Now Reading
Lelaki Baik Hati Belanja Makan Selepas Lihat Sekumpulan Kanak-kanak ‘Tongtong’ Nak Beli Makanan Di Kafe

Lelaki Baik Hati Belanja Makan Selepas Lihat Sekumpulan Kanak-kanak ‘Tongtong’ Nak Beli Makanan Di Kafe

Namun sebelum sempat mereka membuat pembayaran, individu ini telah ‘memotong’ barisan di kaunter kerana mahu membayarkan hidangan untuk sekumpulan anak muda tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau imbau balik kenangan waktu kanak-kanak dulu, mesti korang pernah ada fasa di mana akan menyimpan duit dalam tabung untuk membeli sesuatu seperti permainan, buku novel dan sebagainya.

Selain menabung duit raya, duit belanja sekolah pun kadangkala hanya digunakan separuh sahaja bagi membolehkan duit tabung semakin bertambah.

Walaupun sumber wang yang ada tidaklah terlalu banyak, tetapi pada waktu itu kita semua percaya dengan pepatah ‘Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’.


Individu Belanja Sekumpulan Kanak-kanak Lepas Terhibur Lihat Gelagat Mereka Kutip Duit Mahu Makan Di Kafe

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@ShazwanWong), lelaki ini berkongsi kisah ketika sedang menjamu selera di sebuah kafe bernama ‘Brunch Spot’ di Shah Alam.

Semasa berada di sana, individu tersebut yang dikenali sebagai Shazwan Wong telah tertarik melihat gelagat sekumpulan tujuh orang kanak-kanak lelaki yang juga mahu menjamu selera di kafe berkenaan.

Sumber: X @ShazwanWong

Jelas Shazwan, seorang kanak-kanak dalam kumpulan terbabit secara sukarela untuk membantu mengutip wang dari rakan-rakannya semasa mahu memesan hidangan di sana.

“Masa nak order, dah start collect duit. Kelakar juga tengok diorang. Yang collect duit siap cakap ‘Aku kan bendahara’, kata Shazwan dipercayai merujuk kepada Bendahari yang biasanya menguruskan hal kewangan sesuatu kumpulan.

Namun sebelum sempat mereka membuat pembayaran, individu ini telah ‘memotong’ barisan di kaunter kerana mahu membayarkan hidangan untuk sekumpulan anak muda tersebut.

“Sebelum sempat diorang bayar, saya dah bayarkan bil mereka. Saya harap ia dapat menggembirakan hari mereka,” kata pengguna laman X tersebut.


Netizen Puji Tindakan Murni Individu Tersebut

Rata-rata masyarakat memuji kebaikan yang dilakukan oleh Shazwan itu kerana menganggap ia akan menjadi satu kenangan yang tidak dilupakan buat sekumpulan kanak-kanak tersebut.

“Terima kasih encik sudi berada dalam core memory budak-budak tu,” kata seorang netizen.

Sesetengah pengguna media sosial turut mendoakan agar individu berkenaan dimurahkan rezeki kerana telah membelanja sekumpulan kanak-kanak berkenaan.

Malah, mereka turut berharap agar kebaikan tersebut boleh menjadikan anak-anak muda terbabit untuk turut berbuat perkara sama kepada orang lain pada masa akan datang.

“Moga terjentik hati mereka untuk melakukan perkara sama akan datang. Imbauan waktu kecil. Moga murah rezeki tuan,” ujar pengguna laman X.

Sementara itu, netizen turut memuji sekumpulan kanak-kanak itu yang bermain ‘board game’ berbanding menggunakan telefon untuk mengisi masa lapang di kafe berkenaan.

“Diorang main board games! Suka tengok budak-budak yang tak main telefon,” kata seorang pengguna laman X.

Sumber: X

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd