Ini 13 Baju Seragam Atlet Dari Negara Lain Untuk Sukan Olimpik 2024 Di Paris
Antara penaja utama untuk pakaian seragam di beberapa negara yang bakal menyertai Sukan Olimpik 2024 adalah Nike, Uniqlo dan The North Face.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Topik tentang baju seragam atlet yang bakal mewakili negara masing-masing ke Sukan Olimpik pada tahun ini telah menjadi perbualan hangat masyarakat dunia.
Boleh dikatakan setiap peminat sukan akan melihat dan membandingkan pakaian atlet dari negara-negara lain.
Oleh kerana ia adalah temasya sukan yang berprestij, maka banyak jenama terkenal yang menaja baju seragam berkenaan untuk diperagakan oleh setiap atlet terlibat.
Ini Antara Pakaian Seragam Dari 13 Buah Negara Yang Menyertai Sukan Olimpik 2024
Rakyat Malaysia pastinya sudah melihat sendiri bagaimana rekaan baju seragam untuk atlet negara kita?
Bagi mereka yang masih belum dapat membuat keputusan sama ada rekaan baju tersebut cukup untuk melambangkan Malaysia, jom kami senaraikan pakaian seragam dari negara-negara lain.
Antaranya:
#1. Sepanyol
- Jenama: JOMA Sport
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 347 atlet untuk 31 jenis sukan
#2. Korea Selatan
- Jenama: The North Face
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 140 atlet untuk 32 jenis sukan.
#3. Amerika Syarikat
- Jenama: Ralph Lauren
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 588 atlet untuk 34 jenis sukan.
#4. Switzerland
- Jenama: Ochsner Sport
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 105 atlet untuk 17 jenis sukan.
#5. Sweden
- Jenama: Uniqlo
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 100 atlet untuk 18 jenis sukan.
#6. Filipina
- Jenama: Adidas
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 20 atlet dalam 9 jenis sukan.
#7. Jepun
- Jenama: Asics
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 350 atlet.
#8. Great Britain
- Jenama: Adidas
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 310 atlet.
#9. Kanada
- Jenama: Lululemon
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 298 atlet.
#10. Jerman
- Jenama: Adidas
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 396 atlet dalam 30 jenis sukan.
#11. Brazil
- Jenama: Peak
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 236 atlet dalam 28 jenis sukan.
#12. Estonia
- Jenama: Nike
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 22 atlet dalam 12 jenis sukan.
#13. Finland
- Jenama: Rukka
- Jumlah atlet yang mewakili negara: 39 atlet dalam 13 jenis sukan.
Isu Tentang Rekaan Baju Atlet Malaysia Bagi Sukan Olimpik 2024
Isu rekaan baju untuk atlet Malaysia yang bakal bertanding di Sukan Olimpik 2024 telah mengundang perdebatan masyarakat sejak ia dilancarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 23 Jun lalu.
Wujud kritikan daripada orang ramai bahawa pakaian yang ditaja oleh Yonex Sunrise Malaysia itu seolah-olah dibuat seperti ala kadar dan mereka turut menyamakannya seperti pakaian sukan yang ditempah untuk murid sekolah.
Situasi ini membuatkan sesetengah masyarakat di media sosial berasa kecewa kerana pakaian rasmi untuk mewakili Malaysia di pentas dunia sepatutnya dihasilkan dengan penuh kreatif bagi mencerminkan nilai negara kita.
Walau bagaimanapun, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihak mereka berpendirian tetap untuk tidak menukar rekaan baju bagi pakaian seragam atlet Malaysia.
Sebaliknya, pihak MOM mahu menumpukan fokus utama mereka bagi mengejar pingat emas dalam temasya sukan berkenaan yang bakal berlangsung pada 26 Julai sehingga 11 Ogos di Paris.
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Warna Cantik Tapi Tak Dapat Emas Pun Tak Guna” – Ketua Kontinjen Malaysia Ulas Isu Baju Atlet Sukan Olimpik
Baca Artikel Berkaitan: Baju Sukan Olimpik 2024 Buat Kontinjen Malaysia Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Mula Reka ‘Design’ Baru
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Lihat Baju Atlet Malaysia Bagi Sukan Olimpik 2024, Ini Respon Hannah Yeoh
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.