Now Reading
“Yang Bitter Duduk Diam-diam” – Intan Najuwa Bidas Komen Negatif Netizen Yang Pertikai Suaminya Minta Jadi Suri Rumah

“Yang Bitter Duduk Diam-diam” – Intan Najuwa Bidas Komen Negatif Netizen Yang Pertikai Suaminya Minta Jadi Suri Rumah

Pelakon tempatan, Intan Najuwa menjelaskan suaminya mahu dia banyak meluangkan masa di rumah sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bergelar seorang suri rumah adalah salah satu tugas yang agak berat kerana perlu menguruskan hal rumah tangga dari segi persiapan kelengkapan anak-anak serta suami, memasak, membersihkan rumah, menyidai baju dan sebagainya.

Bagi sesetengah para suami, mereka mahu si isteri untuk memberi fokus sepenuhnya dalam menjaga kelurga dan tidak perlu keluar bekerja.

Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi semasa membuatkan sesetengah pasangan memilih untuk mencari wang bagi menampung kehidupan.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bekerjaya Tak Boleh Urus Keluarga? Siapa Kata?


Pelakon Intan Najuwa Rehat Dari Dunia Lakonan, Dedah Suami Minta Dirinya Hanya Duduk Di Rumah

Baru-baru ini, selebriti dan pelakon wanita tempatan iaitu Datin Intan Najuwa telah diajukan soalan oleh salah seorang pengikutnya di laman Instagram tentang perancangan kerjayanya untuk masa akan datang.

Membalas kepada persoalan itu di Instagram Story, Intan mendedahkan dia bakal berehat dari bidang lakonan atas permintaan suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman.

Sumber: Instagram @intannajuwa

Katanya lagi, suaminya banyak memanjakan dirinya dan mahu Intan untuk lebih banyak meluangkan masa di rumah.

“Suami saya sangat manjakan saya dan nampaknya dia suka saya ada di rumah sepanjang masa,” jelas Intan.

Intan turut memaklumkan dia kini hanya akan memberi tumpuan kepada perniagaan dan perkahwinannya.

Saya dah berkerja keras sejak dari zaman bujang lagi. Jadi saya sangat bersyukur kerana akhirnya dapat berehat dan meluangkan masa dengan suami serta keluarga.

Datin Intan Najuwa.

Intan yang berusia 27 tahun turut berkongsi rutin hariannya seperti tidur, makan, memasak, keluar minum kopi, bersenam dan membeli-belah.

Sumber: Instagram @intannajuwa

Ada Netizen Kurang Senang Dengan Permintaan Suami Intan Najuwa Minta Isterinya Jadi Suri Rumah

Namun begitu, permintaan suami kepada pelakon tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen termasuklah ada pihak yang memberi pendapat negatif terhadap perkara itu.

“Dia macam ni lah, kalau rasa kesenangan tu boleh buat orang lain rasa iri, usahlah disebut. Bersyukurlah dan simpanlah sendiri sementara nikmat itu diperolehi. Ramai lagi yang struggle di luar sana untuk menghadapi kehidupan dunia yang keras ini,” kata netizen.

Malah, sesetengah pengguna media sosial pula membangkitkan tentang kekayaan suaminya yang memberikan kemewahan kepada kehidupan Intan sehingga tidak lagi perlu bekerja.

“Bolehlah lelaki dia kaya, pembantu rumah pun ada,” kata netizen.

Sementara itu, ada netizen yang beranggapan bergelar suri rumah adalah impian para isteri sekiranya tiada masalah dari segi kewangan keluarga.

“Mestilah nak jadi suri rumah. Tapi hanya mampu bermimpi sahaja tapi tak apa. Hidup ni kena hadap realiti,” ujar netizen.

Sumber: X

Intan Najuwa Bidas Komen Negatif Dari Netizen

Sedar dirinya yang menjadi kritikan, Intan tampil membidas kata-kata negatif dari netizen itu.

Jelasnya, dia mempunyai kerjaya dan wang sendiri serta mampu berdikari untuk memberi barangan yang dimahukan meskipun hanya duduk di rumah sahaja.

“Kepada lelaki yang ‘bitter’ di luar sana, jangan risau kami sebagai wanita tak perlukan duit kalian. Kami ada duit dan kerjaya masing-masing,” jelas Intan di IG Story.

Intan juga berkata bahawa lelaki yang sebenar akan memastikan isterinya hidup selesa tanpa perlu melibatkan sebarang pertengkaran.

“Kalau dia lelaki yang sebenar, dia tahu cara yang terbaik untuk menjaga isteri dan keluarganya. Yang bitter semua duduk diam-diam je sebab korang tak faham,” tambah Intan lagi.

Sumber: Instagram @intannajuwa

Setiap orang mempunyai pilihan dalam kehidupan masing-masing. Kalau anda rasa tidak suka duduk di rumah, tak salah pun kalau mahu bekerja mencari rezeki bagi menambahkan pendapatan keluarga.

Zaman sekarang ini pun banyak juga pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah seperti berniaga online, pereka grafik sambilan dan banyak lagi.

Yang penting, anda dan pasangan selesa dengan cara yang dipilih.

Baca Artikel Berkaitan: Khas Buat Wanita, Ini Info Tentang Skim Suri Rumah PERKESO


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd