Now Reading
Bos Baling Makanan Atas Lantai, Berang Staf Masak Terlalu Banyak

Bos Baling Makanan Atas Lantai, Berang Staf Masak Terlalu Banyak

Lelaki berkenaan yang dipercayai pemilik kedai makan dilihat membaling beberapa dulang berisi makanan yang sudah lama dimasak ke atas lantai dapur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bergelar majikan atau pemilik kedai makan, sudah tentu anda mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

Oleh disebabkan itu, menghidangkan makanan berkualiti tinggi sangat memainkan peranan penting agar setiap pengunjung restoran berpuas hati dan akan kembali ke kedai makan anda pada masa akan datang.

Pun begitu, bukanlah semua kedai makanan menyediakan servis ‘tip-top’. Di sesetengah kedai, ramai pekerja membuat kerja sambil lewa dan tidak menyediakan makanan yang elok kepada orang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa Kuetiau Hancur, Sanggup Buang 50 Paket Demi Jaga Kualiti


Pemilik Kedai Makan Berang Staf Masak Makanan Terlalu Banyak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @ConfessionLocal) menyaksikan satu situasi tegang yang sedang berlaku di dapur sebuah kedai makan.

Pekerja kedai makan tersebut didakwa menyediakan makanan terlalu banyak dan tidak menepati masa yang ditetapkan. Makanan yang terlalu banyak itu pula membawa kepada lebihan dan kerugian kepada pemilik kedai.

Dalam video dikongsi, kedengaran pemilik kedai memarahi anak buahnya kerana enggan mendengar arahan tentang SOP (standard operating procedure) penyediaan makanan.


Majikan Baling Dulang Makanan Ke Atas Lantai

Menerusi klip tersebut, tauke kedai juga telah membaling beberapa dulang berisi makanan yang sudah lama ke atas lantai.

Sumber: X

“Aku cakap berapa kali dah. Buat (masak) jangan banyak. Sekejap lagi ada break time pukul 10 baru buat lain.

“Berapa kali dah aku cakap. Aku cakap dengan mulut! Jangan buat banyak-banyak Nanti pukul 10 buat lain. Nak bagi orang makan sedap. Benda (makanan) tak habis, siapa kena tempias?

“Roti canai keras, siapa yang menanggung (kerugian)? Semua benda dalam ni siapa yang tanggung! Aku yang kena semua. Korang tiada rugi apa pun. Aku dah cakap aku nak benda berkualiti,” tegas pemilik kedai.


Aksi Majikan Baling Makanan Cetus Perdebatan

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberi pelbagai reaksi tentang kejadian tersebut.

Segelintir pengguna X berpendapat pemilik kedai tidak sepatutnya membuang makanan walaupun dalam keadaan marah.

“Tahniah. Boss paling toksik 2024. Kalau banyak songeh sangat kau sendiri je la yang masak. Yang upah pekerja buat apa?” tanya seorang individu.

Ada yang berkata bahawa tindakan majikan yang memarahi staf kerana tidak mematuhi arahan adalah satu perkara normal.

“Bos okay je. Biasalah memekak kalau buat benda b*doh supaya cepat belajar lagi-lagi bab kos untung rugi. Kalau semua benda toksik, kau sendiri meniaga, jadi bos, kerja, bayar gaji, masak dan makan,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa pemilik kedai mungkin telah menegur banyak kali sebelum ini namun arahannya masih tidak dipedulikan.

“Bos ni mesti dah tegur elok tetapi staf masih buat benda yang sama dan sekarang dah limit la ni sampai bos naik angin,” jelas seorang wanita.

Sumber: X

Lebihan Makanan Tak Boleh Disimpan Terlalu Lama Pada Suhu Bilik

Pengendalian makanan khususnya dalam bidang Food & Beverages (F&B) amatlah penting. Hal ini bagi memastikan makanan tersebut selamat dimakan oleh para pelanggan.

Sebagai pemilik dan staf kedai, anda harus memastikan masa menghidang (holding time) makanan tidak melebihi empat jam tanpa kawalan suhu.

Selain itu, lebihan atau baki makanan yang disimpan terlalu lama pada suhu bilik perlu dibuang dan tidak boleh dipanaskan semula bagi menjaga kualiti. Segala langkah-langkah yang dinyatakan adalah untuk memastikan tiada pencemaran makanan berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: “Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan

Baca Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd