Now Reading
“Bahagia Tak Perlu Mewah Pun” – Suami Isteri Beli Hadiah Harga RM2.40 Untuk Anniversary Dipuji Ramai

“Bahagia Tak Perlu Mewah Pun” – Suami Isteri Beli Hadiah Harga RM2.40 Untuk Anniversary Dipuji Ramai

Menerusi video tular, pasangan suami isteri dikenali sebagai Azrul dan Liana kelihatan bahagia dengan pemberian hadiah yang tidak mewah itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang sudah melangkah masuk ke dalam alam perkahwinan, sudah pasti ulang tahun hari istimewa itu menjadi antara momen penting untuk pasangan suami isteri.

Sesetengah daripada anda mungkin akan menempah tempat untuk makan malam ‘candle light’ di mana-mana restoran mewah. Selain itu, ada juga yang menyambut anniversary mereka dengan melancong ke negara barat.

Namun kemewahan bukanlah aspek terpenting untuk menghargai jasa pasangan, tetapi usaha yang ditunjukkan untuk membahagiakan mereka.


Suami Isteri Beli Barangan RM2.40 Sebagai Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@yeopsenyom_) menyaksikan pasangan suami isteri saling bertukar hadiah yang dibeli daripada kedai runcit Eco-Shop bersempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama.

Si suami yang dikenali sebagai Azrul dan juga isterinya, Liana telah membeli satu jenis produk untuk setiap warna. Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan pasangan tersebut memberikan pelbagai jenis barangan yang unik dan comel.

Lebih mencuri perhatian adalah apabila Azrul membeli barang keperluan rumah yang boleh digunakan oleh kedua-dua mereka seperti penyegar udara, sabun pakaian dan banyak lagi.

Walaupun hadiah-hadiah itu ‘simple’, tetapi Azrul bersama Liana dilihat terhibur dan gembira dengan barangan diterima.

Untuk pengetahuan semua, setiap produk yang dijual di kedai runcit berkenaan adalah agak murah iaitu RM2.40 bagi setiap satu produk.

@yeopsenyom_ First Anniversary Challenge. Tukar hadiah ikut warna, versi @eco-shop Malaysia is sooooooo fun! 😂💕 @Liana 🌸 ♬ original sound – Yèop Azrul

Perkongsian tersebut kemudian raih perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @bckupacc99).

Comel betul abang, kakak sambut ulang tahun perkahwinan tukar hadiah barang-barang Eco-Shop. Sederhana tapi bahagia dan kebahagiaan tidak hanya dinilai dengan harta.

Pengguna X.

Orang Ramai Puji Azrul & Liana Kerana Bersederhana Dalam Memberi Hadiah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji pasangan suami isteri tersebut kerana bersederhana.

“Abang dan akak ni tunjukkan aku satu contoh yang bahagia ni tak memerlukan kemewahan pun. Semoga jodoh kekal hingga ke syurga. Comel je tengok,” kata seorang lelaki.

Malah, ada juga individu menyifatkan Azrul seorang suami prihatin kerana pemilihan hadiah yang dibeli.

“Bila diamati betul-betul, abang ni jenis bertanggungjawab sebab dia beli semua hadiah tu barang keperluan setiap hari (untuk rumah). Semoga bahagia ke anak cucu,” ujar seorang pengguna X.

Sementara itu, ada yang berkata bahawa kebahagian dalam sesuatu perkahwinan tidak diukur melalui harta.

Sumber: X

Alhamdulillah, semoga yang baik-baik sahaja untuk hubungan Azrul dan isterinya.


Idea Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Pasangan

Kepada mereka yang akan menyambut ulang tahun perkahwinan tidak lama lagi, mungkin anda sedang pening kepala nak belikan apa untuk pasangan masing-masing.

Usah risau, di sini kami kongsikan beberapa jenis hadiah yang sesuai untuk lelaki dan juga wanita. Paling penting beli mengikut kemampuan sendiri, okay? Antaranya:

Hadiah untuk si suami:

  • Peralatan sukan
  • Jaket
  • Jam pintar
  • Beg galas untuk kerja
  • Dompet
  • Kamera
  • Set perkhemahan
  • Mesin kopi
  • Kasut hiking
  • Minyak wangi
Sumber: Pexels

Hadiah untuk si isteri:

  • Beg tangan
  • Barangan kemas
  • Telekung
  • Set senduk memasak
  • Mesin jahit
  • Mesin urut
  • Seterika wap
  • Tudung
  • Alat solek
  • Sejambak bunga
Sumber: Unsplash/Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terharu Lihat Lelaki Buat Persediaan Sambut Anniversary Untuk Isteri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Surprise Bawa Kek Untuk Ibu Ketika Kerja Buat Orang Ramai Terharu

Baca Artikel Berkaitan: Ayah Hantar Video Wish Birthday, Anak Pelaut Tahan Sebak Rindu Pada Bapa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd