Now Reading
Mat Saleh Guna Lagu Raya Jadi ‘Background’ Video TikTok Bikin Rakyat Malaysia Terkesima

Mat Saleh Guna Lagu Raya Jadi ‘Background’ Video TikTok Bikin Rakyat Malaysia Terkesima

Gadis mat saleh itu menggunakan lagu raya bertajuk ‘Indahnya Beraya Di Desa’ nyanyian Azlina Aziz sebagai latar muzik bagi video miliknya di TikTok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali nak muat naik video di media sosial, perkara yang paling lama difikirkan adalah memilih lagu bersesuaian.

Di sesetengah platform media sosial, pemilihan lagu boleh menjadi faktor video mereka akan mendapat jumlah tontonan yang ramai.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok pula tidak disangka akan memilih sebuah lagu yang cukup popular di Malaysia sebagai latar belakang untuk video miliknya di TikTok.


Mat Saleh Guna Lagu Hari Raya Sebagai Latar Muzik

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@sweetandsweaty.aus), gadis ini menunjukkan reaksi wajah yang agak tertekan kerana sibuk menguruskan perniagaannya yang akan dilancarkan.

Dalam video sama, gadis tersebut memberitahu bahawa ayahnya yang merupakan rakan perniagaan (co-owner) pula tidak menyedari bahawa ia sudah tiba harinya untuk pelancaran bisnes mereka.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai dalam video berkenaan adalah apabila gadis itu menggunakan latar belakang muzik daripada intro lagu yang sering didengari ketika musim Hari Raya Aidilfitri.

Siapa sangka pengguna TikTok ini memilih lagu Indahnya Beraya Di Desa nyanyian Azlina Aziz untuk disesuaikan dengan video miliknya.

https://www.tiktok.com/@sweetandsweaty.aus/video/7386575598770081032

Rakyat Malaysia Terkejut Lihat Mat Saleh Guna Lagu Raya Dalam Video TikTok

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia yang rata-ratanya terkejut dengan pemilihan lagu oleh pengguna TikTok berkenaan.

Mana tidaknya, Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu pada April lalu dan lebih mengejutkan lagi ia digunakan oleh golongan masyarakat yang tidak menyambut perayaan tersebut.

“Kak oi lagu ni lagu raya. Adui nak balik kampung pula rasa,” kata pengguna media sosial.

Sementara itu, ada juga yang terhibur apabila lagu raya yang popular di Malaysia ini pula tular di luar negara selepas lagu rasmi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga digunakan oleh graduan luar negara.

“Satu video lagu UiTM, sekarang lagu raya pula,” kata pengguna TikTok

Sumber: TikTok

Lagu Rasmi UiTM Tular Dalam Graduan Di Luar Negara

Sebelum ini, lagu rasmi dari UiTM telah tular di media sosial dan digunakan oleh seorang graduan sebagai latar belakang muzik dalam video miliknya.

Dalam video berkenaan, kelihatan ramai graduan yang memakai jubah konvokesyen berwarna hitam dan merah ketika sedang duduk beramai-ramai di atas kerusi di sebuah kawasan terbuka.

Jika dilihat pada plak yang dipegang, jelas tertera nak tempat pengajiannya iaitu di Boiling Springs High School of South Carolina. Hasil carian kami, lokasi tersebut adalah di Amerika Syarikat.

Sumber: TikTok @estellashkur/ Kosmo

Video itu juga telah menari perhatian ramai rakyat Malaysia selepas terkejut mendengar lagu UiTM jadi pilihan graduan luar negara untuk dijadikan sebagai latar belakang muzik.

Siap ada yang bergurau kononnya video tersebut dirakam di salah satu cawangan UiTM di luar negara.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Luar Negara Guna Lagu ‘UiTM Di Hatiku’ Jadi Latar Belakang Video Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd