Now Reading
Daging Korban Tak Sesuai Buat Stik, Rupanya Ini Sebabnya

Daging Korban Tak Sesuai Buat Stik, Rupanya Ini Sebabnya

Menurut cef berkenaan, daging korban kebiasaannya akan terus dimasak selepas diagihkan dan tempoh masak lama adalah cara mengatasi Rigor Mortis (RM) untuk melembutkan daging dan proses ini berbeza dengan daging stik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban ramai yang mengambil kesempatan untuk menyembelih haiwan ternakan.

Malah ada yang memilih lembu, kambing atau kerbau untuk dijadikan korban pada Hari Raya Aidiladha dan diagihkan kepada orang ramai khususnya fakir miskin.

Kebiasaannya sebaik diagihkan ramai yang akan memasak daging itu dengan menu seperti kari, daging hitam dan ‘steak’ dan bermacam-macam lagi.

Daging korban tak sesuai dimasak steak kerana otot kejang dan mengeras

Namun baru-baru ini, seorang lelaki, @butteralways yang juga pengguna laman X, telah berkongsi berkaitan daging korban tidak sesuai untuk dimasak atau dimakan seperti stik.

Menurut lelaki yang merupakan seorang cef, perkara pertama yang perlu difahami adalah apa itu Rigor Mortis (RM).

Jelasnya, satu organisma (hidupan) yang mempunyai tulang belakang akan mengalami proses RM sewaktu mati di mana otot-otot akan kejang serta mengeras.

Malah perkara ini juga turut berlaku kepada ikan di dalam kotak ais (ice box) kerana ia tidak mengeras dalam keadaan melengkung kerana beku sebaliknya melalui proses RM.

Di barat akan melalui proses gantung daging untuk tempoh lama sehingga otot relaks

“Berbalik kepada lembu dan kambing, selesai sembelih dan darah mengalir sampai habis terus akan disiat kulit dan daging akan dilapah dan diagihkan. Untuk organ dalaman, segar adalah yang terbaik.

“Tetapi untuk daging, RM akan menyebabkan ia keras dan inilah sebab mengapa ia tidak sesuai dimakan seperti steak.

“Di barat, praktis selepas sembelihan dan siat adalah dengan mengantung rangka haiwan minimum dua minggu hingga ke sebulan untuk membenarkan otot-otot relaks secara semula jadi dan enzim akan melembutkan otot sebelum dilapah serta dijual,” katanya.

Selain itu, suhu juga perlu dikawal dengan baik agar tiada pencemaran bakteria berlaku.

Katanya lagi secara amnya, lembu mempunyai tiga bahagian yang paling terkenal untuk dipotong, masak serta makan sebagai steak iaitu:

  • Tenderloin
  • Sirloin
  • Ribeye

Proses daging digantung berminggu-minggu dipanggil ‘Aging’

Tambahnya, proses haiwan digantung dalam peti yang mengambil masa sehingga bermingu-minggu dipanggil sebagai aging (penuaan). Jelasnya sekiranya proses ini tidak dilakukan maka tidak ada kelebihan jika daging dipotong mengikut bahagian murah mahupun mahal seperti yang dilakukan di barat.

Ini kerana, steak itu sendiri ia dimasak pada suhu yang tinggi namun dalam tempoh yang singkat dan proses aging adalah penting dalam melembutkan daging berkenaan.

Masak tempoh lama cara atasi RM

“Adakah kita perlu buat apa yang barat buat untuk lembu dikorbankan Aidiladha nanti? Tidak! Tak perlu, sebab semua masakan tradisional kita adalah berkuah dan dimasak untuk tempoh lama.

“Sup, gulai, rendang semua adalah cara kita atasi RM. Malah bakteria tidak sempat membiak dah mati kena masak,” ujarnya lagi.

Ramai yang baru tahu kenapa daging liat dan keras

Melihat di ruangan balas, ramai yang baru mengetahui tentang fakta mengenai daging korban yang dikongsikan oleh cef berkenaan.

Malah ada yang mengatakan mereka sebelum ini pernah mendengar perkara sama dan pencerahan diberikan oleh cef ini membuatkan ramai lebih memahami puncanya.

Jelas cef itu, sangat sedikit populasi yang mengetahui cara sembelihan lembu di barat.

Selain itu, lelaki berkenaan turut menyatakan sekiranya daging itu dibuat seperti steak mahupun ‘smash burger’ ia akan membuatkan daging mempunyai rasa darah apabila dimasak.

“Sebab tu ke steak mahal?”

“Patutlah rasa liat. Kadang-kadang tu, bila melapah daging lembu aku memang sengaja buat potongan bahagian macam steak. Konon balik nak buat steak lah. Tapi asyik liat dan keras bila masak, walau dah marinate 24 jam”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd