Now Reading
[Video] Aksi Kanak-kanak Bantu Ayah Tebar Roti Canai Ketika Cuti Sekolah Raih Pujian

[Video] Aksi Kanak-kanak Bantu Ayah Tebar Roti Canai Ketika Cuti Sekolah Raih Pujian

Kanak-kanak dikenali sebagai Adli Nur Iman yang berusia 10 tahun itu mendapat upah RM250 kerana membantu ayahnya menebar roti canai selama tiga hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui roti canai merupakan antara juadah paling digemari rakyat Malaysia tidak kira umur dan bangsa.

Kelazatan roti itu turut menjadi pilihan ramai selepas ia dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh laman makanan, Tasteatlas.

Oleh disebabkan permintaan yang tinggi, kemahiran menebar roti canai dalam kalangan masyarakat dilihat amat berguna pada ketika ini. Malah sebelum ini ada penebar roti canai ditawar gaji sehingga RM5,000 untuk bekerja di Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Diumum Sebagai Roti Terbaik Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Penebar Roti Canai RM5,000 Di Singapura. Berbaloi Ke?


Kanak-kanak Tebar Roti Canai Ketika Cuti Sekolah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@adik.terbang) menyaksikan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikenali sebagai Adli Nur Iman menebar roti canai buat para pengunjung di kedai makan bapanya.

Difahamkan, Adli membantu ayahnya menebar roti canai selama tiga hari sewaktu cuti sekolah dipercayai bersempena Awal Muharram.

Kalau anda lihat sendiri video perkongsian itu, memang jelas kelihatan budak lelaki tersebut mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan.

Dengan hasil titik peluh Adli, si ayah telah memberikannya upah RM250 untuk perkhidmatan selama tiga hari. Sekali pandang, macam orang dewasa pun ada, memang cekap betul si cilik ni menebar roti canai!

@adik.terbang HARI INI TERIMA GAJI DARI ABAH..KERJA 3 HARI CUTI SEKOLAH..RM250.00 #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ Jejaka Idaman_Raja Emma – 🎸 رولليڠ ستون🎸

Kemahiran Adli Curi Tumpuan Menteri Besar Perak

Semakan kami menerusi akaun TikTok mendapati Adli sering menunjukkan kehebatannya untuk menebar dan terbang kan roti canai.

Sebelum ini, anak bongsu tersebut telah dijemput ke satu ‘show’ roti canai di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak pada tahun lalu.

Dalam klip yang dikongsi, kelihatan Adli sedang menebar roti canai dalam pelbagai gaya tanpa menjatuhkannya ke atas lantai.

Sumber: TikTok (@adik.terbang)

Kehebatan Adli turut mencuri tumpuan Menteri Besar Perak, Dato Seri Saarani Mohamad. Dalam video terdahulu, si kecil ini telah mempersembahkan aksi menebar dan terbangkan roti canai di khalayak ramai.

Dalam sesi yang riuh dan santai itu, Saarani Mohamad juga dilihat menyambut roti canai yang diterbangkan oleh Adli.

@adik.terbang Terharu sangat bila roti canai adik terbang di sambut oleh menteri besar perak..terima kasih Dato' seri menteri besar perak dan exco kerajaan negeri dan semua yang terlibat dalam program santai bersama menteri besar perak..seronok sangat sekeping roti canai adik terbang di sambut oleh menteri besar perak.. #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ bunyi asal – ADIK TERBANG

Orang Ramai Puji Adli Kerana Mahir Tebar Roti Canai

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat kagum dengan kehebatan Adli menebar roti canai dengan kemas dan cekap.

“Pandai adik ni simpan angin dalam roti tu sebelum goreng. Memang teknik tu yang buat roti canai lebih gebu,” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga yang memuji kanak-kanak itu kerana menghabiskan cuti sekolah dengan membantu si ayah menguruskan kedai makan.

“Jarang-jarang nak jumpa budak macam ni, rela ketepikan masa untuk bermain dengan kawan. Tapi dah besar nanti hidup awak senang dik, pengalaman dah banyak,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga berpendapat Adli akan berjaya pada masa akan datang dengan menggunakan bakat dan pengalaman menebar roti canai.

“Mantap adik. Kecil-kecil dah ada ilmu yang diturunkan oleh abah. Simpan untuk masa depan. Dah ada pelapis baru untuk ganti abah (tebar roti canai),” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@adik.terbang)

Baca Artikel Berkaitan: Baru Nak Tunjuk Skill Tebar Roti Canai, Sekali Doh Tersangkut Pada Wayar [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd