Rider Penghantar Makanan Ingin Tumpang Tandas Jam 2 Pagi, Wanita Luah Trauma Diganggu
Walau bagaimanapun, rider tersebut menafikan dakwaan kononnya dia mengganggu pelanggan wanita terbabit ketika disoal oleh pengawal keselamatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Boleh dikatakan semakin hari semakin ramai individu yang dilihat berkelakuan pelik sehingga menyebabkan rasa kurang selesa terutamanya bagi golongan wanita.
Tidak kiralah di tempat terbuka atau tertutup, pelaku seolah-olah tidak takut untuk melakukan aksi tidak baik di ruangan awam.
Lebih membimbangkan lagi jika mereka cuba untuk melakukan tindakan gangguan seksual terhadap jantina yang sama atau berlainan.
Baca Artikel Berkaitan: Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam, Polis Buru Penunggang Motosikal Yamaha LC135
Baca Artikel Berkaitan: Kes Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat – KPWKM
Wanita Dakwa Diganggu Rider Penghantar Makanan, Minta Tumpang Tandas Jam 2 Pagi
Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@qayunn), wanita ini menceritakan pengalaman ketika membuat pesanan makanan secara atas talian.
Ketika hidangan pesanannya dihantar oleh rider penghantar makanan di hadapan rumah pada jam 2 pagi, lelaki tersebut meminta untuk menumpang tandas di rumah pelanggan.
Walau bagaimanapun, wanita berkenaan tidak membenarkan lelaki terbabit memasuki rumahnya.

Tetapi rider berkenaan tidak bergerak dari hadapan pagar rumah pelanggan dan cuba untuk memujuk wanita terbabit untuk membenarkan dia menumpang tandas.
Oleh kerana berasa tidak sedap hati, pelanggan bernama Nisa itu menghubungi pengawal keselamatan perumahan tersebut bagi memastikan rider terlibat sudah bergerak keluar.
Rupa-rupanya, individu terbabit menunggu di hujung koridor tingkat rumah wanita itu sekitar 20 minit.
Disebabkan takut untuk membuka pintu pagar bagi mengambil makanan yang disangkut di bahagian luar, Nisa membiarkan hidangan tidak diambil.
Lebih membengangkan Nisa lagi apabila rider tersebut menafikan dakwaan kononnya dia mengganggu pelanggan wanita terbabit ketika disoal oleh pengawal keselamatan.
“Kata phone dah nak habis battery, kata dah tak tahan sangat sangat nak pergi tandas?” soal Nisa.
Susulan kejadian itu, pelanggan berkenaan telah membuat laporan kepada pihak pengurusan aplikasi penghantaran makanan terbabit.
Tak boleh pakai.
— Nisa (@qayunn) June 24, 2024
Hantarkan makanan pukul 2 pagi, dia minta nak tumpang tandas rumah. dah cakap tak boleh tolong, still insisted pic.twitter.com/Fe4caySXSy
Ramai Minta Wanita Ini Buat Laporan Polis
Masyarakat turut meluahkan rasa takut dan cemas selepas mengetahui situasi yang berlaku kepada pelanggan wanita. Mereka turut meminta agar Nisa membuat laporan kepada pihak polis bagi tujuan menjaga keselamatan dirinya.
Pada masa yang sama, orang ramai turut menganggap aksi yang dilakukan oleh rider berkenaan agak pelik dan meragukan kerana boleh sahaja mencari tandas awam di kawasan sekitar.
“Kalau nak terkencing sekali pun, pergilah tanya security mana tandas terdekat,” kta pengguna laman X.
Tindakan pelanggan tersebut yang tidak membuka pintu pagar untuk mengambil makanan juga dipuji kerana bimbang pelaku boleh bertindak di luar kawalan.
“Nasib baik dia tak buka pintu pagar. Kena lebih waspada dengan orang zaman sekarang,” ujar pengguna laman X.
Sementara itu, sesetengah pengguna media sosial memberi cadangan agar meminta rider meletakkan makanan kawasan berhampiran dengan pengawal keselamatan.

Platform Penghantar Makanan Sedang Lakukan Siasatan
Pihak TRP telah menghubungi platform penghantaran yang terlibat dalam kejadian ini dan mereka belum mengeluarkan sebarang kenyataan melibatkan perkara ini.
Sehingga kini, siasatan sedang dilakukan bagi menyelesaikan kes tersebut.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



