[Video] Team Servis Pembersihan Jumpa RM38 Ribu Selepas Kemas Rumah Terbiar Milik Arwah Ibu Pelanggan
Team F.i.8 Empire bukan sahaja menemui sejumlah wang yang banyak tetapi juga beberapa barangan kemas milik arwah ibu kepada pelanggannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui setiap yang hidup pasti akan menemui ajal mereka. Apabila ahli keluarga atau kenalan terdekat meninggal dunia, sudah tentu anda akan berasa duka dengan kehilangan tersebut.
Sehinggakan ada individu tidak mempunyai kekuatan untuk mengemas segala barangan arwah yang berada di rumah akibat teringat kenangan dan memori bersama sebelum ini.
Oleh disebabkan itu, banyak kes di mana rumah si mati dibiarkan tidak tersentuh begitu lama sebelum dibersihkan oleh ahli keluarga.
Servis Pembersihan Kemas Rumah Yang Ditinggalkan Hampir 5 Tahun
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@f.i.8_empire) mengenai sebuah syarikat servis pembersihan yang mengemas sebuah rumah yang ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus.
Difahamkan, ibu kepada pemilik rumah sudahpun meninggal dunia lebih kurang 5 tahun yang lalu. Menurut team F.i.8 Empire, si anak baru mempunyai kekuatan untuk memanggil mereka bagi membersihkan rumah selepas beberapa tahun pemergian arwah ibunya.
Sebelum membuang barang yang tidak diperlukan, si anak telah memaklumkan bahawa rumah tersebut mempunyai wang tersorok dengan jumlah yang banyak.
Oleh disebabkan amanah itu, team berkenaan kemudian mengasingkan setiap wang kertas dijumpai mengikut kategori. RM1, RM5, RM10, RM50, RM100 semuanya ada. Bahkan wang kertas dengan corak yang lama juga telah dijumpai oleh mereka.
@f.i.8_empire Kisah mengemasa rumah dan duit. rumah ni rumah arwah ibu owner tinggal dan baru kini ada kekuatan untuk dikemas. owner dah inform rumah ni ada duit yg banyak jadi kami kena selongkar satu persatu barang-barang sebelum buang #fi8kongsi #masukberanda #fi8empire #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #fyp #capcut #pastiusahayakinrezeki ♬ Very Sad – Enchan
Team F.i.8 Empire Jumpa RM38,000 Dalam Rumah Arwah
Selepas habis mengira, hasil wang kertas yang terkumpul adalah sekitar RM38,000 bersama beberapa kalung emas dan barang kemas. Segala harta yang dijumpai itu pula kemudian diserahkan kepada anak arwah.
Perjelas Kenapa Ada Yang Mahukan Servis Kemas Rumah Ahli Keluarga Yang Meninggal
Team F.i.8 Empire dalam video yang lain turut memberitahu bahawa terdapat segelintir inidividu yang mempertikaikan tindakan pelanggan kerana memanggil orang lain untuk mengemas kediaman ibu sendiri.
Bagi menjelaskan hal itu, kumpulan tersebut berkata terdapat beberapa faktor mengapa ahli keluarga memilih untuk tidak mengemas rumah secara sendiri.
Antara faktornya adalah seperti berikut:
- Isu kudrat di mana tidak semua mempunyai keupayaan dan kesihatan baik untuk mengemas.
- Nilai sentimental rumah tersebut yang mempunyai banyak kenangan bersama arwah.
- Tidak sampai hati membuang barangan milik si mati.
- Kekangan masa yang tidak boleh dielakkan.
@f.i.8_empire Replying to @shahrulnizam508 ada banyak sebab kenapa anak2 panggil kami untuk kemas rumah mak mereka lagi2 yg telah tiada. jika awak mampu, jadi tahniah #pastiusahayakinrezeki #capcut #fyp #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #pastiusahayakinrezeki #fi8empire #masukberanda #fi8kongsi ♬ Sad and lonely – MoppySound
Netizen Puji Sikap Jujur Team F.i.8 Empire Jalankan Tugas
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji team F.i.8 Empire kerana melakukan tugasan dengan jujur.
“Tahniah kesemua ahli kumpulan. Kamu memang baik, jujur dan amanah. Semoga rezeki kami tidak pernah putus-putus,” ujar seorang pengguna TikTok.
Malah ada yang meluahkan rasa lega kerana wang yang banyak itu masih sempurna dan tidak dimakan serangga perosak walhal sudah lama terbiar.
“Nasib baik tak dimakan anai-anai. Kakak ipar saya simpan duit dalam buku, bila dah meninggal adik-beradik kemas bilik dan bakar buku. Bila separuh terbakar baru perasan ada duit,” kata seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: “Aku Jadi Hilang Arah” – Lelaki Cerita Saat Kehilangan Ibu Buat Ramai Mengalir Air Mata
Baca Artikel Berkaitan: “Lauk Terakhir Mak Masak” – Anak Menangis Jamah Air Tangan Arwah Ibu Buat Kali Terakhir
Baca Artikel Berkaitan: “Minta Taubat Pada Allah”- Pendakwah Kongsi Kisah Ibu Meninggal Dunia Kerana Kecewa Anak Mungkir Janji
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram