Now Reading
“Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan

“Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan

Menurut Chef Wan, cuaca panas di Malaysia akan mendorong kepada pembiakan bakteria dengan mudah terhadap makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes keracunan makanan bukanlah satu perkara asing dan sering didengari berlaku di kalangan anak-anak. Ada yang hanya mengalami simptom ringan seperti sakit perut, tetapi ada juga yang lebih teruk sehingga membawa maut.

Seperti sebelum ini, seorang pelajar tingkatan lima dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan hidangan bihun dan juga telur.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor kemudian mengesahkan bahawa terdapat bakteria Salmonella dalam sampel najis mangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis


Chef Wan Perjelas Ramai Peniaga Tiada Ilmu Pengendalian Makanan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@maskulinmy) apabila cef selebriti terkenal tanah air Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata bahawa ramai peniaga tidak tahu tentang ilmu pengendalian makanan khususnya dari aspek kebersihan.

“Mereka tidak tahu tentang sanitasi dan kebersihan. Mereka tidak tahu suhu apakah yang sesuai untuk kendalikan sesuatu makanan. Kadang-kadang bahan (mentah) yang sampai, dia orang (peniaga) basuh kemudian tinggal sahaja ayam, ikan atau sebagainya di luar,” kata Chef Wan.

Sumber: Pexels

Jelasnya, iklim hutan hujan tropika di negara ini yang menyebabkan cuaca panas akan mendorong kepada pembiakan bakteria dengan mudah.

Oleh disebabkan itu, jika makanan tidak disejukkan dengan betul dan diletakkan ke dalam peti sejuk, atau tidak dihantar kepada pelanggan secepat mungkin, maka bakteria berisiko untuk membiak.

Kalau makanan tu bertutup dalam keadaan panas dan ada wap, ia adalah suhu sempurna untuk pembiakan bakteria. Sebab itulah (makanan) mudah basi.

Chef Wan.

Peniaga Kurang Peti Sejuk Untuk Simpan Makanan

Tegas Chef Wan, ramai juga peniaga yang ‘kedekut’ kerana tidak mempunyai peti sejuk yang banyak. Perkara tersebut membuatkan banyak makanan disumbat dalam satu peti sejuk sekaligus menyebabkan tiada peredaran udara.

Peredaran udara yang tidak mencukupi pula mengakibatkan peti sejuk kurang sejuk bagi mengelakkan virus dan bakteria.

Sumber: Freepik

Makanan Katering Harus Disejukkan Dengan Betul Sebelum Dipanaskan Semula

Makanan yang akan dihidangkan kepada pelanggan perlu dalam keadaan panas. Jika pengendali makanan melakukan perkhidmatan katering, makanan yang dimasak harus disejukkan dengan pantas dan kemudian disimpan dalam peti sejuk.

Selepas disejukkan dengan betul barulah makanan tersebut boleh dihangatkan semula ketika dihidang.

“Semua orang nak berniaga tetapi semua tiada ilmu mengenai kebersihan. Anda tanya mereka tentang jenis kuman, suhu, kosong (tidak tahu apa-apa). Asalkan boleh masak sahaja jual,” ujar cef berkenaan.

Sumber: Pexels

Orang Ramai Setuju Dengan Chef Wan Tentang Ilmu Pengendalian Makanan

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat bersetuju dengan pandangan Chef Wan.

“Ilmu penyediaan makanan memang penting kepada penjual. Kita sebagai pembeli pun kena ada ilmu juga untuk membeli di tempat yang betul,” ujar seorang pengguna TikTok.

Ada juga individu yang berkongsi perkara tidak selamat yang selalu dilakukan oleh segelintir peniaga semasa berniaga.

“Minyak buat goreng recycle entah berapa kali pun tak tahu. Selalu tengok minyak gelap je, dah jadi toksik,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga individu yang berasa risau untuk memulakan perniagaan kerana ia melibatkan keselamatan nyawa orang lain.

Sumber: TikTok (@maskulinmy)
@maskulinmy

Kecoh baru-baru ini apabila berlakunya kes kanak-kanak dan remaja maut akibat keracunan makanan selepas makan mihun dan telur mata yang diedarkan dalam sebuah program sekolah. Chef selebriti, Chef Wan tampil meluahkan kebimbangannya melihat pengendali makanan di negara kita. #chefwan #keracunanmakanan #maskulin #majalahmaskulin

♬ original sound – Maskulin

Peniaga Perlu Hadiri Kursus Pengendali Makanan

Untuk info, setiap individu yang bekerja dalam industri makanan serta minuman di Malaysia seperti restoran, kafe, kantin sekolah dan bazar harus melengkapkan tiga perkara iaitu Kursus Pengendali Makanan, suntikan typhoid dan menjalani saringan kesihatan.

Sekiranya peniaga bukan warganegara, saringan FOMEMA dan permit yang sah diperlukan sebagai tambahan.

Kursus pengendalian makanan. Sumber: MCE

Vaksin anti-typhoid adalah satu kewajipan dalam golongan peniaga bagi mengelakkan penyakit demam kepialu daripada merebak.

Menerusi kursus yang dijalankan selama beberapa jam itu, bakal peniaga akan didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai kaedah betul bagi mengendali makanan buat pelanggan.

Baca Artikel Berkaitan: Remaja & Kanak-kanak 2 Tahun Maut Keracunan Makanan Selepas Jamah Bihun & Telur Goreng Dari Program Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Perjelas Bagaimana Telur Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd