Now Reading
“Geram Pula Perangai Suka Lawan Ni” – Aksi Penyewa PPR Tengking Penguatkuasa Undang Perhatian

“Geram Pula Perangai Suka Lawan Ni” – Aksi Penyewa PPR Tengking Penguatkuasa Undang Perhatian

Seorang wanita dilihat sedang memarahi penguatkuasa yang datang ke rumah dipercayai di sebuah flat Program Perumahan Rakyat (PPR) kerana beranggapan mereka memaksa untuk membayar duit sewa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sikap berbudi bahasa sesama manusia tidak kiralah golongan muda atau tua perlu diterapkan bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham.

Tidak kira anda membuat kesilapan atau tidak, adalah penting untuk berbincang sebelum mengambil sebarang tindakan melulu.

Lebih-lebih lagi jika sedang dalam keadaan emosi, lebih baik untuk berdiam dan bertenang dahulu sebelum bercakap bagi mengelakkan kata-kata kesat keluar dari mulut anda.


Penyewa PPR Marah Pihak Berkuasa, Fikir Mahu Kutip Duit Sewa

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @localrkyt) menyaksikan satu keadaan kecoh berlaku dipercayai di sebuah flat Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menerusi klip video itu, seorang penyewa wanita dilihat sedang memarahi beberapa pegawai penguatkuasa yang datang ke rumahnya kerana beranggapan mereka mahu ‘kutip’ duit sewa.

Bila kita nak bantu bangsa sendiri? Kita Melayu kot kenapa kita tak nak tolong bangsa sendiri? Warga asing tu tengah meniaga dekat tepi jalan tak ada permit, tak nak pula dikacau. Pergilah kacau sana. Datang semak dekat sini buat apa?!

Penyewa PPR.

Menjawab kepada pertanyaan itu, penguatkuasa meminta agar wanita tersebut untuk bertenang dan mendengar dahulu penjelasan mereka. Jelas salah seorang pegawai, kedatangan mereka adalah untuk membantu wanita berkenaan.

Sebelum pegawai itu sempat menerangkan tentang apa yang sedang berlaku, wanita tersebut berkata dia dan keluarga kini sedang bergelut dengan masalah kewangan dan tidak mampu membayar kos sewa rumah iaitu sebanyak RM124 sebulan.

Saya tengah susah. Jangan kata RM124, RM50 pun saya takde dalam akaun (bank) saya sekarang ni. Saya memang takde.

Penyewa PPR.

Pihak Berkuasa Datang Untuk Tawar Skim Ansuran

Melihat keadaan wanita berkenaan yang berang, pihak berkuasa berkata tujuan mereka datang ke situ adalah untuk menolong.

“Saya tahu puan susah. Kami datang ni nak beritahu yang kami ni ada skim ansuran puan,” kata pegawai lelaki.

Pun begitu, wanita itu dilihat masih tidak berpuas hati dan bertindak melenting mereka.


Netizen Berang Penyewa Tengking Penguatkuasa Sebelum Dengar Penjelasan

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat mengecam penyewa PPR berkenaan kerana memarahi penguatkuasa tanpa mendengar dulu penjelasan mereka.

“Faham keadaan mendesak, sebab itu orang kata simpanan penting. Dah tau susah sewa RM124 sebulan tak boleh nak bayar, kau dengarlah dulu pegawai tu nak cakap apa,” kata seorang individu.

Malah ramai juga berpendapat bahawa wanita tersebut sepatutnya lebih berbudi bahasa.

“Kalau berbudi bahasa, orang lain pun akan kesian dan tolong. Ni pun perangai memang mentaliti B40,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang beranggapan bahawa wanita tersebut bertindak memarahi penguatkuasa kerana berasa serabut dengan keadaan sulit dilaluinya pada ketika ini.

“Mungkin kepala dia serabut. Suami sakit dan bermacam lagi masalah. Saya faham. Salute kepada penguatkuasa yang tetap kekal tenang,” jelas seorang pengguna X.

Sumber: X (@localrkyt)

Baca Artikel Berkaitan: Penyewa Selamba Tak Bayar Sewa Rumah Lebih 4 Tahun Siap Ada Tunggakan Bil Elektrik RM21,000 Raih Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Privasi!” – Tuan Rumah Sewa Ruang Tamu Harga RM170 Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Netizen Puji Tuan Rumah Tak Ambil Sewa 2 Bulan Demi Musim Perayaan & Sekolah Buka


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd