Now Reading
“Baru Puji Dah Jatuh” – Gelagat Wanita Pertama Kali Belajar Naik Motor Buat Ramai Terhibur

“Baru Puji Dah Jatuh” – Gelagat Wanita Pertama Kali Belajar Naik Motor Buat Ramai Terhibur

Difahamkan, wanita dikenali sebagai Syaza itu ditemani rakan-rakan yang lain semasa proses belajar menunggang motosikal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebolehan untuk membawa kenderaan sendiri sudah pastinya impian golongan anak muda. Mana tidaknya, kalau waktu dulu, hanya mampu melihat ibu bapa yang membawa kita ke mana-mana.

Pun begitu, menunggang motor atau memandu kereta bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka. Dalam proses tersebut, ada sahaja ragam yang dilakukan para pemandu.

Sebagai contoh, ada yang membawa kereta jenis manual sehingga termati enjinnya dan ada juga menaiki motor sehingga terjatuh ke dalam longkang.


Wanita Belajar Cara Menunggang Motor Buat Pertama Kali

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@capella) menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Syaza sedang belajar cara-cara menunggang motosikal.

Syaza turut ditemani oleh seorang rakan yang akan berlari untuk menyambut dirinya jika terjatuh.

“Syaza belum khatam basikal terus lompat naik motor,” kata Capella di ruangan kapsyen.

Pada awalnya, Syaza dilihat sukar mengawal motosikal tersebut. Namun si rakan sempat mengejar dan membetulkan arahnya.

@twinklenur @syaza belum khatam basikal terus lompat naik motor. Kredit @thirdbaek sebab rajin lari😆 motor @Chu steadyy! #belajarnaikmotor ♬ AnySoundEffects Funny Song Cavendish – Any Sound Effects

Terbabas Selepas Cara Bawa Motor Dipuji Rakan

Tidak lama kemudian, Syaza kelihatan semakin mahir mengawal pergerakan motosikalnya disebabkan oleh latihan yang berterusan itu.

Oleh disebabkan mahu memberikan kata-kata semangat, rakan Syaza telah memujinya kerana sudah boleh membawa motosikal dengan baik.

Namun siapa sangka, kemahiran itu hanya bertahan sebentar sahaja di mana Syaza dilihat hilang kawalan dan terbabas ke ke tepi longkang. Nasib menyebelahi mereka kerana motosikal tersebut tidak memasuki longkang yang berada di depan mata.

Perkara yang mencuri perhatian adalah apabila throttle motor diputar walaupun sudah terjatuh. Bunyi seperti orang sedang mesin rumput pun ada.

Mungkin juga disebabkan perasaan panik dan kelam kabut pada ketika itu.

Sumber: TikTok (@capella)

Orang Ramai Terhibur Lihat Telatah Wanita Belajar Naik Motosikal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat terhibur dengan gelagat sekumpulan wanita tersebut.

“Dia (Syaza) nervous la kak kau puji dia,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ada yang berkata, kebanyakan individu yang panik semasa terbabas akan memulas klac minyak tanpa mereka sedari.

“Kalau panik memang tangannya auto press (minyak) tak berhenti,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga segelintir individu yang turut berkongsi pengalaman mereka semasa belajar menaiki motor.

“Aku dah trauma belajar motor, masa tu bawa skuter. Pulas throttle motor punya laju sampai jatuh. Dahlah rumah tepi jalan, ramai tengok. Trauma dah, memang aku naik kereta je,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@capella)

Tips Mahir Bawa Motor

Buat anda yang pertama kali ingin belajar menunggang motor, usah risau di sini kami kongsikan beberapa tips boleh dipraktikkan. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Ambil lesen motor terlebih dahulu.
  • Jangan terus berkonvoi dan ikut kelajuan motor rakan lain.
  • Perbetulkan posisi pemanduan motor.
  • Kawal motor dengan berhemah dan tidak panik.
  • Jangan memecut sekiranya masih belum dapat kawal motor.
  • Berlatih seimbangkan badan.
  • Amalkan konsep pijak brek, tarik klac, turun gear (downshift) dan baru pulas throttle motor.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lebih 2 Juta Tontonan, Riak Wajah Ayah Layan Anak Naik Motor Permainan Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Kecil Turun Kereta & Tolong Ibu Bayar Tol Jadi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Race Motor, Rupanya…” – Aktiviti Malam Anak Muda Di Sabah Ini Raih Pelbagai Reaksi [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd