Now Reading
“Ikat Pun Tak Kemas” – Lori Balak Lebih Muatan Di Jalan Raya Bikin Ramai Bimbang

“Ikat Pun Tak Kemas” – Lori Balak Lebih Muatan Di Jalan Raya Bikin Ramai Bimbang

Difahamkan kejadian berlaku di sebuah jalan raya dari Johor menghala ke Gemas, Negeri Sembilan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, lori lebih muatan boleh mengundang bahaya terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Seperti sebelum ini, seorang penunggang motosikal wanita nyaris maut selepas dirempuh dan dihempap kayu balak dari sebuah lori yang terbalik.

Kejadian itu berlaku pada jam 11.23 pagi semalam (9 Julai) di lampu isyarat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

Lori yang membawa muatan kayu balak dikatakan terbalik ketika melalui persimpangan lampu isyarat sehingga menyebabkan mangsa yang tercampak telah dirempuh kayu berkenaan.

Siasatan kemudiannya mendapati turn-table patah menjadi punca kayu balak terjatuh dan menghempap penunggang motosikal itu.

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Wanita Cedera Parah Dihempap Kayu Balak Jatuh Dari Lori Terbalik Di Kelantan


Kes Lori Balak Bawa Lebih Muatan Berlaku Lagi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @mynewshub) apabila seorang individu telah berkongsi video memperlihatkan dua buah lori balak dipandu dengan melebihi muatan.

Difahamkan kejadian berlaku di sebuah jalan raya dari Johor menghala ke Gemas, Negeri Sembilan.

“Tengok betul-betul (lori balak). Ikat (tali) pun tak kemas, takut tengok. Nampak tak satu tu (kayu balak) boleh tergelongsor ke belakang.

“Kalau jatuh tu, confirm meninggal dunia punya,” kata individu yang berkongsi video.


Orang Ramai Risau Lihat Lori Bawa Muatan Terlebih Yang Semakin Menjadi-jadi

Perkongsian ini nyata menarik perhatian pengguna media sosial di mana rata-rata menzahirkan kerisauan dengan tindakan pemandu lori balak berkenaan yang membawa barangan lebih muatan.

“Saya dari dulu agak risau bila memandu sebelah lori balak. Sebab dalam diri ini asyik rasa besi yang halang balak belakang lori macam tak kuat menampung balak yang banyak ni. Lepas itu muatan balak memang confirm berlebihan. Dalam hati memang rasa anytime boleh jadi apa-apa,” ujar seorang individu.

Malah ada yang berkata situasi itu sering berlaku sebelum ini.

“Dah banyak kali aku jumpa lori balak bawa lebih muatan, lebih dari besi tepi (tiang penyangga) tu. Jumpa geng macam ni, sama ada aku ambil jarak atau aku pintas terus,” jelas seorang pengguna X.

Ada juga individu yang berkongsi kisah mereka apabila pernah terlibat kemalangan dengan lori lebih muatan di jalan raya.

“Hal yang sama terjadi dekat saya semasa balik dari Penang. Kemalangan langgar blok kayu besar tengah lebuh raya sebab lori terlebih muatan. Nasib baik selamat, kereta je yang rosak tapi jadi trauma dah kalau nampak apa-apa lori terlebih muatan dekat jalan,” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Lori Condong Ke Kiri Kerana Lebih Muatan

Sementara itu, seorang wanita dikenali sebagai Zu turut berkongsi satu lagi klip menunjukkan sebuah lagi lori dengan muatan terlebih selamba memandu atas jalan raya.

Jika anda lihat sendiri video berkenaan, anda boleh lihat bahawa lori tersebut condong sedikit ke arah kiri dipercayai akibat membawa muatan melebihi had.

Selain itu, ada juga berkongsi hantaran sebuah lori yang hampir tersangkut pada wayar elektrik kerana muatan yang terlampau banyak.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Lori Lebih Muatan Jadi Punca Kematian Bayi, Permit Syarikat Digantung Setahun [Video]


Kesalahan Kenderaan Lebih Muatan Boleh Didenda RM2,000

Untuk info, memandu lori dengan terlebih muatan merupakan satu kesalahan undang-undang.

Hal ini kerana ia berisiko menyebabkan jalan raya rosak dan berlubang, lori tidak stabil sehingga terbalik serta barangan yang dibawa boleh menghempap pemandu berdekatan.

Sumber: X (@Lar_FarEast)

Tindakan boleh diambil di bawah Peraturan 89, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 iaitu membawa muatan melebihi had maksima yang dibenarkan dalam lesen kenderaan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.

Bagi sabitan kali kedua dan seterusnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 12 bulan atau kedua-duanya.


Berapakah Had Muatan Yang Dibenarkan?

Sebagai info, pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ada mengeluarkan Garis Panduan Pemuatan dan Pengangkutan Kayu Balak.

Di dalam garis panduan tersebut, ketinggian maksimum yang dibenarkan adalah 4,200 mm atau 1.75 x jejak roda belakang (wheel track) selain tidak melebihi tiang penyangga mengikut mana-mana yang terendah.

Sumber: Forest Tree

Bukan itu sahaja, terdapat had berat yang perlu dipatuhi mengikut jenis kenderaan. Manakala rantai dan tiang penyangga yang digunakan juga perlulah mematuhi gred yang ditetapkan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd