Now Reading
[Video] Pengunjung Stadium Terpegun Lihat Aplikasi Boleh Order Makanan Dari Tempat Duduk

[Video] Pengunjung Stadium Terpegun Lihat Aplikasi Boleh Order Makanan Dari Tempat Duduk

Pengunjung di stadium boleh membuatkan pembayaran secara online dan pekerja mereka akan datang ke tempat duduk anda untuk menghantar pesanan makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini memang banyak perkara canggih yang dahulunya tidak pernah dijangkakan.

Kalau dulu, nak beli makanan kena pergi ke kedai tersebut. Tetapi sekarang sudah ada beberapa aplikasi seperti GrabFood, Foodpanda, ShopeeFood dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: GrabFood Kini Diperluas Ke Seluruh Negara

Kecanggihan teknologi ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga daripada perlu bersesak serta beratur panjang untuk membeli makanan.


Stadium MBPJ Sediakan Kod QR Untuk Pesan Makanan Secara Online

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@arifleoo2), lelaki ini menunjukkan satu cara terbaharu untuk memesan makanan secara atas talian ketika berada di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia.

Semuanya hanya di hujung jari sahaja apabila pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR yang ditampal pada tempat duduk mereka.

Terdapat pelbagai pilihan menu yang dijual seperti burger, nasi lemak, hotdog, kacang, bertih jagung, minuman dan sebagainya.

Sumber gambar: TikTok (@arifleoo2)

Ia juga memudahkan para pengunjung boleh membuatkan pembayaran secara online dan pekerja mereka akan datang ke tempat duduk anda untuk menghantar pesanan makanan.

“Senang, cepat dan tak payah nak beratur panjang untuk beli makanan di stadium,” kata pemilik video di ruangan kapsyen. 

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 278,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@arifleoo2/video/7383625179101973776

Orang Ramai Berharap Stadium Lain Boleh Jadikan Contoh

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terpegum melihat kecanggihan di stadium berkenaan kerana berangappan idea tersebut adalah sesuatu yang bernas.

Namun, ada yang mendakwa bahawa perkhidmatan ini hanya disediakan bagi mereka yang menempah tempat duduk di bahagian ‘grandstand’ sahaja.

Malah, mereka juga mempersoalkan tentang servis perkhidmatan sekiranya jumlah pesanan diterima terlalu banyak oleh kerana kehadiran pengunjung yang ramai.

“Tapi problem kalau ramai-ramai nanti, line telco tak ada,” ujar pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, sesetengah individu pula berharap agar servis seperti ini dapat dijadikan contoh kepada pengurusan stadium yang lain.

Sumber: TikTok

Individu Cipta Laman Web Untuk Lihat Kedudukan Di Dalam Stadium

Setiap kali mahu membeli tiket di dalam stadium, mesti ramai yang terfikir pemandangan cari tempat duduk yang dipilih.

Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, seorang pengguna TikTok (@afrieirham) tampil dengan solusi di mana dia mencipta satu laman web khas untuk membolehkan sesiapa sahaja menyemak pemandangan dari tempat duduk di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber: bukitjalilstadium.com

Korang cuma perlu tekan nombor tempat duduk mengikut tingkat pilihan. Siap ada gambar versi zoom 1.0 dan 0.5x secara jelas ya untuk korang tengok ‘view’ dari tempat duduk macam mana.

Pengguna TikTok tersebut berharap agar dapat berkolaborasi dengan pihak Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan lebih banyak lagi kemudahan kepada orang ramai seperti pemandangan 360 darjah dari tempat duduk.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Cipta Laman Web Bantu Penonton Semak View Dari Seat Di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kreatif!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd