Now Reading
“Nak Mereka Rasa Yakin” – Hazeman Huzir Wakaf Saki Baki Rambut, Jadikan ‘Wig’ Buat Pesakit Kanser

“Nak Mereka Rasa Yakin” – Hazeman Huzir Wakaf Saki Baki Rambut, Jadikan ‘Wig’ Buat Pesakit Kanser

Hazeman Huzir memberitahu bahawa dia telah mewakafkan rambutnya yang telah dipotong kepada organisasi bukan kerajaan (NGO).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi sesetengah pesakit kanser, masalah keguguran rambut adalah satu perkara yang terpaksa dihadapi semasa menjalani rawatan kemoterapi.

Keadaan ini juga mengakibatkan mereka berasa kurang yakin untuk berjumpa dengan masyarakat di sekeliling oleh kerana kekurangan rambut pada bahagian kepala.

Peka dengan situasi ini, pengacara dan aktivis tempatan iaitu Hazeman Huzir telah tampil membantu golongan pesakit kanser dengan caranya yang tersendiri.


Hazeman Huzir Wakafkan Rambut Untuk Dijadikan Rambut Palsu Kepada Pesakit Kanser

Menerusi hantaran video dimuat naik oleh di laman Instagram miliknya (@hazemanhuzir), Hazeman telah tampil berbeza selepas memotong rambutnya yang panjang kepada paras leher.

Jelas Hazeman lagi, saki baki rambut yang dipotong itu akan diwakafkan kepada pesakit kanser untuk dijadikan rambut palsu oleh pihak organisasi bukan kerajaan (NGO) bernama Locks Of Hope.

Difahamkan rambut palsu daripada rambut manusia boleh dibasuh dan dikeringkan serta tidak semahal jika ingin membeli ‘wig’ yang sintetik.

Haze wakafkan rambut Haze pada pesakit kanser supaya dorang confident balik dan rasa segelumit normal.

Hazeman Huzir.

Walaupun rambutnya kini sudah pendek, tetapi bagi pengacara ini yang menggelar dirinya sebagai Haze berkata ia boleh tumbuh kembali dan turut menyatakan bahawa dia akan mewakafkan seluruh badannya.

Takpe. Rambut tumbuh balik. Lagipun badan saya ni saya wakafkan seluruh tubuh saya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Hazeman Huzir.

Pengacara ini juga memaklumkan dia akan membuat video bagi menceritakan setiap prosedur yang dilakukan untuk mewakafkan rambutnya itu.


Netizen Puji Tindakan Murni Hazeman Mahu Bantu Pesakit Kanser

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memuji ketampanan Haze yang tampil berbeza dengan berambut pendek selepas beberapa tahun menyimpan rambut panjang.

Pada masa yang sama, masyarakat turut memuji tindakan pengacara tersebut yang turut mengutip pahala selepas mewakafkan rambutnya untuk tujuan kebaikan.

Malah, ada sesetengah pengguna media sosial juga meluahkan rasa kagum kerana tidak pernah terfikir untuk melakukan amal ibadah berkenaan.

“Dah hensem dan dapat pahala pada masa yang sama,” kata pengguna Instagram.

Sumber: Instagram

Seorang pengguna juga sempat mengajukan soalan tentang jenis-jenis rambut yang boleh diwakafkan.

Haze menjelaskan rambut yang mahu diwakafkan perlu dipotong dalam gumpalan getah dan tidak boleh diceraikan.

Sumber: Instagram

Hukum Menderma Rambut Untuk Pesakit Kanser

Menerusi sumber Pejabat Mufti Negeri Selangor, hukum menderma rambut untuk diberikan kepada pesakit kanser adalah berbeza mengikut keadaan.

Ini kerana sekiranya rambut tersebut disambungkan dengan rambut yang lain, maka hukumnya adalah haram.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ، وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambut, wanita yang bertatu dan minta untuk ditatukan. [Riwayat Al-Bukhari]

Perkataan laknat di dalam hadis di atas membawa maksud pengharaman dan sebab pengharaman adalah kerana berlakunya penipuan serta mengaburi pandangan orang lain dengan mengubah ciptaan Allah SWT.

Oleh itu, segala perkara yang boleh membawa kepada penyambungan rambut meskipun dengan menderma rambut tersebut, maka ianya diharamkan.

Tiada keperluan menderma rambut kepada pesakit kanser, sekiranya sembuh penyakitnya, rambut yang gugur akibat rawatan boleh tumbuh semula.

Wallahualam.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Lelaki Pegang Rambut Wanita Yang Sudah Dipotong?

Baca Artikel Berkaitan: Nak Warna Rambut? Semak 4 Bahan Ini Untuk Tahu Sama Ada Ianya Telus Air Atau Tidak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd