[Video] Insiden Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu Buat Penduduk Rasa Bimbang
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, kejadian tanah runtuh itu berlaku sekitar kaki Gunung Kinabalu di Mesilau, Kundansang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan salah satu gunung yang paling digemari para pendaki dari seluruh dunia.
Ia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut.
Bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong asing, malah sesetengah penduduk juga menganggap gunung itu sebagai pembakar semangat buat rakyat Sabah untuk kekal bersatu padu.
Wanita Kongsi Situasi Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu
Baru-baru ini, penduduk tempatan dikejutkan dengan insiden bencana alam iaitu tanah runtuh di Gunung Kinabalu.
Menerusi hantaran tular di laman TikTok (@ezy.ehf), wanita dikenali sebagai Ezy telah berkongsi pemandangan kawasan Gunung Kinabalu yang terjejas dari penginapannya di Lamin Kopio, Kundasang, Sabah.
Menurut Ezy, kejadian tersebut dirakam pada pagi ini (24 Jun). Jika anda lihat sendiri video dikongsi, kelihatan dengan jelas tanah runtuh di lereng gunung sehingga menyebabkan kepulan asap tebal.
@ezy.ehf 24/6/2024 – Kejadian pagi ni. View dari lamin kopio, Tanah runtuh di gunung kinabalu. #fyp #mountkinabalu ♬ original sound – zy.rzney__
Air Sungai Menjadi Berlumpur Disebabkan Tanah Runtuh
Difahamkan, insiden tanah runtuh berlaku di kaki Gunung Kinabalu di Mesilau, Kundasang. Kejadian tersebut kemudiannya menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi lumpur.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima maklumat daripada rakaman video yang tular di media sosial pada pagi tadi.
Mengulas lanjut, sepasukan anggota bomba telah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemantauan.
Pemantauan segera dijalankan berhampiran runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat. Pemantauan turut dilakukan bersama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Ridwan Mohd Taib.

Tanah Runtuh Tidak Melibatkan Nyawa & Kerosakan Harta Benda
Setakat ini, pihak bomba mengesahkan bahawa kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang nyawa dan kerosakan harta benda. Ridwan dalam masa sama memaklumkan bahawa pihaknya masih melakukan pemeriksaan berhampiran lokasi runtuhan.
“Menurut pegawai Taman-Taman Sabah (TTS) yang bertanggungjawab menjaga di kawasan tersebut, runtuhan berlaku kira-kira jam 1.20 pagi Ahad dan banjir lumpur jam 5 pagi hari yang sama.
“Kejadian runtuhan di kaki Gunung Kinabalu dan banjir kilat tidak menjejaskan kampung berhampiran,” tambahnya lagi.
Untuk info, situasi hampir kurang sama pernah terjadi sebelum ini pada Jun 2015 di mana banjir berlumpur berlaku akibat gempa bumi berskala 5.9 skala Richter di Gunung Kinabalu.
Penduduk Bimbang Lihat Keadaan Gunung Kinabalu
Menjengah ke ruangan komen, sesetengah penduduk tempatan dilihat berasa bimbang dengan kejadian tanah runtuh itu.
“Bikin takutlah kalau Gunung Kinabalu runtuh,” ujar seorang wanita.
Ada juga individu berpendapat insiden tanah runtuh tersebut berlaku disebabkan hujan yang kerap kali berlaku di sana.
“Sekarang kan musim hujan. Jadi, auto jadi lecak dan runtuhlah tanah,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga dilihat menitipkan doa agar keselamatan penduduk di sana terjamin daripada bencana alam berkenaan.








Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Panduan Sebelum Mendaki Gunung Kinabalu
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Salji Di Gunung Kinabalu, Ini Penjelasan MetMalaysia
Baca Artikel Berkaitan: Tak Kenal Erti Putus Asa, Iron Man Sabah Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram