[Video] Gara-gara Tak Tarik Handbrake Hingga Habis, 2 Motosikal Rempuh Ativa Di Balakong
Kedua-dua motosikal yang dirempuh oleh kereta Perodua Ativa yang mengundur hingga memasuki Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) telah mengalami kecederaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Antara punca yang sering menyebabkan berlakunya kemalangan adalah sikap cuai dalam kalangan pemandu yang pada mulanya mungkin tidak disedari.
Walaupun kita sudah memastikan pemanduan berada pada tahap yang selamat, namun kecuaian pemandu lain juga boleh memberi kesan kepada seseorang sehingga boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pengguna jalan raya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Tidak Ditahan Polis Selepas Terlebih ‘Reverse’ Hingga Langgar Budak 5 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Cuai Pemandu Teksi Bawa Melulu Jadi Punca Penumpang Jatuh
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Sergah Pemandu Myvi Cuai Didakwa Guna ‘Waze’, Jadi Punca Kemalangan Di Terowong Penchala
Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, pemanduan yang selamat untuk diri dan pengguna lain adalah satu perkara yang perlu diambil serius.
Pemandu Tak Tarik Brek Tangan Punca Kereta Mengundur, Terlanggar Penunggang Motosikal
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@update1111), satu kemalangan telah berlaku di Balakong, Selangor selepas sebuah kenderaan jenis Perodua Ativa yang tiada pemandu mengundur ke belakang dan dirempuh dua penunggang motosikal.
Dalam video tersebut, kereta berwarna putih itu dipercayai memasuki perkarangan cawangan Perodua dan memarkir kenderaannya sebelum keluar dari kereta tersebut dalam keadaan tidak menutup pintu.
Bukan itu sahaja, kereta berkenaan juga dikatakan tidak ditarik brek tangan atau diletakkan dalam gear ‘P’.
Kecuaian yang dilakukan oleh pemandu berkenaan telah menyebabkan kereta tanpa pemandu tersebut mengundur ke belakang dan memasuki kawasan jalan raya.
Keadaan menjadi lebih parah apabila kereta yang mengundur itu telah dirempuh dua buah motosikal yang sedang dipandu laju manakala beberapa kereta lain juga terpaksa brek mengejut.
Menyedari situasi yang berlaku, beberapa staf Perodua dan pengawal keselamatan bergegas ke kawasan jalan raya terbabit untuk membantu mangsa kemalangan.
Kecuaian yg tak boleh dibincang.. balakong perodua, ingat staf perodua nak terkencing sangat tu, lari tinggal kereta .. pic.twitter.com/sIDkzPhVzf
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 8, 2024
Kes Kini Disiasat Oleh Pihak Polis
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan telah mengesahkan kejadian yang berlaku pada 8:20 pagi pada Jumaat lalu (7 Jun) adalah disebabkan oleh pemandu berusia 34 tahun tidak menarik brek tangan dengan kemas.
Kedua-dua motosikal yang dirempuh di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) telah mengalami kecederaan.
Salah seorang daripada mangsa yang dirempuh iaitu wanita berusia 31 tahun telah membuat laporan polis berhubung kemalangan yang berlaku.
Susulan itu, kes terbabit kini disiasat mengikut Peraturan 14 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 14 LN 166/59) iaitu tidak mematikan enjin kenderaan atau tidak memasang brek semasa meninggalkan kenderaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden yang berlaku boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Nor Shahidan di 012-3910630 bagi membantu siasatan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.