Now Reading
“Pendekatan Agak Salah” – Video Wajah Rapat Dengan Skrin, Influencer Mohon Maaf

“Pendekatan Agak Salah” – Video Wajah Rapat Dengan Skrin, Influencer Mohon Maaf

Menurut influencer dikenali sebagai Fatin Nabila, dia juga berterima kasih atas semua komen positif dan negatif yang dilontarkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial apabila seorang influencer Muslimah dikenali sebagai Fatin Nabila yang membuat konten islamik menjadi bualan ramai.

Dalam salah satu perkongsiannya sebelum ini, Fatin telah mengajak penonton untuk mendekatkan wajah ke skrin peranti. Selepas Fatin mendekatkan wajahnya, dia mula memberi nasihat kepada orang ramai dengan suara yang agak lembut.

Dia memulakan video tersebut dengan berkata, “Dekat dengan Fatin, jom kita sembang. Selesa eh?”


Influencer Muslimah Tampil Mohon Maaf Kerana Konten Yang Tak Sesuai

Perkara tersebut kemudiannya mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang ‘membahan’ dan berjenaka. Cakna dengan topik hangat orang ramai, Fatin telah tampil memberikan respon tentang perbuatannya.

Menerusi video di akaun TikTok miliknya (@fatinnabila1), Fatin menjelaskan bahawa niat utama dia memuat naik video tersebut hanyalah untuk mengingatkan orang ramai agar tidak membandingkan diri sendiri dengan individu lain.

Namun Fatin sedar pendekatan dalam mana menyampaikan mesej itu agak salah dan tidak proper dari segi suara serta muka yang dekat dengan skrin. Jadi dengan rendah diri, saya benar-benar minta maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Fatin Nabila.

Akan Perbaiki Diri Untuk Konten Yang Lebih Berkualiti

Tambah wanita itu, dia mempelajari banyak perkara susulan situasi yang sudah berlaku selain berkata akan memperbaiki diri untuk konten lebih bagus.

“Insya-Allah pada masa akan datang saya akan cipta konten berkualiti yang lebih baik dan proper. Subhanallah, banyak sangat Fatin belajar tentang do’s dan don’ts dalam mana kita buat konten.

“Saya sebagai Muslim akan jaga lebih baik dan teliti dari aspek proses tersebut (buat konten) sebelum memuat naik,” ulas Fatin.

Di akhir perkongsian berkenaan, Fatin turut mengucapkan terima kasih atas komen positif dan negatif diterima kerana ia sekaligus membuatkan dirinya lebih fokus bagi menyediakan konten terbaik untuk manfaat bersama.

@fatinnnabila1

Bismillah.

♬ original sound – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin

Orang Ramai Beri Semangat Kepada Fatin

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberi sokongan kepada Fatin.

“Bangga dengan cara Fatin jawab. Small matter. Terus berjaya fatin,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga yang berkata mereka menyukai segala nasihat disampaikan oleh Fatin sebelum ini.

“Tapi cara dia sampaikan (pesanan dan nasihat) soothing betul, yang down terus rasa semangat,” jelas seorang pengguna TikTok.

Malah ada juga individu yang memuji cara Fatin memberi respon kerana menerima teguran orang ramai secara terbuka.

“Lain ya kalau orang berpelajaran bercakap, orang ada ilmu. Dia orang tak akan melenting buat live ke apa. Dia orang akan baiki diri dan minta maaf,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@fatinnabila1)

Ustazah Asma’ Harun Tegur Konten Guna Suara Manja & Menggoda

Terdahulu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran di Facebook juga ada menegur influencer Muslimah yang menggunakan suara lembut dalam video.

Jelasnya, perbuatan itu dikira sebagai ‘soft porn’ kerana bukan sahaja menggunakan suara manja tetapi gaya menggoda selepas mendekatkan wajah ke skrin.

“Cara begini sudah termasuk dalam larangan jelas yang mendatangkan dosa dan hukumnya haram,” tambah pendakwah itu.

Ustazah Asma’ juga berkongsi firman Allah SWT dalam petikan Surah al-Ahzab ayat kedua iaitu:

فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd