Now Reading
[Video] 4×4 Rempuh Axia Gara-gara Memecut Di Lampu Kuning Raih Perhatian Ramai

[Video] 4×4 Rempuh Axia Gara-gara Memecut Di Lampu Kuning Raih Perhatian Ramai

Kejadian kereta jenis Perodua Axia dirempuh di persimpangan lampu isyarat itu berlaku dipercayai sekitar LRT Wangsa Maju.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, peraturan jalan raya yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi tidak kiralah apa pun alasan anda.

Walaupun ada sesetengah di antara kita yang sering memecut kerana mengejar urusan harian, namun keselamatan diri di jalan raya adalah lebih penting. Sebagai contoh, mematuhi peraturan ditetapkan di lampu isyarat.

Hal ini kerana, terdapat banyak kemalangan telah dilaporkan berlaku di persimpangan apabila kenderaan bertindak melanggar lampu kuning dan merah.

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Langgar Lampu Merah, Penunggang Dirempuh Motosikal [Video]


Axia Dirempuh Ketika Berhenti Di Lampu Kuning

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@Red_Aslan) menyaksikan satu insiden kemalangan kereta yang berlaku dipercayai sekitar LRT Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menerusi klip dashcam tersebut, kelihatan beberapa buah kenderaan sedang melintasi persimpangan sewaktu lampu isyarat berwarna hijau.

Kemudian, sebuah kereta Perodua Axia kuning dilihat sedang memperlahankan kereta ketika lampu kuning berkelip sebelum memberhentikannya di belakang garisan lampu isyarat sejurus lampu bertukar merah.

Namun, sebuah kereta dipercayai sebuah kereta jenis 4×4 secara mengejut merempuh Axia kuning itu ke seberang jalan.

Kereta pikap tersebut disyaki telah memecut dengan laju dan tidak sempat menekan brek apabila Axia tersebut berhenti beberapa meter dari garisan.

@red_aslan Drive safe gais. Tengok lampu isyarat tu. kan dah terhentam kereta orang. haih.. kesian kat akak tu, nak pergi kerja. #malaysia #malaysiatiktok #drivesafe #grabdriver #dashcammalaysia #dashcam #accident ♬ Pemandu Berhemah – Tiggie & Friends

Axia Terus Jalan Ke Depan, Elak Dilanggar Oleh Kenderaan Dari Kanan & Kiri

Impak tersebut menyebabkan kereta Axia tersebut ‘terdorong’ beberapa meter ke hadapan.

Menurut lelaki dikenali sebagai Aslan, pemandu Axia tersebut bertindak memandu ke depan dan berhenti di tepi supaya tidak bertembung dengan kenderaan lain dari persimpangan kiri serta kanan.

Melihat daripada foto yang dikongsi, kereta tersebut mengalami kerosakan di mana bahagian bumper belakangnya kemik.

Sumber: TikTok (@Red_Aslan)

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Insiden Axia Dirempuh

Menjengah ke ruangan komen, netizen telah memberikan pelbagai reaksi tentang kejadian tersebut. Ramai di kalangan mereka yang bersimpati dengan nasib yang dilalui oleh wanita yang memandu Axia berkenaan.

“Ya Allah kesian pemandu Axia tu. Sempat ke seberang jalan selepas kereta tertolak. Mujur tiada kenderaan dari kiri dan kanan. Kalau tak double, triple accident,” kata seorang individu.

Pun begitu, ramai juga yang menyalahkan pemandu Axia itu dan berpendapat bahawa dia sepatutnya jalan sahaja walaupun lampu isyarat menunjukkan warna kuning.

“Axia tu brek kenapa, lampu isyarat baru nak merahkan?” tanya seorang lelaki.

Sementara itu, ramai yang berkata kereta pikap berkenaan sepatutnya lebih cakna dan tidak memecut untuk mengejar lampu hijau.

“Axia tu betul dah. Lampu kuning bersedia untuk berhenti. Itu pun ramai yang suruh tengok cermin belakang dan cakap boleh jalan je terus. Yang langgar dari belakang tu kena alert dan pandai agak Axia tu nak pecut atau bersedia untuk berhenti,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@Red_Aslan)

Kereta Perlu Perlahan Di Lampu Kuning Kecuali Sudah Lepasi Garisan Putih

Menurut JPJ, pemandu jalan raya perlu berhenti di lampu merah atau memperlahankan kenderaan sekiranya lampu kuning kecuali, sudah melepasi garisan berhenti.

Manakala bergerak ketika lampu hijau.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Bakal Beri ‘Surat Cinta’ Bagi Kesalahan Langgar Lampu Isyarat, Garisan Putih, Parkir Haram & Lain-lain

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd