[Video] Tular Lipas Berkeliaran Dalam Ruangan Roti Di Kedai Bakeri, Netizen Luah Rasa Jijik
Anak lipas berkenaan dilihat berkeliaran di dalam ruangan roti sosej yang dijual kepada pelanggan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebersihan adalah aspek yang paling dijaga sekiranya bekerja dalam bidang makanan dan minuman di mana-mana lokasi tidak kira kedai makan yang murah atau mahal.
Perkara tersebut perlu diambil berat kerana ia akan melibatkan tahap keselamatan makanan yang akan dihidangkan kepada pelanggan.
Jika makanan atau minuman tersebut dicemari benda kotor, ia berisko menyebabkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Warga Asing Di Pulau Pinang Simpan Sate Mentah Dalam Peti Sejuk Berkulat Buat Ramai Loya
Baca Artikel Berkaitan: “Basuh Tak?” – Pelanggan Kedai Makan Jijik Jumpa Bulu Pada Kepak Ayam
Pelanggan Terjumpa Lipas Di Bahagian Simpanan Roti Di Kedai Bakeri
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@teahx97), pelanggan ini menunjukkan seekor anak lipas yang dijumpainya di dalam ruangan penyimpanan roti di sebuah kedai bakeri tempatan.
Anak lipas berkenaan dilihat berkeliaran di dalam ruangan roti sosej yang dijual kepada pelanggan.
Di ruangan kapsyen video tersebut, wanita berkenaan sempat membuat gurauan dari perspektif serangga tersebut yang kononnya membuat pemantauan terhadap keadaan roti sosej itu.
Walau bagaimanapun, wanita ini tidak mendedahkan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.
Video berdurasi tujuh saat itu telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 346,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Geli Lihat Kewujudan Anak Lipas Di Bakeri Terbabit
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, sesetengah netizen meluahkan rasa kurang senang untuk membeli roti di kedai bakeri selepas melihat kewujudan anak lipas di dalam bekas simpanan roti yang terdedah.
Malah, ada juga netizen yang mendakwa pernah terlihat insiden sama ketika sedang membuat pembayaran di kaunter di sebuah kedai roti.
Segelintir pengguna media sosial pula berpendapat agar premis tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa sehingga perlu ditutup bernotis agar perkara ini menjadi perhatian pengurus kedai.
“Kena report biar tutup bernotis baru terhegeh diorang punya area manager nak turun padang,” kata netizen.
Walau bagaimanapun, hasil carian pihak kami di bahagian komen mendapati ramai netizen mendakwa premis tersebut adalah bakeri tempatan jenama Harold’s Bread.

Harold’s Tutup Cawangan Untuk Proses Pembersihan
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Harold’s Bread), premis bakeri tersebut telah mengeluarkan satu hantaran tentang penutupan cawangan kedai roti berkenaan di Lotus’s Sungai Petani (Selatan) pada hari ini (10 Jun).
Penutupan tersebut adalah bertujuan untuk proses pembersihan dalaman.
“Kami komited sepenuhnya untuk menghasilkan produk makanan yang bersih dan bermutu tinggi untuk semua pelanggan kami,” kata Harold’s Bread.
Kenyataan itu diakhiri dengan ucapan maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



