Now Reading
“Atuk Dari Syurga” – Warga Emas Ubah Suai Bangku Untuk Latih Cucu Sindrom Down Berjalan Raih Pujian

“Atuk Dari Syurga” – Warga Emas Ubah Suai Bangku Untuk Latih Cucu Sindrom Down Berjalan Raih Pujian

Si cucu yang dikenali sebagai Haider Luthfan itu dipercayai mempunyai otot yang agak lemah sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk berjalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sindrom Down merupakan satu penyakit keturunan di mana kadar seseorang menghidapnya ialah satu bagi setiap 800 kelahiran.

Kanak-kanak yang mengalami penyakit ini berdepan dengan beberapa masalah kesihatan selain ciri-ciri fizikal yang sedikit lain sebagai contoh tubuh badan pendek, kepala bersaiz kecil dan pertumbuhan yang lambat.

Hasil carian kami mendapati individu mengalami Sindrom Down mempunyai otot yang agak lemah sekaligus membuatkan mereka lambat merangkak, duduk dan berjalan.


Atuk Ubah Suai Bangku Untuk Latih Cucu Sindrom Down Berjalan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@madahmawaddahh0) menyaksikan seorang atuk sedang melayan cucunya yang dikenali sebagai Haider Luthfan untuk berjalan.

Difahamkan Haider merupakan seorang kanak-kanak berumur 2 tahun yang mengalami penyakit Sindrom Down.

Menerusi klip perkongsian, si atuk telah mengubah suai bangku sedia ada di rumah dengan menambah dua batang kayu. Sebatang kayu digunakan sebagai pemegang tangan Haider manakala lagi satu berfungsi untuk meletakkan sebuah tablet.

Inovasi dilakukan oleh atuk berkenaan adalah untuk melatih si cucu agar berjalan dengan sendiri.

Sumber: TikTok (@madahmawaddahh0)

Batang kayu yang dipegang oleh Haider akan ditolak sedikit demi sedikit sehingga membolehkan si kecil melangkah ke depan dengan perlahan. Tablet yang dilekatkan sekali itu pula adalah bagi mencuri tumpuan Haider untuk bergerak.

“Selama hari ini, bukan Haider tak nak berjalan. Dia tak boleh berjalan. Takpe baby. Kita usaha sama-sama, ya!” kata si ibu di ruangan kapsyen.

@madahmawaddahh0 Selama hari ini, bukan dia taknak berjalan. Dia tak boleh berjalan😭 Takpe baby. Kita usaha sama-sama, ya!💪 #babydownsyndrome #ASDvsVSD #hirschprungswarrior #journeyumihaiderluthfan #alhamdulillahforeverything @Hzaine ♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Si ibu yang dikenali sebagai Madah di ruangan komen berkata bapanya telah melakukan pelbagai inovasi melibatkan pelbagai kelengkapan di rumah bagi memudahkan urusan Haider. Antaranya adalah tempat mandi dan tidur untuk si kecil.

Sumber: TikTok (@madahmawaddahh0)

Netizen Puji Atuk Guna Idea Kreatif Untuk Mudahkan Si Kecil Berjalan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan warga emas itu dalam melatih cucunya untuk berjalan.

“Berkaca mata tengok atuk layan cucu. Penuh kasih sayang. Semoga Allah permudahkan urusan atuk dunia dan akhirat,” kata seorang wanita.

Malah, ada seorang individu yang turut berkongsi pengalaman dilalui oleh ahli keluarga yang juga mengalami Sindrom Down.

“Adik saya pun Sindrom Down juga. Nak dekat 3 tahun baru dia boleh berjalan sendiri. Alhamdulillah sekarang dia dah 10 tahun. Semoga Haider boleh berjalan juga ya,” kata seorang netizen.

Sementara itu ada yang berkata pengalaman luas si atuk menjadi asbab mengapa dia mempunyai otak kreatif dalam menginovasi objek untuk Haider.

“Orang lama jarang tak padu. Terbaik atuk, pengalaman demi cucu,” ujar seorang pengguna TikTok.

Ramai juga netizen dilihat menitipkan doa buat si kecil agar sentiasa membesar dengan kesihatan yang baik, Insya-Allah.

Sumber: TikTok (@madahmawaddahh0)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Bangsa India Tolong Suap Makanan Kepada Rakan Sindrom Down Buat Ramai Tersentuh

Baca Artikel Berkaitan: Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd