JAKIM Perjelas Kenapa Ada Robot Transformers Dalam Persembahan Maal Hijrah
Kemunculan robot Transformers itu merupakan gimik persembahan bersempena dengan sambutan Maal Hijrah sebelum memulakan persembahan nyanyian oleh Mawi dan Shahir Zawawi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali sambutan Maal Hijrah, Malaysia yang merupakan negara Islam pasti tidak ketinggalan untuk menyambutnya termasuklah melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Baru-baru ini, pihak JAKIM mengambil kesempatan untuk menganjurkan sebuah majlis bersempena dengan sambutan Awal Muharram.
Namun salah satu aturcara persembahan dalam majlis berkenaan telah menerima kritikan kurang senang daripada masyarakat yang menontonnya.
Robot Transformers Dalam Persembahan Maal Hijrah Jadi Pertikaian Masyarakat
Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@ahmadazarul_), individu ini mempersoalkan kemunculan robot Transformers serta penari yang muncul ketika gimik persembahan bersempena dengan Maal Hijrah.
Dalam gimik tersebut, kelihatan dua individu yang memakai kostum Transformers seolah-olah sedang berlawan sambil seorang lagi lelaki sedang membuat persembahan menggunakan nyalaan api.
“Betul ke Sambutan Maal Hijrah tahun ini ada show macam ni? Apa signifikan dengan kehadiran robot-robot Transformer ni dalam sambutan Maal Hijrah ya?” soal netizen.
Ia kemudiannya diakhiri dengan rakaman suara ‘Game Over’ sebelum diteruskan dengan nyanyi persembahan dari Mawi dan Shahir Zawawi.
Betul ke Sambutan Maal Hijrah tahun ini ada show mcm ni?
— A.Azarul (@ahmadazarul_) July 7, 2024
Apa signifikan dengan kehadiran robot-robot Transformer ni dlm sambutan Maal Hijrah ye?
Jika benar, ini mmg luarbiasa. Luar tabi'e! pic.twitter.com/sLKeJvyPLG
Beberapa netizen di media sosial turut mempertikaikan konsep yang cuba diterapkan dalam persembahan Maal Hijrah berkenaan dan menganggap ia seperti tidak sesuai dengan sambutan pada hari bersejarah dalam Islam itu.
apa kaitan Maal Hijrah dengan Transformer? Kalau letak gimik orang naik unta tu yela kot kan ada kaitan sikit https://t.co/wIQ1sVVzrE
— Shah Nasrul #MandarinItuMudah (@shah__nasrul) July 8, 2024
Can we hire proper creative directors?
— DoktorRezz 🇲🇾 (@doktorrezz) July 9, 2024
Hari tu reveal baju Olimpik guna patung korang rembat dari Billion.
Yang ni plak guna Transformers untuk Maal Hijrah, a very significant event in the Islamic Calendar. https://t.co/3pyPJDQqJL
Apa kaitannya transformer dengan maal hijrah tah. Boleh tak back to normal je. Ada baca baca doa. Pentas ada bunga bunga macam majlis tilawah diikuti persembahan Kopratasa dan Al Jawaher. Makan makan. Done.
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) July 8, 2024
Kau dah kenapa berobot berapi segala. https://t.co/ISStGYIYF9
Ini Penjelasan Dari Pihak JAKIM
Susulan itu, pihak JAKIM tampil memberi penjelasan tentang konsep persembahan menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook rasmi.
Jelas mereka, persembahan khas bersempena dengan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M itu mahu memberi penekanan terhadap Tafsir Ilmi Kejadian Langit dan Bumi yang membincangkan tentang perkara saintifik serta ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran.
Selain itu, mereka juga mahu menunjukkan keindahan cakerawala seperti galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan.
“Eksplorasi ini dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimananan dalam diri,” kata JAKIM.

Konsep lain yang cuba untuk diterapkan juga dalam persembahan mereka adalah sebagai peringatan agar manusia tidak leka dalam mengejar arus kemodenan sehiangga terlupa akan kekuasaan Allah SWT.
Konsep persembahan turut membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta. Kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya menjadi manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
JAKIM juga menjelaskan bahawa pergerakan tari yang dipersembahan adalah diambil dari pengaruh seni mempertahankan diri seperti silat dan ia diolah mengikut lirik lagi yang menggambarkan kejayaan.
Pergerakan tari yang dipersembahkan pula adalah mengambil influens dari seni mempertahankan diri seperti silat, pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan. Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Apa Itu Awal Muharram Atau Maal Hijrah?
Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah hari pertama dalam kalendar Islam yang dipanggil Kalendar Hijrah/Hijrah.
Dalam Tahun Baru Islam, bulan pertama dipanggil Muharram dan ia adalah bulan kedua paling suci dalam tahun Islam selepas Ramadan.

Maal Hijrah secara ringkas bermaksud berpindah atau berhijrah dalam bahasa Arab selepas ia diambil dari peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Penghijrahan itu dilihat sebagai peristiwa penting yang mengubah sejarah Islam.
Oleh itu, tarikh berkenaan dijadikan sebagai bulan permulaan tahun Islam oleh sahabat Nabi Muhammad, Umar ibn Al-Khattab pada tahun 638 Masihi selepas Nabi wafat pada tahun 632 Masihi.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ustaz Don Perjelas Apa Perlu Umat Islam Buat Ketika Menjelang Awal Muharram
Baca Artikel Berkaitan: Isnin, Selasa, Rabu… Rupanya Nama Hari Dalam Seminggu Inspirasi Dari Bahasa Arab
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.