Now Reading
“Ini Baru Level Antarabangsa” – Baju Seragam Atlet Paralimpik Malaysia Raih Pujian Masyarakat

“Ini Baru Level Antarabangsa” – Baju Seragam Atlet Paralimpik Malaysia Raih Pujian Masyarakat

Pakaian seragam yang diperkenalkan untuk atlet paralimpik negara ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris telah berkolaborasi dengan jenama ‘Nerves Malaysia’.

pJangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak pelancaran baju seragam bagi atlet Malaysia untuk sukan Olimpik 2024 di Paris, ia menjadi topik hangat yang diperkatakan, bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi termasuk juga masyarakat luar negara.

Baca Artikel Berkaitan: Minah Salleh Sifatkan Baju Olimpik Malaysia Seperti Baju Sukan Sekolah [Video]

Wujud kritikan daripada orang ramai bahawa pakaian yang ditaja oleh Yonex Sunrise Malaysia itu seolah-olah dibuat seperti ala kadar.

Situasi ini membuatkan sesetengah masyarakat di media sosial berasa kecewa kerana pakaian rasmi untuk mewakili Malaysia di pentas dunia sepatutnya dihasilkan dengan penuh kreatif bagi mencerminkan nilai negara kita.

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Warna Cantik Tapi Tak Dapat Emas Pun Tak Guna” – Ketua Kontinjen Malaysia Ulas Isu Baju Atlet Sukan Olimpik


Rekaan Pakaian Seragam Atlet Paralimpik Jadi Perhatian Ramai

Baru-baru ini, Majlis Paralimpik Malaysia telah memperkenalkan baju seragam untuk atlet yang bakal mewakiili negara ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris pada 28 Ogos hingga 8 September 2024.

Difahamkan, pakaian tersebut telah berkolaborasi dengan sebuah jenama iaitu ‘Nerves Malaysia‘.

Rekaannya diasaskan dari warna Jalur Gemilang dengan bajunya berwarna putih serta dihiasi dengan corak belang berwarna biru, merah dan kuning.

Sumber: X @NPCMalaysia

Bahagian depan baju tersebut juga ditampal dengan logo Paralympic Games Paris 2024 dan Majlis Paralimpik Malaysia.

Baju itu juga tertera tulisan ‘Paralympic Council Malaysia’, ‘Team PCM’, gambar bendera Jalur Gemilang dan simbol Paralympic Games Paris 2024 di bahagian belakang.

Video yang dimuat naik untuk mempersembahkan rekaan baju tersebut pada khalayak ramai juga agak menarik dan kelihatan eksklusif.


Netizen Puji Rekaan Baju Untuk Atlet Paralimpik Malaysia

Rata-rata masyarakat yang melihat baju yang dikhaskan untuk atlet paralimpik Malaysia ke Sukan Paralimpik 2024 itu memberikan reaksi teruja kerana berpendapat rekaannya yang unik.

Siap ada yang bertanya sama ada pakaian tersebut dijual untuk masyarakat umum atau tidak.

Boleh dikatakan ramai yang menganggap baju berkenaan kelihatan seperti taraf antarabangsa dan lebih kemas berbanding pakaian seragam yang dibuat untuk atlet Malaysia yang bakal mewakili Sukan Olimpik 2024.

Pada masa yang sama, orang ramai turut mendoakan agar atlet paralimpik Malaysia dapat membawa kejayaan buat negara dengan memenangi acara sukan yang dipertandingkan.

“Cantik dan nampak eksklusif. Semoga berjaya buat semua atlet para di Paris nanti” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Bakal Peraga Baju Rekaan Rizman Ruzaini Ketika Majlis Perasmian

Selepas rekaan baju untuk atlet Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 mendapat kecaman dan kritikan yang hangat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah memperkenalkan pakaian baharu pada 2 Julai lalu.

Baca Artikel Berkaitan: MOM Tukar Corak Baharu Pakaian Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024, Lebih Garang & Menyerlah!

Sumber: MOM

Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin juga mengesahkan bahawa kontinjen Malaysia turut akan memakai Baju Melayu yang direka oleh pereka tersohor tempatan, Rizman Ruzaini untuk perasmian pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada 26 Julai.

Selain itu jenama Skechers turut menjadi kasut rasmi yang akan dipakai kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris dengan nilai tajaan bernilai RM194,290.

Baca Artikel Berkaitan: Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Baca Artikel Berkaitan: Ini 13 Baju Seragam Atlet Dari Negara Lain Untuk Sukan Olimpik 2024 Di Paris


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd