[Video] Kes Ragut Di Pasar Seni, Polis Giat Kesan Individu Terlibat
Jenayah ragut yang berlaku di Pasar Seni pada Sabtu lalu (8 Jun) sekitar jam 12:14 tengah hari itu sempat dirakam menerusi kamera dashcam kereta milik pengguna jalan raya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tanpa mengira waktu siang atau malam, individu kini semakin berani menunjukkan ‘taring’ mereka dengan melakukan aktiviti jenayah seperti meragut, merompak dan sebagainya.
Lebih membimbangkan lagi, mereka juga tidak menghiraukan sekiranya jenayah tersebut dilakukan di kawasan terbuka dan dilihat oleh orang ramai.
Bagi melindungi keselamatan diri, orang ramai dinasihati untuk memantau kawasan persekitaran jika telihat mana-mana pihak yang meragukan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pura-pura Tanya Soalan, Mangsa 71 Tahun Dihampiri Individu Tak Dikenali Sebelum Rantai Emas Diragut
Baca Artikel Berkaitan: Pelekat ‘Barbie’ Mampu Undang Jenayah Buat Pemandu Wanita. Elakkan!
Peragut Curi Telefon Bimbit Lelaki Di Tepi Jalan Raya Berhampiran Pasar Seni
Baru-baru ini, satu kejadian ragut di kawasan berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur telah tular di media sosial selepas video insiden dimuat naik oleh pengguna di laman X (@ckinasikin).
Menurut pengguna laman X, jenayah ragut yang berlaku pada Sabtu lalu (8 Jun) sekitar jam 12:14 tengah hari itu sempat dirakam menerusi kamera dashcam dalam kereta yang dinaikinya.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat sedang menggunakan telefon bimbit yang di mana tangannya berada di luar tembok tepi jalan.
Malang tidak berbau bagi lelaki tersebut apabila seorang penunggang motosikal secara tiba-tiba menyambar telefon yang sedang dipegang oleh di tepi laluan pejalan kaki milik mangsa sebelum memecut laju untuk melarikan diri.
Mangsa yang terkejut dengan apa yang berlaku cuba untuk mengejar peragut tersebut tetapi tidak berjaya.
Sementara itu, pemilik rakaman dashcam kereta berkenaan cuba untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kerana mempunyai bukti ketika kejadian ragut itu berlaku.
“Mohon bantu retweet sampai jumpa mangsa,” kata pemilik rakaman dashcam.
Kejadian Ragut di KL berhampiran Pasar Seni, 8hb Jun, Jam 12 lebih tengah hari.
— AS (@ckinasikin) June 8, 2024
Kpd mangsa, saya ada rakaman dashcam semasa kejadian. Jika diperlukan boleh pm saya.
Mohon bantu RT sampai jumpa mangsa pic.twitter.com/u80QKLeTCA
Polis Sedang Mengesan Peragut Di Pasar Seni Tersebut
Memetik laporan media, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan bahawa pihak mereka belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian ini.
Namun, pihaknya sedang melakukan siasatan serta kini berusaha untuk mengesan penjenayah.
Netizen Beri Pelbagi Reaksi Selepas Tonton Video Rakaman Dashcam Jenayah Ragut Di Pasar Seni
Rata-rata netizen yang menonton rakaman video dashcam memperlihatkan insiden ragut di lokasi tumpuan popular di Kuala Lumpur itu meluahkan rasa bengang dengan perbuatan penjenayah tersebut.
Sementara itu, sesetengah netizen juga berpendapat mangsa ragut itu kelihatan seperti pelancong dan bimbang sekiranya industri pelancongan Malaysia tercemar akibat jenayah berkenaan.
“Menteri pelancongan tolong buat sesuatu, buat mali Malaysia saja. Ini adalah salh satu sebab kenapa pelanocng takut nak datang ke Malaysia,” ujar netizen.
Pada masa yang sama, penguna media sosial turut menasihati orang ramai agar sentiasa waspada dengan keadaan di sekeliling dan tidak leka menggunakan telefon.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.