Now Reading
Viral Kerana Bergaduh Dengan Pelanggan Mabuk, Kisah Pemilik Kedai Runcit Ini Beri Inspirasi

Viral Kerana Bergaduh Dengan Pelanggan Mabuk, Kisah Pemilik Kedai Runcit Ini Beri Inspirasi

Goh Yap Eng, peniaga yang menjadi viral kerana mempertahankan kedai daripada pelanggan mabuk telah berkongsi kisahnya yang menyentuh hati.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di tengah-tengah kesibukan Seberang Jaya, Pulau Pinang, sebuah kedai runcit kecil menjadi tumpuan ramai kerana tempoh beroperasinya yang agak lama dan diuruskan dengan baik.

Goh Yap Eng iaitu penjaga kedai yang viral di Pasar Mini Kim Leong telah menjadi legenda tempatan, bukan sahaja untuk perniagaannya, tetapi juga melibatkan kisah kehidupannya dan kucing peliharaan bernama Meowbo.

Goh mula dikenali ramai selepas video dia mempertahankan kedainya daripada pelanggan mabuk tular di media sosial.

Insiden tersebut yang dikenali sebagai ‘one-to-one’ telah menunjukkan keberanian dan kemahiran Goh untuk berfikir dengan pantas.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Pergaduhan Dalam Kedai Serbaneka Di Pulau Pinang, 2 Lelaki Ditahan Polis


Hero Yang Rendah Diri: Dedikasi Goh Terhadap Kedai Miliknya Dan Komuniti

Walaupun peristiwa itu bersifat dramatik, Goh tetap merendah diri.

“Pergaduhan itu tidak ada kaitan dengan bangsa atau mabuk. Rakyat Malaysia mesti hidup dalam harmoni,” jelasnya.

Sumber: X

Goh mewarisi kedai itu daripada bapanya dan telah berkecimpung dalam perniagaan runcit selama 34 tahun.

Dia mula membantu bapanya selepas berhenti sekolah semasa Tingkatan 1 selepas keputusan itu didorong atas sebab keperluan dan bukannya minat.

“Saya terlepas banyak masa muda saya, tetapi saya tidak menyesal. Saya kena buat juga,” kata Goh.


Goh Korbankan Masa Muda Untuk Menjaga Kedai Runcit

Menguruskan kedai tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.

Dengan kos operasi RM8,000 sebulan, Goh menjana perolehan perniagaan RM12,000 hingga RM15,000.

Walaupun keuntungan minimum bagi barangan bersubsidi seperti gula (8 sen sekilogram) dan minyak masak (10 sen sekilogram), beliau berjaya bertahan dalam perniagaan hasil daripada perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan waktu operasi yang strategik.

“Kami biasa buka pada pukul 8 pagi, tetapi pelanggan hanya masuk pada waktu malam, jadi kami menukar waktu kami dari pukul 6 petang kepada lewat malam.

“Ia sangat memenatkan, tetapi itulah apa yang kami perlu lakukan,” jelas Goh.

Kelangsungan kedai di tengah-tengah persaingan yang sengit adalah bukti dedikasi Goh terhadap perniagaanya itu.

“Ada banyak pasar raya dan kedai runcit di kawasan sekitar, tetapi kami berjaya bertahan kerana adanya pelanggan setia kami,” katanya bersyukur.

Sumber: X

Komitmen kepada pelanggannya memberi makna bahawa dia mempunyai sedikit masa untuk hobi peribadi seperti cintanya terhadap motosikal atau meluangkan masa bersama Meowbo iaitu kucing yang dibelanya sejak lapan tahun lalu.

Meowbo sering dilihat bersantai dan kehadiran cukup disenangi ramai.

“Dia sebahagian daripada keluarga,” Goh tersenyum.


Insiden Viral Menyeru Untuk Semaikan Sikap Harmoni

Susulan insiden yang tular itu, Goh telah ditangkap serta ditahan selama dua hari dan dia menyifatkan pengalaman tersebut sebagai memeritkan.

“Saya tidak boleh tidur dan tidak mahu ia berlaku lagi,” katanya.

Goh menasihatkan mereka yang mempelajari seni mempertahankan diri supaya menggunakan kemahiran mereka dengan bijak.

“Seni mempertahankan diri bukan untuk memulakan pergaduhan dan jangan jadikannya sebagai isu perkauman,” kata Goh.

Kisah Goh, seperti yang dikongsikan di ‘Bu$y Finding Modal – Episod 13’ di BFM Radio adalah bukti ketabahannya dan semangat pemilik perniagaan kecil.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd