Now Reading
“Banggalah Dengan Tradisi Kita” – Lelaki Persoal Nama Kuih Ketayap Diterjemah Ke Bahasa Inggeris

“Banggalah Dengan Tradisi Kita” – Lelaki Persoal Nama Kuih Ketayap Diterjemah Ke Bahasa Inggeris

Menerusi foto tular, kelihatan kuih ketayap yang dijual diterjemahkan ke Bahasa Inggeris iaitu ‘Religious Headgear Desert’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Malaysia terdiri daripada pelbagai juadah unik serta menarik yang menjadi tumpuan orang ramai. Sebagai contoh roti canai, nasi lemak, laksa, kuih seri muka, kuih ketayap dan banyak lagi.

Walaupun nama juadah ini mudah disebut untuk warga tempatan, namun ia mungkin sedikit sudah buat mereka yang berasal dari negara luar kerana tidak boleh bercakap atau memahami Bahasa Kebangsaan.

Oleh disebabkan itu, pelbagai hidangan terkenal di negara ini diterjemah ke Bahasa Inggeri agar ia lebih mudah disebut.


Nama Kuih Ketayap Diterjemah Kepada ‘Religious Headgear Desert’

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) apabila pengacara televisyen, Fedtri Yahya berkongsi foto kuih tempatan iaitu ketayap.

Dalam perkongsian sama, kelihatan kuih tersebut telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris yang disebut sebagai ‘Religious Headgear Desert’.

Rata-rata orang ramai terhibur dengan panggilan itu selain berasa sebutan kuih tersebut kedengaran agak ‘pelik’ dalam Bahasa Inggeris.

Yang ni (Religious Headgear Desert) nampak lagi alim bunyinya daripada ketayap.

Pengguna X.
Sumber: X (@fedtriyahya)

Lelaki Tak Setuju Nama Kuih Ketayap Diterjemahkan

Pun begitu, ada juga individu yang memberi pandangan sebaliknya. Menurut pengguna X dikenali sebagai Hilmi Ismail, nama kuih itu tidak sepatutnya diterjemahkan ke bahasa lain kerana ia merupakan sebuah kata khas.

“Kita makan carbonara, oden, sushi, croissant apa semua elok je tak translate pun,” katanya.

Tambah Hilmi, rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan tradisi sedia ada sebelum mengeksport produk keluaran negara.

Menerusi semakan kami, foto memaparkan kuih ketayap dengan nama Bahasa Inggeris itu sebenarnya telah disunting.

Sumber: Facebook

Pandangan Hilmi Terima Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Menjengah ke ruangan balas, ramai individu bersetuju dengan pendapat Hilmi dan berkata bahawa perkara tersebut sudah menjadi satu kebiasaan sejak dahulu lagi.

“Macam nasi lemak. Tak perlu nak terjemah ke coconut rice. Kekalkan keaslian kita. Biar mat saleh tergeliat lidah nak sebut,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga berkata nama kuih tersebut diterjemah untuk menarik tumpuan warga asing.

“Memang kebanyakannya (makanan Malaysia) diterjemah (Bahasa Inggeris) untuk tarik minat orang asing. Kalau orang kita memang akan lebih suka nama asal.

“Contoh apam balik, dekat oversea kita iklankan ia sebagai Malaysian pancake. Nasi lemak pun sesetengah tempat panggil coconut rice. Orang barat suka macam tu,” jelas seorang individu.

Menjawab kepada kenyataan tersebut, Hilmi memberi cadangan untuk meletakkan kedua-dua nama kuih iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris agar mudah difahami orang ramai.

“Kalau niat nak memperkenalkan dan mudah difahami orang luar, lebih baik letak dua-dua nama. Malaysian Pancake, Apam Balik kan cantik. Orang boleh belajar nama sebenar dalam masa yang sama,” ujar Hilmi.

Sumber: X (@mhilmiismail)

Baca Artikel Berkaitan: PM Wajibkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Surat Rasmi Kerajaan

Baca Artikel Berkaitan: “Pertama Kali Dengar”- Ramai Teruja Lihat Lelaki Berbangsa India Fasih Cakap Jawa [Video]


Asal Usul & Resepi Kuih Ketayap

Kalau anda nak tahu, kuih ketayap juga dikenali sebagai kuih gulung. Kuih berwarna hijau tersebut diperbuat menggunakan adunan tepung bersama inti parut kelapa muda dan gula melaka.

Kuih ketayap ini dipercayai berasal dari Terengganu dan Kelantan. Ia juga boleh dijumpai di negara jiran Indonesia dengan panggilan ‘kue dadar gulung’.

Difahamkan, ia diberi nama kuih gulung kerana cara pembuatannya, di mana anda perlu menggulung adunan tepung yang dimasak dalam bentuk silinder sebelum dihidangkan.

Kuih yang berasa lemak manis itu sudah mula dikenali sejak dahulu lagi dan digemari ramai khususnya orang dewasa.

Sumber: My Lovely Recipes

Buat mereka yang teringin untuk membuat kuih ketayap sendiri di rumah, di sini kami kongsikan resepi mudah bagi melakukannya.

Bahan-bahan kulit tepung:

  • 2 cawan gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 6 ke 8 helai daun pandan

Cara penyediaan kulit tepung:

  1. Kisar daun pandan dengan air kemudian tapis ambik airnya sahaja.
  2. Campur dengan bahan-bahan yang lain dan kacau sebati.
  3. Tapis guna penapis kalau berketul.
  4. Guna kuali biasa atau non stick pan.
  5. Jika menggunakan kuali biasa, sapu minyak di atasnya. Kemudian ambil adunan sebanyak satu senduk dan tuang dan lenggangkan kuali untuk ratakan.
  6. Sapukan minyak setiap kali nak lenggang.
  7. Tunggu sampai kulit ketayap masak.
  8. Apabila sudah siap semua kulit, baru anda boleh letakkan intinya.

Bahan inti:

  • Sebiji kelapa parut (putih saja)
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula putih
  • Sedikit air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu tepung gandum

Cara penyediaan inti:

  1. Masak gula merah, gula putih dengan air sampai hancur bersama daun pandan
  2. Selepas itu, masukkan pula kelapa parut.
  3. Masak sampai kering. Apabila sudah agak kering masukkan dua sudu tepung gandum.
  4. Kacau lagi sehingga kering dan berkilat (jika suka lembab, jangan masak kering sangat).

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd