Now Reading
[Video] Eksperimen Sosial Dedah Ramai Tak Tahu Nama Penuh Nabi SAW

[Video] Eksperimen Sosial Dedah Ramai Tak Tahu Nama Penuh Nabi SAW

Rata-rata orang ramai di Singapore Expo tidak mengetahui nama penuh Nabi Muhammad SAW sebaliknya boleh menjawab nama selebriti terkenal seperti Brad Pitt dengan mudah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, konten eksperimen sosial dilihat semakin berleluasa. Kebanyakan konten tersebut adalah berfungsi untuk mendedahkan sejauh mana pengetahuan am seseorang.

Seperti sebelum ini, ramai individu dilihat tidak mengenali potret Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kecewa, Ada Rakyat Malaysia Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [Video]

Ekperimen sosial ini menunjukkan bahawa ramai di kalangan masyarakat di luar sana yang tidak cakna tentang perihal tokoh hebat terdahulu.


Ramai Tidak Tahu Nama Penuh Nabi Muhammad SAW

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@dventuressg), apabila seorang lelaki dilihat sedang melakukan eksperimen sosial bersama orang awam yang berada di Singapore Expo.

Lelaki tersebut pada mulanya telah menyebut nama seseorang figura terkenal lalu individu lain harus menyambung nama penuh tersebut.

Antara individu ternama yang disebut adalah seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Brad Pitt. Kesemua individu dilihat boleh menjawab soalan itu dengan mudah.

Namun lain pula apabila ditanya tentang nama penuh khalifah kepada umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW bin Abdullah.

Rata-rata orang ramai tidak dapat menjawab nama penuh Nabi SAW apabila ditanya, “Nabi Muhammad bin?”

Sumber: TikTok (@dventuressg)

Di akhir perkongsian berkenaan, lelaki tersebut berkata bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan nabi paling penting yang pernah lahir di muka bumi ini.

Jelasnya lagi, orang ramai sepatutnya mengenali Baginda lebih daripada seseorang itu mengenali ibu bapa mereka sendiri.

@dventuressg Giving away FREE VR tickets if they answer correctly or wrongly. #dventuressg #islamicreminder #islamic_video #sgmuslims ♬ original sound – D'Ventures SG

Ada Individu Yang Dapat Jawab Nama Penuh Nabi Muhammad SAW

Pun begitu, bukan semua orang di Expo tersebut tidak dapat menjawab pertanyaan lelaki berkenaan.

Menerusi video seterusnya, lelaki itu turut mendedahkan beberapa individu yang boleh menjawab nama penuh Nabi Muhammad SAW dengan mudah dan lancar.

@dventuressg Replying to @pynkwhimsical Previous video is not to shame anyone but to REMIND each other INSHA ALLAH. I believe there is many that benefited from it. Let's spread positivity not hate. Insha Allah. 🙏 #dventures #dventuressg #islamicreminder #sgmuslims ♬ original sound – D'Ventures SG

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Menyedihkan! Anak Muda Lebih Kenali Justin Bieber Dari Tun Abdul Razak


Netizen Kecewa Ramai Tidak Tahu Nama Penuh Nabi SAW

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dilihat kecewa dengan generasi sekarang yang tidak mengetahui nama penuh Nabi SAW.

“Baginda manusia paling sibuk di akhirat kelak untuk dapatkan syafaat bagi umatnya. Tetapi kita hari ini?” tanya seorang lelaki.

Malah, ramai warganet yang berkata mereka tidak sepatutnya gelak kerana kurang mengetahui tentang Nabi Muhammad SAW.

“Kenapa gelak? Bukan benda lawak (tidak tahu nama penuh Nabi SAW),” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga yang memuji lelaki tersebut kerana tidak merendahkan golongan tersebut selain mendidik mereka tentang Nabi Muhammad SAW.

“Saya suka cara awak sebarkan kebenaran tentang bagaimana Muslim hidup pada ketika ini tanpa memalukan sesiapa,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@dventuressg)

Biografi Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW merupakan pesuruh Allah SWT yang terakhir dan nabi kepada umat Islam.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang Rasul, malah juga menjadi khalifah kepada tentera agama Islam dan membawa perubahan dari segi kebaikan dalam diri seorang Muslim.

Baginda lahir di rumah Abu Talib (bapa saudara Nabi SAW) iaitu di Mekah al-Mukarammah pada 12 Rabiulawal 571M yang juga dikenali sebagai tahun gajah.

Nama penuh ayah Baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim manakala ibu Nabi SAW ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Nabi SAW mempunyai 11 orang isteri antaranya ialah Khadijah Binti Khuwailid R.anha, Saudah Binti Zam’ah anha, ‘Aisyah Binti Abu Bakar R.anha, Hafsah Binti Umar R.anha dan lain-lain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd