Now Reading
[Video] “Wartawan Otai Ni” – Orang Ramai Teruja Imbau Kenangan Lihat Karam Singh Walia Berpantun

[Video] “Wartawan Otai Ni” – Orang Ramai Teruja Imbau Kenangan Lihat Karam Singh Walia Berpantun

Datuk Karam Singh Walia telah menerima kunjungan Pengurusan Media Prima di kediamannya di Taman Andalas untuk untuk penyampaian sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Untuk geng-geng yang lahir zaman 80an atau 90an, korang ingat lagi tak wartawan TV3 yang terkenal dengan gaya penyampaian suka berpantun ketika membuat laporan berita iaitu Datuk Karam Singh Walia?

Bila sebut nama wartawan ini, mesti ramai yang akan terimbau gayanya ketika menyampaikan laporan berita Buletin Utama di televisyen.

Boleh dikatakan ia adalah satu ‘signature’ yang membuatkan dirinya sentiasa diingati ramai terutamanya mereka yang sering menonton siaran berita di saluran TV3.


Karam Singh Walia ‘Throwback’ Berpantun Seperti Dahulu

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@justmimyyy), Karam Singh Walia telah menerima kunjungan wartawan dari beberapa siaran televisyen di kediamannya di Taman Andalas, Klang, Selangor.

Ketika kunjungan tersebut, beliau menerima permintaan dari para wartawan untuk melakukan semula aksi berpantun seperti mana yang sering dilakukan ketika bertugas ketika dahulu kala.

Wartawan yang berada di sana juga kelihatan teruja dapat mendengar secara ‘live’ pantun daripada beliau sambil memegang mikrofon.

Laporan berpantun tersebut yang diakhiri dengan sebutan namanya itu adalah satu ‘signature’ yang tidak akan dilupakan oleh masyarakat.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 727,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Orang Ramai Lepas Rindu Dengar Pantun Dari Karam Singh Walia

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai juga teruja dapat mendengar semula pantun dari Karam Singh Walia yang sering diucapkan ketika membuat laporan berita di televisyen.

Bagi golongan yang lahir pada tahun 80an dan 90an, Karam Singh Walia ini dianggap sebagai seorang yang ‘legend’ dan akan diingati sampai bila-bila.

Ada juga di antara pengguna media sosial yang ingat lagi pantun yang pernah diucapkan oleh beliau.

Pada masa sama, masyarakat turut berterima kasih kepada para wartawan kerana berkongsi perkembangan terkini tentang beliau yang sudah lama tidak kelihatan.

“Terima kasih kongsi perkembangan terbaharu Datuk Karam Singh Walia. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Video TikTok ini saya simpan sebagai memori yang sangat berharga,” kata pengguna media sosial.

Sesetengah masyarakat pula menganggap industri kini sudah kekurangan wartawan yang berbakat seperti beliau ketik membuat laporan berita.

“Kita ketandusan wartawan seperti beliau sekarang, tiada pengganti,” ujar pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Nasihat Dari Karam Singh Walia Kepada Wartawan

Ketika dikunjungi pihak Pengurusan Media Prima untuk penyampaian sumbangan Tabung Kasih@HAWANA, Karam sempat menitipkan pesanan kepada para wartawan agar tidak mengejar populariti semata-mata.

Sebaliknya, beliau mengingatkan wartawan untuk menjadi pejuang utama dan mengangkat isu-isu rakyat.

“Yang paling penting sekali buat kerja dengan hasrat, kemampuan dan iltizam yang cukup mendalam.

“Tidak perlu berfikir dan kejar ‘glamour’ kerana bila kita buat kerja dengan hasrat baik dan ikhlas, rakyat penonton dan mereka yang membaca berita di luar sana kita tahu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Perkembangan Terkini Tentang Karam Singah Walia

Sebagai info, Karam telah bertugas sebagai wartawan Media Prima selama 20 tahun sejak 1995 sebelum bersara pada tahun 2014 atas sebab masalah kesihatan.

Sepanjang kerjayanya itu, Karam pernah memenangi dua anugerah dalam Anugerah Sri Angkasa 2004.

Sumber: Buletin TV3

Walau bagaimanapun, beliau kini menghidap penyakit hati dan buah pinggang sejak dua tahun lalu.

Sama-sama kita mendoakan agar wartawan legenda ini diberikan kesembuhan untuk kesihatannya.


Profil Tentang Karam Singh Walia

Karam telah dilahirkan dalam keluarga Sikh Punjabi di Teluk Intan, Perak pada tahun 1959 di mana ketika itu bapanya adalah seorang bekas anggota polis.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru sekolah menengah serta pensyarah universiti sebelum terlibat dalam industri kewartawanan ketika berusia 36 tahun.

Sumber: Facebook Perak Press

Semasa bergelar wartawan untuk Buletin Utama di siaran TV3, beliau ditugaskan untuk segmen Alam Sekitar.

Antara pencapaian beliau dalam industri kewartawanan adalah pernah memenangi anugerah Malaysia Press Institute bagi kategori ‘Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik’ pada tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd