Now Reading
Menteri Kerja Raya Sahkan Tiada Keretakan Berlaku Di Lebuhraya SPE Seperti Yang Tular

Menteri Kerja Raya Sahkan Tiada Keretakan Berlaku Di Lebuhraya SPE Seperti Yang Tular

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membuat pemeriksaan sendiri di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kualiti pembinaan jalan raya adalah suatu perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan atau malapetaka kepada para pengguna.

Sebelum ini, pernah wujud kes di mana penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang di Pahang.

Bukan itu sahaja, ada juga sekumpulan pengguna jalan raya yang dikenali sebagai ‘Brotherhood Malaysia’ menggunakan duit sendiri untuk menurap jalan berlubang kerana dikatakan tiada tindakan segera dari pihak bertanggungjawab.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Orang Awam Guna Duit Sendiri Turap Jalan Berlubang, Ini Respon ADUN Sentosa

Baca Artikel Berkaitan: Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sekumpulan Lelaki Baiki Jalan Rosak Di Kampung, Elak Orang Awam Sangkut Trafik Sesak


Tular Foto Didakwa Berlaku Keretakan Pada Binaan Lebuhraya

Berbicara tentang kualiti jalan raya, baru-baru ini seorang pengguna di laman X (@update1111) telah memuat naik semula gambar pada binaan sebuah lebuh raya dipercayai di kawasan Cheras.

Dakwanya, lebuh raya itu dikatakan mempunyai keretakan yang semakin membesar dalam tempoh tiga bulan iaitu sekitar April sehingga Jun 2024.


Netizen Luah Rasa Bimbang Jika Berlaku Kemalangan

Rata-rata netizen yang melihat gambar-gambar tersebut meluahkan rasa risau kerana berisiko menyebabkan kejadian tidak diingini kepada pengguna jalan raya.

Mereka turut meminta pihak bertanggungjawab agar membuat pemantauan bagi memastikan keselamatan lebuh raya berkenaan.

“Mohon pihak berwajib buat inspection, beam bawah tanggung beban di atas, crack begini lama-lama kalau tak ada inspection makin besar. Takut besi dalam tu karat, lagi banyak cerita,” kata netizen.

Sumber: X

Menteri Kerja Raya Sahkan Tiada Keretakan Berlaku

Peka dengan keadaan yang berlaku, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) untuk membuat pemeriksaan serta penilaian segera.

Terbaharu, semalam (9 Jun) beliau bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membuat tinjauan di kawasan terlibat.

Memetik laporan Astro Awani, hasil pemeriksaan yang dilakukan semalam (9 Jun) mendapati bahawa tiada sebarang keretakan yang berlaku di pada persimpangan bertingkat di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi

Jelas Alexander, orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan lebuh raya berkenaan yang retak kerana ia hanya kesan hitam pada permukaan konkrit.

Saya berkesempatan naik ke atas menggunakan skylift bersama pihak SPE dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Tiada keretakan di lokasi seperti yang diadukan. Ia hanya kesan-kesan hitam di atas permukaan konkrit ‘crosshead‘. Kesan-kesan hitam ini telah dipastikan bukan retak seperti yang tular. Struktur telah dipastikan kukuh dan selamat untuk lebuh raya ini digunakan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Pasang Alat Pengesan Keretakan Sebagai Kawalan

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook beliau, Alexander turut mengarahkan pihak LLM untuk memasang ‘crack monitoring meter’ pada tiang terlibat bagi mengesan sebarang pergerakan atau keretakan.

Alat ini akan dipasang selama sebulan bagi memantau keadaan tiang jejambat dan laporan akan disediakan oleh LLM. Saya memberi jaminan kepada semua penguna jalan raya bahawa laluan ini selamat digunakan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat kerana membuat aduan tentang perkara tersebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd