Now Reading
Tandas Awam Di Beijing Pasang Timer, Elak Individu Guna Telefon Sambil ‘Buang Hajat’

Tandas Awam Di Beijing Pasang Timer, Elak Individu Guna Telefon Sambil ‘Buang Hajat’

‘Timer’ pada tandas awam di Beijing itu bukanlah untuk mengawal tempoh masa pengguna kerana mereka tidak akan mengusir individu keluar dari tandas secara tiba-tiba.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak korang pergi ke tandas awam dan terpaksa menunggu lama untuk masuk ke dalam tandas tersebut?

Jangan terkejut kerana ada sesetengah masyarakat yang mengambil masa agak lama untuk membuang hajat sehingga melebihi 20 minit.

Malah, segelintir individu sering menggunakan telefon bimbit sambil membuang hajat agar melayani kesakitan pada bahagian perut yang dialami.


Tandas Awam Di Beijing Dipasang ‘Timer’

Bagi mengelakkan seseorang leka menggunakan telefon sehingga menyebabkan orang lain terpaksa menunggu lama, tandas awam di sebuah lokasi pelancongan di Beijing, China telah dipasang dengan jam digital.

Jam digital berkenaan yang dipasang di atas pintu setiap kubikel tandas akan menunjukkan tempoh masa dengan lampu berwarna merah manakala tandas yang tidak berpenghuni akan memaparkan lampu berwarna hijau.

Difahamkan tandas percuma tersebut terletak di Grottoes Buddha Yungang dalam wilayah Shanxi.

Sumber: Weibo

‘Timer’ Dipasang Untuk Tangani Masalah Pengunjung Terlalu Ramai

Seorang pekerja memberitahu akhbar Xioxiang Morning Herald bahawa peranti tersebut dipasang dengan tujuan bagi menangani masalah bilangan pengunjung yang terlalu ramai.

Jelasnya, ‘timer’ tersebut bukanlah untuk mengawal tempoh masa kerana mereka tidak akan mengusir individu keluar dari tandas secara tiba-tiba.

“Kami juga tidak menetapkan sebarang had masa seperti 5 atau 10 minit atau berapa lama seseorang itu boleh menggunakan tandas,” katanya.

Kewujudan tandas wanita yang dipasang dengan peranti masa itu juga dikongsikan menerusi laman X oleh seorang pengguna (@jenniferzeng87).


Tandas Dengan Timer Raih Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Kewujudan tandas dengan peranti masa itu telah meraih pelbagai reaksi dari orang ramai sehingga ada yang mempersoalkan mengapa ia hanya dilakukan di dalam tandas wanita.

Malah, ada juga tertanya-tanya apa yang bakal berlaku jika seseorang menggunakan tandas melebihi had masa yang diperuntukkan.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial pula memberitahu bahawa tandas sedemikian juga wujud di negara Eropah tetapi perbezaannya adalah pintu tandas akan terbuka selepas tamat tempoh diberikan.


Tahukah Anda, Individu Boleh Dapat Penyakit Jika Guna Telefon Dalam Tandas?

Walaupun dilakukan oleh ramai individu, tetapi membawa telefon ke dalam tandas sebenarnya adalah satu perbuatan yang boleh membahayakan kesihatan.

Ini kerana telefon kita akan terdedah dengan kuman seperti E.coli, kulat dan yis yang merebak pada permukaan telefon.

Memetik laporan Berita Harian, pakar juga menjelaskan bahawa perbuatan ini turut berisiko mengakibatkan buasir, sembelit atau jangkitan saluran kencing.

Sementara itu, tabiat menggunakan telefon di dalam tandas akan mempengaruhi posisi ketika ‘membuang hajat’.

Selain membawa telefon, terdapat beberapa lagi kesalahan yang sering dilakukan apabila seseorang masuk ke dalam tandas.

Antaranya:

  • Tidak menutup mangkuk tandas
  • Menyimpan berus gigi ketika basah dalam bekas bertutup
  • Tidak membuka tingkap bilik air
  • Menyimpan alat solek di dalam bilik air

Bagi melindungi kesihatan diri, elakkanlah dari melakukan perkara-perkara sedemikian.

Baca Artikel Berkaitan: Punca Bakteria, Ini 5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Bila Berada Di Bilik Air


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd