Now Reading
“Susah Ni Nak Pilih Pemenang” – Seni Tulisan Khat Murid Sekolah Curi Tumpuan

“Susah Ni Nak Pilih Pemenang” – Seni Tulisan Khat Murid Sekolah Curi Tumpuan

Difahamkan, pertandingan Khat Ihtifal KAFA di kalangan murid sekolah rendah itu dianjurkan pada setiap tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat anda yang tidak tahu, khat bermaksud garisan manakala seni khat pula bererti garisan yang membentuk tulisan cantik.

Kebiasaannya, tulisan khat ini diajar kepada para murid ketika Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) atau dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah.

Murid-murid yang dilihat berbakat dalam tulisan khat pula selalunya akan menyertai mana-mana pertandingan peringkat sekolah atau daerah bagi bidang tersebut.


Murid Sekolah Rendah Lakar Tulisan Khat Jadi Perhatian

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@haziiiqqq) menyaksikan peserta-peserta pertandingan Khat Ihtifal KAFA peringkat daerah di Bagan Serai, Perak.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan para peserta sedang duduk di tempat masing-masing bersama peralatan khat yang disediakan.

Perkara yang mencuri perhatian ramai adalah setiap seni tulisan khat yang ditulis oleh mereka kelihatan sangat kemas dan cantik. Seolah-olah individu tersebut berpengalaman bertahun-tahun dalam seni tulisan khat.

Sumber: TikTok (@haziiiqqq)

Hakim pertandingan yang dikenali sebagai Haziq ketika dihubungi TRP berkata, peserta sekolah rendah itu terdiri daripada lingkungan umur 10-12 tahun. Tambahnya lagi, pertandingan tersebut merupakan acara tahunan dianjurkan untuk pelajar KAFA.

Difahamkan, pihak jabatan akan menetapkan ayat yang perlu ditulis khas untuk peserta di bawah KAFA dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ayat itu kemudian diberikan kepada para peserta dua minggu sebelum pertandingan berlangsung.

Oleh disebabkan itu, para murid mempunyai masa untuk berlatih menulis ayat yang diberikan terlebih dahulu.

Sumber: TikTok (@haziiiqqq)

Ramai Puji Tulisan Khat Cantik Para Peserta

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memuji tulisan khat cantik yang ditulis oleh anak-anak kecil itu.

“Bangga dengan anak-anak sekarang. Masih didedahkan dengan jawi, syabas ibu bapa kerana menekankan ilmu ni pada anak. Cikgu juga hebat! Ingatkan zaman maju ni anak-anak tak berminat lagi,” kata seorang individu.

Malah ada yang berkata susah untuk para hakim menentukan pemenang kerana semua tulisan khat kelihatan cantik.

“Macam mana ustaz pilih siapa pemenang? Kalau saya bagi semua menang,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai individu juga dilihat kagum dengan kebolehan para peserta menggunakan dakwat untuk menulis khat berkenaan.

“Aku guna pensel khat pun dulu buruk. Inikan pula nak pakai dakwat. Nangis aku,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@haziiiqqq)
@haziiiqqq Hakim khat ihtifal kafa peringkat daerah di bagan serai.. padu2 tulisan deme #senikhat #IKK2024 #arabiccalligraphy #ihtifalkafa #padni2024 ♬ Sport Motivation – OdinMann

Sejarah Seni Tulisan Khat

Seni tulisan khat yang asalnya merupakan tulisan Arab telahpun lama wujud iaitu sebelum kedatangan Islam kira-kira kurun ke-17 sebelum masihi.

Pada ketika itu, tulisan Arab berkembang maju dan dicantikkan lagi dengan seni khat yang mana ia dikatakan ‘melembutkan’ tulisan tersebut.

Sumber: Facebook Khat Cahaya Islam

Menurut satu kajian oleh Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, seni khat turut melalui zaman perubahan selepas pembaharuan serta evolusi dalam tulisan Arab. Perubahan tersebut kemudian menghasilkan pelbagai jenis tulisan khat dan diperkenalkan kepada masyarakat setempat.

Perkembangan Islam ke seluruh rantau Arab, Eropah, Afrika, Hindi, China dan Asia Tenggara turut membawa kepada penyebaran seni khat.

Sewaktu zaman perkembangan Islam, tulisan khat bukan sahaja digunakan untuk tujuan dokumentasi rasmi tetapi juga untuk menghias dinding masjid, bangunan kerajaan, rumah persendirian dan lain-lain.

Baca Artikel Berkaitan: Perlis Wajibkan Penggunaan Tulisan Jawi Pada Papan Tanda Bermula 1 Februari 2024

Baca Artikel Berkaitan: Tulisan Jawi Jadi Pilihan Ching Iyu Untuk Kegunaan Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd