Isteri Harith Iskander, Dr Jezamine Lim Fail Permohonan Cerai
Buat masa ini, Dr Jezamine Lim dan Harith Iskander enggan memberikan sebarang komen mengenai isu fail penceraian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mengekalkan ikatan perkahwinan sudah pasti impian semua pasangan suami isteri di luar sana. Namun disebabkan faktor tertentu, segelintir masyarakat mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan hidup masing-masing.
Terbaharu, isteri kepada pelawak terkenal Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Dr Jezamine tidak menafikannya dan mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap Harith kira-kira bulan lalu, lapor Berita Harian.
Walaupun berita ini dihebahkan secara mengejut, namun kes penceraian ini dikatakan bakal disebut dalam masa terdekat.
“Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu,” kata Jezamine memetik Kosmo.
Harith & Jezamine Enggan Beri Komen
Mengulas lanjut, Jezamine buat masa ini tidak memberikan sebarang komen tentang masalah peribadi dan isu rumah tangga yang dilalui bersama Harith.
“Saya tidak mahu beri sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” tambahnya lagi.
Harith apabila dihubungi Berita Harian turut memaklumkan perkara sama di mana dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Untuk info, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11 dan Zydane Zayne, 9.

Orang Ramai Titip Doa Agar Segala Urusan Dipermudahkan
Menerusi semakan di platform media sosial, orang ramai dilihat turut bersedih dengan khabar berita tersebut.
Selain itu, ramai juga telah menitipkan kata-kata semangat kepada pasangan berkenaan selain berharap urusan mereka dipermudahkan oleh-Nya.
Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan yang sudah berkahwin selama 14 tahun ini.





Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



