Now Reading
[Video] Penerbangan Dari Hawaii Bertukar Panik Selepas Bau Durian ‘Berlegar’ Dalam Pesawat

[Video] Penerbangan Dari Hawaii Bertukar Panik Selepas Bau Durian ‘Berlegar’ Dalam Pesawat

Pelakon bernama Kate Micucci itu tidak menyangka bau yang seakan-akan gas propana itu datang daripada buah durian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain terkenal rasa lazat apabila dimakan begitu sahaja, buah durian juga sering dimasak sebagai hidangan seperti tempoyak, pengat dan sebagainya.

Walaupun ramai menggemari buah tersebut, tetapi ada juga segelintir individu yang tidak menyukainya sehingga tidak mahu mendekati buah tersebut kerana baunya yang agak kuat.

Namun, siapa sangka bau durian juga boleh menyebabkan kekecohan seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini.


Bau Durian Jadi Punca Kekecohan Dalam Kapal Terbang

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@craigy_ferg), pelakon dan pelawak dari Amerika Syarikat iaitu Kate Micucci telah berkongsi pengalamannya ketika berada dalam sebuah penerbangan.

Kisah tersebut telah dikongsikan dalam sebuah siaran podcast bernama ‘Joy’ yang dihoskan oleh Craig Ferguson.

Dalam video itu, Micucci yang pernah melakonkan watak Lucy dalam The Big Bang Theory mengimbas kembali kejadian yang berlaku semasa dia dan keluarganya pulang dari melawat ahli keluarga di Hawaii.

Namun selepas 20 minit penerbangan dari Kailua-Kona ke Los Angeles itu berlepas, dia mendakwa terdapat satu bau pelik memenuhi kabin.

Waktu tu saya tengah guna laptop untuk buat kerja dan anak lelaki saya sedang tidur. Tiba-tiba saya ada terhidu bau gas.

Kate Micucci.

Difahamkan penumpang lain juga mula perasan bau sama yang seakan-akan gas propana.

Panik dengan bau tersebut, Micucci mengejut suaminya, Jake sebelum mereka bertindak memanggil pramugari bertugas.

Sumber: Farahin Fadzil/ Pexels

Semasa pramugari berkenaan mahu berjalan ke arah Jake dan Micucci, mereka juga mengesan bau yang kuat.

Pramugari itu memaklumkan kepada Micucci bahawa kapal terbang berada tidak jauh dari Hawaii dan penerbangan mereka boleh berpatah balik jika perlu.

Oleh kerana tidak berasa sedap hati, Micucci meminta agar pesawat tersebut berpatah balik sehingga ia mengakibatkan ramai penumpang lain juga bertukar panik.

Tidak lama selepas itu, pramugari berkenaan memberitahu keadaan yang berlaku kepada juruterbang di dalam kokpit. Namun, mereka yakin bahawa tiada sebarang petanda buruk yang ditunjukkan dan cuba untuk meyakinkan penumpang.

Kru kabin juga akan meminta untuk menunggu dalam tempoh lima minit untuk menilai semula sama ada bau tersebut masih berlegar atau tidak.

Sumber: TikTok

Kira-kira empat minit selepas itu, bau tersebut mula menghilang dan juruterbang mengesahkan bahawa bau berkenaan adalah berpunca dari buah.

Pada awalnya, Micucci berkata dia tidak yakin bahawa buah boleh berbau sedemikian sebelum mereka diyakinkan bahawa ia benar-benar bau buah iaitu buah durian.

@craigy_ferg

@Katemicucci is always interesting. On this weeks Joy she explains the terrifying nature and real world ramifications of contraband produce. EnJOY! #joy #thecraigfergusonshow #katemicucci #garfunkelandoates

♬ original sound – Craig Ferguson

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Dengar Kisah Tentang Bau Durian Itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur selepas mendapat tahu ‘dalang’ di sebalik bau gas tersebut adalah buah durian.

“Bayangkan kalau kau sebenarnya orang yang bukak durian tu, tapi mendiamkan diri dan tak cakap apa-apa selama beberapa minit,” kata seorang pengguna TikTok.

Sesetengah individu juga berasa pelik bagaimana buah tersebut boleh melepasi kaunter imigresen sehingga ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat.

Namun, ada juga netizen yang tidak menyangka wujud sesetengah pihak berpendapat bahawa bau buah durian dianggap seakan-akan gas propana.

Seorang lagi netizen juga berkongsi kisah hampir sama yang berlaku disebabkan oleh durian selepas seluruh pejabat diminta untuk berpindah ke tempat selamat oleh kerana bau gula-gula berperisa durian.

Sumber: TikTok

Manfaat Buah Durian & Keburukannya Jika Terlebih Makan

Buah durian yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Buah’ boleh berfungsi sebagai penawar kerana mempunyai khasiatnya tersendiri.

Antara khasiatnya adalah:

  • Tiada kolesterol dan tinggi lemak tak tepu.
  • Tinggi anti oksidan.
  • Kaya dengan asid folik.
  • Tinggi kandungan serat dan fiber.
  • Mempunyai asid amino jenis Trytophan.
Sumber: MalayMail

Meskipun buah durian mampu bertindak sebagai penawar, tetapi jika diambil berlebihan, ia boleh menjadi ‘racun’ dalam tubuh badan manusia.

Antara kesan mudarat yang boleh berlaku jika anda memakan buah durian secara berlebihan adalah:

  • Tinggi kandungan gula.
  • Tinggi kandungan kalori.
  • Boleh menyebabkan gastrik.
  • Suhu badan meningkat.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Minum Air Dari Pangsa Durian Boleh Kurangkan Suhu Badan? Jom Ketahui Fakta Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: “Yang Tahu Akan Hargai” – Isi Durian Hitam Kekuningan, Peniaga Tak Marah Tapi Suka Pelanggan Anggap Durian Rosak

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd