Now Reading
“Menyusahkan!” – Akibat Letak Kereta Tengah Jalan, Honda HR-V Diletakkan Tong Sampah & Kon

“Menyusahkan!” – Akibat Letak Kereta Tengah Jalan, Honda HR-V Diletakkan Tong Sampah & Kon

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan parkir Landside Operations Office, Jalan KLIA 1, Sepang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjadi seorang pemandu berhemah adalah penting bagi memastikan keselamatan sekeliling terjamin selain tidak menyusahkan individu lain.

Pun begitu, bukan semua di kalangan masyarakat menerapkan sikap sebegitu dalam pemanduan mereka dan mempunyai ‘common sense’.

Seperti sebelum ini, tular satu perkongsian menunjukkan dua buah kereta mewah di Penang meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di atas pejalan kaki dan juga kawasan selekoh.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman


Tong Sampah & Kon Keselamatan Diletakkan Atas Honda HR-V

Kes melibatkan pemandu yang meletakkan kereta di merata tempat berlaku sekali lagi. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @update11111) menyaksikan kenderaan yang banyak diletakkan di kawasan parkir dipercayai sekitar Landside Operations Office, Jalan KLIA 1, Sepang.

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah apabila terdapat sebuah tong sampah beroda dan kon keselamatan berada atas sebuah kereta jenis Honda HR-V.

Bukan itu sahaja, terdapat juga satu lagi tong sampah jenis sama diletakkan di atas bonet kereta berkenaan.

Sumber: Facebook Ashley Wong

Perkara tersebut berkemungkinan angkara pihak atau individu yang berasa berang dengan tindakan pemandu HR-V kerana meletakkan keretanya di tengah jalan sehingga menghalang laluan keluar masuk orang lain.

Menerusi klip video itu, anda boleh lihat bahawa kereta terbabit diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

“Itulah habuannya kalau parking ikut suka,” kata pengendali akaun X.


Orang Ramai Berang Dengan Perangai Pemandu Letak Kereta Sesuka Hati

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengecam pemandu tidak berhemah itu.

“Tak cukup. Sampah tu kena curah (atas kereta),” kata seorang lelaki.

Malah ada juga yang berpendapat bahawa tindakan individu yang meletakkan tong sampah dan kon atas atas kereta boleh membawa kesedaran kepada si pemandu.

“Normalize buat benda macam ni kepada orang yang tiada common sense,” ujar seorang individu.

Sumber: X (@update11111)

Buat orang ramai di luar sana, memandulah dengan berhemah dan tidak hanya memikirkan kesenangan diri sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd