Now Reading
[Video] Pakar Perjelas Rawatan Rendaman Kaki Ion Adalah Scam. Betul Ke?

[Video] Pakar Perjelas Rawatan Rendaman Kaki Ion Adalah Scam. Betul Ke?

Jelas doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aliff Zaki itu, dakwaan rendaman kaki ion boleh menghilangkan toksin dalam badan adalah tidak benar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila seseorang itu sedang sakit atau kesihatan diri semakin merosot, pasti mereka akan pergi ke klinik dan hospital bagi mendapatkan rawatan pakar.

Namun begitu, ada juga segelintir individu yang berkeras untuk mencari kaedah perubatannya sendiri sebagai contoh ubatan tradisional.

Tetapi bukanlah semua rawatan tradisional berkesan dan terbukti dalam aspek perubatan. Sesetengah daripada rawatan tersebut adalah palsu dan tidak membawa faedah kepada kesihatan.


Pakar Perjelas Rawatan Rendaman Kaki Ion Tak Berkesan Untuk Tingkatkan Tahap Kesihatan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@alepza11) apabila doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aliff Zaki memberikan pandangannya tentang pihak yang mendakwa bahawa rawatan rendaman kaki jenis ion boleh menghilangkan toksin dari tubuh badan.

Jelasnya, rawatan tersebut sudah lama wujud di Malaysia iaitu sejak tahun 80-an lagi. Rawatan tersebut bagaimanapun dikatakan sudah kembali terkenal di kalangan masyarakat.

Menurut Dr Aliff, rawatan itu tidak sama sekali mengurangkan kolestrol, asid uric, angin, toksin dan sebagainya.

Rawatan tersebut hanya melibatkan proses dipanggil sebagai elekrolisis iaitu penguraian elektrolit apabila terdapat arus mengalir.

Sumber: Lazada (Indonesia)

Kekotoran Dilihat Semasa Rawatan Adalah Karat Hasil Tindak Balas Kimia

Segala kekotoran yang dilihat dalam besen pula adalah tindak balas besi dan air kerana wujudnya arus elektrik. Tindak balas tersebut kemudian membebaskan ion dan mengeluarkan karat.

“Ia adalah particle besi bukannya datang dari badan kita. Kolestrol, asid uric, angin, toksin, tak. Kalau betul rawatan kaki ion boleh membebaskan segala benda tu, senang kita letak je dekat klinik kesihatan banyak-banyak,” ujar Dr Aliff.

Rawatan kaki tersebut juga tidak mempunyai bukti kukuh dalam perubatan tentang keberkesanannya. Pakar berkenaan sekali lagi menegaskan bahawa ia adalah proses kimia dan meminta orang ramai agar tidak mudah tertipu.

Sumber: SEHAT.link

Tahap Kolestrol Tak Berubah Sebelum & Selepas Rawatan

Cara lain untuk mengenal pasti ia adalah palsu adalah dengan mengambil darah bagi memeriksa paras kolestrol. Kata doktor kesihatan tersebut, paras kolestrol tidak akan berubah sebelum atau selepas rawatan rendaman kaki ion.

Walaupun rawatan itu adalah selamat namun ia tidak memberi sebarang faedah terhadap kesihatan individu.

“Jangan guna alasan nak cari ikhtiar. Carilah ikhtiar dengan ilmu dan yang tidak mensia-siakan kita,” tambahnya lagi.

@alepza11 Buat benda yang sia-sia tak termasuk dalam berikhtiar. #dralphazaki ♬ original sound – Alpha Zaki

Ada Individu Habis Lebih RM100 Untuk Rawatan Rendaman Kaki Ion

Menerusi ruangan komen, ada individu yang berkongsi kisah ahli keluarga selepas melakukan rawatan rendaman kaki ion tersebut.

“Nenek aku bangga ya cakap dah keluar semua toksin dalam badan. Lepas tu cakap makin bertenaga. Bayar pula sampai RM100 lebih,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga berkata golongan tua yang lebih mudah terpedaya dengan rawatan kaki ion ini.

Malah ada juga yang berseloroh dengan mengatakan rawatan berkenaan hanya akan menghabiskan duit pesakit sahaja.

“Proses ini sangat bagus sebenarnya. Boleh menambahkan dan menebalkan poket perawat,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@alepza11)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Tepis Dakwaan Kipas Angin Punca Bell’s Palsy

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Bagaimana Wanita Hilang Jari Kaki Lepas Pergi Ke Spa Ikan Di Thailand

Baca Artikel Berkaitan: Nak Buat Ujian Kesihatan? Ini 7 Lokasi Yang Anda Boleh Pergi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd