Now Reading
Warga Emas Buntu Kaunter Imigresen Hanya Terima Kad Bank Untuk Bayar, Aksi Wanita Ini Curi Perhatian

Warga Emas Buntu Kaunter Imigresen Hanya Terima Kad Bank Untuk Bayar, Aksi Wanita Ini Curi Perhatian

Warga emas itu mendakwa kaunter imigresen tidak menerima wang tunai dan hanya boleh menggunakan kad untuk membayar pasport miliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salah satu cara untuk melihat perubahan teknologi pada zaman sekarang ini adalah dari segi pembayaran di premis perniagaan.

Sesetengah premis kini tidak lagi menerima wang tunai, sebaliknya mereka hanya membenarkan pelanggan atau pengunjung membuat pembayaran secara ‘cashless’ seperti menggunakan kad debit, kad kredit, Apple Pay, QR Pay dan sebagainya.

Kemajuan teknologi ini mungkin tidak menjadi masalah bagi golongan muda, tetapi bagaimana pula dengan warga emas yang masih belum berkesempatan untuk mempelajari cara-cara membuat pembayaran tanpa tunai tersebut?


Premis Enggan Terima Wang Tunai, Warga Emas Terpaksa Pinjam Kad Bank Pengunjung Lain

Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Junaidah Saat, wanita ini berkongsi kisah ketika berada di Jabatan Imigresen Malaysia di Johor Bahru untuk memperbaharui pasport anak-anaknya.

Namun ketika sedang menunggu proses tersebut, wanita terbabit telah didatangi oleh seorang pakcik sebelum ditanya sama ada dia boleh meminjamkan kad bank atau tidak.

Pada mulanya, wanita ini mempersoalkan tindakan lelaki tersebut di dalam hati kerana tiba-tiba mahu meminjam kad bank miliknya.

Warga emas itu menjelaskan bahawa dia mahu membayar pasport tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad sahaja dan enggan menerima wang tunai.

Dik, acik pinjam kad boleh? Pakcik nak kena pakai kad sebab nak bayar passport ni, kaunter nak bayar kad pula tak nak cash.

Warga emas.

Selepas mendengar kisah pakcik berkenaan, Junaidah menuju ke kaunter pembayaran pakcik tersebut dan terus menghulurkan kad bank miliknya untuk membantu membuatkan pembayaran tanpa tunai.

Tidak lama selepas itu, warga emas berkenaan terus menghulurkan wang tunai sambil berulang kali mengucapkan terima kasih kepada wanita terbabit kerana telah membantunya.

Situasi yang berlaku juga membuatkan pengguna Facebook ini berasa kasihan dengan warga emas tersebut jika tiada sesiapa yang mahu menolongnya kerana pihak terlibat enggan menerima wang tunai di kaunter pembayaran.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan seharusnya memberi kelonggaran kepada golongan tua yang masih belum mahu dalam menggunakan teknologi seperti itu.

Kesian pakcik terpinga-pinga dia. Kalau tak ada yang nak menolong entah macam mana pula dah penat-penat datang, kena balik semula ambil kad kat rumah. Sekarang ni kemana-mana pun kena pakai kad kan. Warga emas yang tak pegang kad, susah sikitlah urusan. Kita ni bukanlah nak menolak teknologi, tapi sekurang-kurangnya bagilah pilihan terutama pada warga emas.

Pengguna Facebook, Junaidah Saat.

Netizen Setuju Untuk Beri Kelonggan Pilihan Pembayaran Untuk Warga Emas

Rata-rata masyarakat berpendapat bahawa premis perniagaan untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada golongan warga emas yang tidak memegang kad bank ketika mahu berurusan.

“Sepatutnya boleh buat dua pilihan sama ada menggunakan kad atau cash. Jadi ia tak menyusahkan,” kata pengguna media sosial.

Sesetengah netizen juga berkongsi kisah di mana mereka juga pernah beberapa kali berdepan situasi seperti pengguna Facebook ini dan kebanyakannya ia melibatkan mereka yang sudah berusia.

“Haritu pun sama kat JPN. Ada uncle datang nak pinjam kad. RM15 je. Dia tak ada kad. Kaunter tak nak cash. Bukan semua orang ada kad bank,” ujar penggun Facebook tersebut.

Sumber: Facebook

Imigresen Mula Guna Pembayaran Tanpa Tunai Sejak 2020

Sebagi info, pembayaran tanpa tunai di Jabatan Imigresen Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 9 Mac 2020.

Dalam satu kenyataan dimuat naik di laman web Bahagian Khidmat Ekspatriat, hanya pembayaran melalui kad debit dan kad kredit sahaja yang dibenarkan manakala pengguna wang tunai tidak lagi diterima.

Walau bagaimanapun, pembayaran tunai untuk Pemindahan Endorsmen (ToE) dan Pas Khas (SP) di bawah permohonan Pas Kediaman – Bakat (RP-T), akan kekal tidak berubah sehingga diberitahu kelak.

Baca Artikel Berkaitan: Cara Mudah & Cepat Untuk Renew Atau Mohon Pasport Secara Online

Baca Artikel Berkaitan: “Usia Macam Ni Patutnya Rehat” – Warga Emas Jual Bantal Kekabu Seawal 7 Pagi Bikin Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Golongan Orang Asli Masih Belum Dapat Tebus eMADANI Gara-gara Tak Celik IT


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd