[Video] Lelaki Intai Wanita Dalam Tandas, Didakwa Flush Telefon Selepas Kantoi
Seorang saksi mendakwa dia telah melihat kepala lelaki berkenaan sedang menghendap daripada bahagian bawah pembahagi (partition) ruangan tandas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes gangguan seksual dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat. Kalau waktu dulu, orang ramai selalu mengingatkan golongan wanita untuk tidak bersendirian khususnya pada waktu malam jika mahu ke mana-mana bagi mengelakkan diri diganggu oleh orang tidak dikenali.
Namun istilah tersebut nampaknya sudah tidak boleh dipakai kerana segelintir para wanita masih diganggu pada siang hari walaupun berada di tempat terbuka bersama orang ramai.
Seperti sebelum ini, seorang wanita yang menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT) mendakwa dirinya dirinya telah dirakam oleh individu tidak dikenali.
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Minta Wanita Dakwa Dirakam, Jadi Mangsa Gangguan Seksual Buat Laporan
Lelaki Hendap Wanita Di Tandas Awam
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@evelyn_zkal), menyaksikan situasi tegang yang sedang berlaku di tandas sebuah pusat beli-belah di Batu Pahat, Johor.
Menurut Evelyn, seorang lelaki telah memasuki tandas wanita lalu mengendap seorang individu daripada bahagian bawah pembahagi (partition) ruangan tandas.
Bukan sahaja mengintai, dia juga didakwa telah mengambil gambar wanita yang berada dalam tandas tersebut. Menyedari perkara itu, seorang saksi yang turut berada di situ telah menjerit bagi mendapatkan pertolongan orang sekeliling.
Susulan itu, pengawal keselamatan bersama beberapa orang lelaki yang lain telah datang ke tempat kejadian dan menangkap penghendap tersebut.
“Saya nampak kepala dia dekat bawah (pintu), dia tengah tengok,” kata si saksi.
Sewaktu seorang lelaki meminta si penghendap untuk menunjukkan telefon dan gambar yang diambil, dia berkata bahawa telefonnya sudah tiada. Dakwa Evelyn, lelaki berkenaan telah mencampakkan telefon ke dalam lubang tandas dan dipam untuk menghapuskan bukti.
Di akhir perkongsian itu, lelaki yang mengendap dipercayai dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut.
Lelaki Dakwa Penghendap Sakit
Menerusi ruangan komen, ada juga individu yang mendakwa bahawa dia mengenali lelaki tersebut. Dakwanya, penghendap tersebut mempunyai satu ‘penyakit’.

@evelyn_zkal Ada seorang lelaki cina masuk tandas perempuan dia pergi tandas paling belakang pastu dia mengendap dari bawah dan dia mengambil gambar pastu mangsa nampak dia kat bawah pastu and then saksi menjerit minta tolong pastu security pon datang dah tangkap dia kesian mangsa tu telefon tu dia flush sbb takot kena tangkap last last kena tangkap jugak
♬ 原声 – Evelyn
Orang Ramai Luah Rasa Risau Untuk Ke Tandas Awam
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa risau terhadap keselamatan para wanita di luar sana.
“Setiap pusat beli-belah atau tandas awam untuk perempuan ke tolong la ada kamera litar tertutup (CCTV) dekat depan. Bahaya weh kita orang,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ada juga yang dilihat berasa takut untuk pergi ke pusat membeli-belah tersebut selepas ini.







Baca Artikel Berkaitan: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual
Baca Artikel Berkaitan: Jiran Terjah Warga Asing Intai Tandas Rumah Perempuan Di Sebuah Kondominium
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram