Tidur Di Stesen Minyak Gara-gara Tempat Penginapan Sekitar Cameron Highlands Penuh?
Menerusi video tular, kelihatan banyak kenderaan di stesen minyak Petronas Brinchang, Pahang pada 7 Julai lalu, jam 1 pagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila tiba sahaja cuti persekolahan atau cuti umum, sudah pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk bercuti bersama ahli keluarga.
Antara tempat pelancongan utama penduduk tempatan adalah Cameron Highlands. Bukan sahaja untuk membeli buah strawberi segar malah bagi menikmati pemandangan bukit-bukau yang indah.
Sebelum ini, Conde Nast Traveler (CN Traveler) telah menobatkan Cameron Highlands di tangga ke-51 iaitu antara destinasi tercantik secara global.

Baca Artikel Berkaitan: Cameron Highlands Secures Spot Among the World’s Top 51 Beautiful Destinations
Pelancong Didakwa Bermalam Di Stesen Minyak Kerana Tempat Penginapan Penuh
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tunacameron) menyaksikan stesen minyak Petronas Brinchang, Pahang dipenuhi dengan kenderaan dipercayai milik pelancong dari Cameron Highlands.
Menurut pengendali akaun tersebut, para pelancong didakwa terpaksa bermalam di sana akibat tidak mendapat tempat penginapan sekitar Cameron Highlands.
Hal ini berkemungkinan kerana setiap penginapan di sana sudah dipenuhi pelancong disyaki berpunca oleh cuti Awal Muharram yang baru sahaja berlalu.
Menerusi klip video dikongsi, kelihatan kenderaan yang banyak di stesen tersebut meskipun sudah menjelang 1 pagi. Difahamkan, kejadian berlaku pada Ahad lalu (7 Julai).
“Malam ini tak dapat tempat penginapan. Esok pula kena hadap trafik entah berapa jam, bertabahlah,” kata individu tersebut menerusi ruangan kapsyen.
@tunacameron Malam ini tak dapat tempat penginapan,Esok pula kena hadap jem entah berapa jam,Bertabahla #homstay0194256971 #tunacameron #motorsewa #apartmentcameronhighlands #homstay0194256971 ♬ original sound – Tuna Cameron
Jalan Ke Cameron Highlands Dilihat Sesak
Dalam hantaran seterusnya, individu itu juga telah menunjukkan situasi trafik di Cameron Highlands semasa waktu siang pada hari yang sama.
Kalau anda lihat sendiri, memang tak dapat dinafikan jalan raya begitu sesak dengan kedatangan pelancong dari pelbagai negeri.
@tunacameron #homstay0194256971 #apartmentcameronhighlands #motorsewa #tunacameron #cameronhighlands #homstaycameronhighlands ♬ original sound – Tuna Cameron
Ramai Pelancong Elak Pergi Cameron Highlands Ketika Cuti Umum
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi. Ramai berkata mereka tidak akan pergi ke Cameron Highlands pada waktu sebegitu bagi mengelakkan trafik sesak.
“Tak hadap la Cameron Highlands masa cuti umum ni. Saya rela ambil cuti waktu hari biasa. Saya dah berumur ni, tak lalu dah nak bersesak-sesak,” ujar seorang netizen.
Malah ada juga seorang pelancong Cameron Highlands berkongsi pengalamannya ketika berada di sana.
“5 jam sangkut (dalam trafik) sampai tempat penginapan sangat membuang masa. Taubat tak mahu pergi waktu cuti sekolah,” jelas seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu berkata para pelancong sepatutnya menempah tempat penginapan pada awal waktu.
“Kenapa tak booking awal-awal kalau dah tahu cuti umum?” tanya seorang wanita.

















Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram