Now Reading
“Usia Macam Ni Patutnya Rehat” – Warga Emas Jual Bantal Kekabu Seawal 7 Pagi Bikin Ramai Sebak

“Usia Macam Ni Patutnya Rehat” – Warga Emas Jual Bantal Kekabu Seawal 7 Pagi Bikin Ramai Sebak

Difahamkan, atuk dan nenek itu menjual bantal kekabu seawal 7 pagi pada setiap hari berhadapan dengan Restoran Sate 7 Pagi di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan di Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya adalah berbeza. Ada individu hidup dengan keadaan senang, ada juga yang sedang dalam kesempitan.

Seperti satu peribahasa yang berbunyi kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Walaupun usia sudah semakin lanjut, namun golongan tersebut tiada pilihan lain selain keluar mencari sesuap nasi.

Tidak kiralah cabaran apa yang dilalui, mereka akan berusaha juga untuk bekerja bagi menampung kos sara hidup.

Baca Artikel Berkaitan: “Hadiah Paling Bermakna” – Warga Emas Titip Doa Buat Pelanggan Borong Semua Aiskrim Dijualnya


Jualan Bantal Kekabu Oleh Pasangan Warga Emas Tidak Laku

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@reezmell), menyaksikan pasangan warga emas sedang berniaga di kereta mereka.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan bantal kekabu yang dijual diletakkan atas bumbung kereta sebagai pameran buat para pembeli.

Menurut wanita dikenali sebagai ReezMell, pakcik dan makcik itu mula menjual bantal kekabu seawal 7 pagi pada setiap hari berhadapan dengan Restoran Sate 7 Pagi di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan di Selangor.

Namun perkara yang mengundang sebak adalah tiada satu biji bantal pun yang terjual walaupun sudah menjelang tengahari. Dalam keadaan cuaca panas di Malaysia ini, memang tidak boleh bayangkan cabaran dilalui oleh pasangan berkenaan.

Tambah pula keadaan pakcik yang tidak berapa mengizinkan di mana dia menggunakan tongkat untuk bergerak.

Sumber: TikTok (@reezmell)

Harap Orang Ramai Boleh Sama-sama Membantu

Berasa kesian dengan jualan bantal kekabu yang tidak laku, ReezMell meminta orang ramai untuk sama-sama menyokong perniagaan pakcik tersebut.

Jom netizen gunakan kuasa (viral) lariskan bantal kekabu jualan makcik dan pakcik ni. Hanya RM30 sebijik. Moga kita juga sentiasa dimurahkan rezeki dalam berkongsi rezeki.

ReezMell.
@reezmell Seawal 7 pagi pakcik bersama isterinya parking kereta depan restoran sate 7 pagi utk jual bantal kekabu. Sampai jam 12 tengahari masih belum laku walau sebiji..jom netizen gunakan kuasa lariskan bantal kekabu jualan makcik pakcik ni.. hanya rm30sebijik. Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam berkongsi rezeki juga.. aminyra #kongsirezeki #pakcikmakcikjualbantal #fypmalaysia #rakyattorakyat #jomsupport #fypシ゚viral #bantalkekabu #dyp ♬ Dealova Piano – DNP

Orang Ramai Luah Sebak Lihat Warga Emas Berniaga Walau Sudah Lanjut Usia

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memuji warga emas tersebut kerana berusaha mencari rezeki dan bukan sekadar meminta.

“The fact that mereka usaha untuk meniaga dan bukan meminta. Ya Allah permudahkan urusan pakcik makcik ni dan lancarkan rezeki mereka,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang berasa sebak melihat warga emas tersebut berniaga walaupun usia sudah lanjut.

“Aku tak boleh tengok orang tua masih cari duit dengan keadaan macam ni. Memang basah pipi,” jelas seorang wanita.

Sementara itu, ada juga yang berkata mereka telah menyokong pasangan warga emas tersebut dengan membeli bantal dijual.

“Saya dah beli bantal dari pakcik ni. Beli empat terus. Memang best bantal kekabu dia,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@reezmell)

Allah Beri Ganjaran Pahala Buat Manusia Yang Bersedekah

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan satu inspirasi kepada orang ramai untuk tidak berkira memberikan bantuan dan menghulurkan kebaikan kepada semua manusia yang memerlukan di luar sana.

Insya-Allah, satu hari nanti Tuhan Yang Maha Esa bakal membalas dengan ganjaran pahala pula. Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا”

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”

[Riwayat Muslim]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Tumpangkan Warga Emas Naik Motosikal, Aksi Anggota Polis Raih Sijil Penghargaan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd