Now Reading
“Superman Ke Tu?” – TV Indonesia Tampilkan Siaran Berita Guna ‘Green Screen’, Penyampai Berita ‘Terbang’ Di Udara

“Superman Ke Tu?” – TV Indonesia Tampilkan Siaran Berita Guna ‘Green Screen’, Penyampai Berita ‘Terbang’ Di Udara

Rancangan berita yang dipanggil Metropedia di Indonesia kini berusaha untuk menggabungkan kewartawanan dan penggunaan grafik bagi menarik penonton.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini terdapat banyak teknologi canggih yang boleh memajukan sesuatu konten dan karya yang dihasilkan oleh individu berkemahiran.

Jika di Malaysia, kita ada Sofyank iaitu influencer dan artis VFX yang mahir menggunakan teknologi serta kemahirannya dalam menyunting video.

Setiap kali menonton video terbaharu dari Sofyank menggunakan ‘green screen’, pasti ia akan mengujakan kerana tidak sabar melihat suntingan moden darinya.


TV Indonesia Siar Berita Guna ‘Green Screen’

Baru-baru ini, siaran televisyen dari Metro TV di Indonesia telah menarik perhatian ramai selepas mempersembahkan penyampaian berita yang agak unik.

Dalam siaran tersebut, penyampai berita, Anggi Hasibuan menjelaskan bahawa 17 buah lapangan terbang di Indonesia telah diturunkan taraf daripada bergelar lapangan terbang antarabangsa.

Meskipun status telah diturunkan, tetapi masyarakat di sana mempersoalkan tentang harga tiket yang masih mahal.

Siaran berita itu walau bagaimanapun telah disunting mengikut topik perbincangan iaitu kapal terbang dan lapangan terbang.

Sumber: X (@tvindonesiawkwk)

Menerusi siaran itu, Anggi menyampaikan berita pada posisi seolah-olah sedang duduk di atas badan pesawat yang sedang terbang di udara.

Di sebalik keunikan ini, hasil kerja pasukan kreatif yang menyunting program tersebut menggunakan kesan visual melalui skrin hijau adalah sesuatu yang perlu dibanggakan.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@anggihasibuan), Anggi berkongsi video ‘behind the scene’ bagi segmen tersebut.

Siap kena baring atas objek ya!


Orang Ramai Teruja Lihat Suntingan Siaran Berita Ibarat Filem Aksi

Dalam video berdurasi 24 saat dimuat naik di laman X (@tvindonesiawkwk), sedutan klip siaran berita itu memaparkan Anggi yang sedang ‘duduk di udara’ sebelum visualnya kononnya dilanggar oleh kapal terbang.

Malah, pemilik akaun X itu juga berseloroh kononnya pekerjaan sebagai penyampai berita adalah salah satu kerjaya yang esktrem di dunia.

Beberapa pengguna media sosial juga terhibur melihat suntingan yang dilakukan oleh Metro TV yang memaparkan visual penyampaian berita berwajah baru.

Bukan itu sahaja, ada juga pengguna media sosial yang bergurau seolah-olah penyampai berita di Metro TV perlu mempunyai kelayakan dari planet Krypton yang merupakan kawasan yang wujud dalam filem DC.

Selain itu, mereka juga menyifatkan suntingan siaran berita tersebut seperti di dalam filem Mission Impossible.

Pada masa yang sama, masyarakat turut menyebut (tag) beberapa siaran berita terkenal seperti KBS News dan SBS News di Korea Selatan untuk menjadikan suntingan ini sebagai contoh kepada mereka.

Sumber: X

Selepas penyelidikan lanjut, ia menunjukkan bahawa Metro TV telah menggunakan kesan visual dalam program berita mereka.

Dalam satu temu bual, rancangan berita yang dipanggil Metropedia kini berusaha untuk menggabungkan kewartawanan dan penggunaan grafik bagi menarik penonton.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd