Now Reading
[Video] Wanita Hamil Ini Luah Kesal Tak Diberi Kerusi Lepas Beratur Lama

[Video] Wanita Hamil Ini Luah Kesal Tak Diberi Kerusi Lepas Beratur Lama

Wanita hamil tersebut turut mengadu dirinya tidak diberikan kelonggaran untuk memotong barisan sewaktu beratur lama di sebuah kedai makan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, ibu hamil pasti mengalami cabaran dan sedikit halangan untuk melakukan urusan harian seperti biasa.

Mana tidaknya, dengan perut yang semakin membesar sudah tentu mereka akan cepat berasa lelah dan penat.

Oleh disebabkan itu, pelbagai kemudahan diberikan kepada golongan tersebut apabila berada di tempat terbuka sebagai contoh, mereka diberikan keutamaan untuk duduk ketika berada dalam pengangkutan awam.

Baca Artikel Berkaitan: “Tengah Pregnant Sensitif Lain Sikit” – Ayda Jebat Tak Selesa Orang Tiba-tiba Pegang Perut


Wanita Hamil Beratur Panjang Untuk Beli Steamboat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @Cikgu_Anep) apabila seorang wanita mengandung sedang menunjukkan suasana yang sibuk di sebuah kedai makan.

Kelihatan para pengunjung sedang beratur untuk membayar juadah steamboat yang dipilih oleh mereka termasuklah wanita mengandung itu.

Wanita tersebut menerusi ruangan kapsyen turut menulis, “POV: Kau sebagai wanita mengandung di Malaysia. Tiada adab langsung (rakyat tempatan).”

Difahamkan, wanita tersebut tidak berpuas hati dengan layanan pengunjung di sekeliling di mana dia tidak diberi kelonggaran untuk memotong barisan walaupun sudah berdiri terlalu lama dalam keadaan sedang mengandung.

“Dan juga tiada simpati. Saya akan diberikan pas supaya tidak beratur atau kerusi untuk duduk jika ini di luar negara,” tambah wanita itu lagi.

Sumber: X (@Cikgu_Anep)

Lelaki Persoal Kenapa Wanita Hamil Itu Pilih Kedai Makan Yang Sibuk

Pun begitu, pemilik akaun Cikgu Anep mempunyai pandangan yang berbeza terhadap situasi berkenaan.

Cikgu Anep dalam ciapan sama mempersoalkan keberadaan suami kepada wanita tersebut dan mengapa ibu hamil itu pergi ke kedai makan berkenaan walhal mempunyai pengunjung yang ramai.

Selain itu, dia juga berkata bahawa bukan semua di kalangan masyarakat boleh membezakan sama ada wanita tersebut sememangnya sedang hamil atau hanya berbadan besar.


Orang Ramai Beri Pandangan Berbeza Tentang Situasi Tersebut

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang situasi itu.

Seorang individu memberi pandangan peribadi di mana dia akan melakukan inisiatif sendiri dengan membawa kerusi sendiri untuk duduk.

“Sebagai seorang yang mengalami sakit lutut, saya tak mengadu di media sosial kenapa orang tak sediakan kerusi bila saya kena beratur. Saya bawa kerusi sendiri, habis cerita,” kata seorang pengguna X.

Bahkan, ada juga yang mempunyai pandangan sama dengan Cikgu Anep di mana kebanyakan individu tidak boleh membezakan sama ada seseorang itu hamil atau sebaliknya.

“Tak semua orang tahu dia hamil. Saya pernah tawar tempat duduk saya di MRT kepada seorang wanita yang saya fikir sedang mengandung. Tapi sebaliknya dia tidak hamil. Wanita itu malu sebab fikir dirinya gemuk sampai orang lain ingat dia hamil. Saya malu sebab saya ingat saya dah body shaming dia tanpa sengaja,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, segelintir individu juga bersetuju bahawa wanita hamil berkenaan tidak sepatutnya pergi ke tempat yang mempunyai jumlah pelanggan ramai.

“Tak perlu tunggu hamil, aku kalau nampak orang beratur sesak panjang macam ni takdelah nak makan dekat situ,” ujar seorang wanita.

Oleh disebabkan pengunjung yang ramai di sana, seorang warganet juga beranggapan bahawa mereka mungkin tidak menyedari langsung tentang kelibat wanita hamil tersebut.

Sumber: X (@Cikgu_Anep)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd