Now Reading
“Dah Berumur Pun Berani, Respect!” – Gelagat Tok Jalal Gelongsor Di Slide Tertinggi Dubai Raih Tumpuan

“Dah Berumur Pun Berani, Respect!” – Gelagat Tok Jalal Gelongsor Di Slide Tertinggi Dubai Raih Tumpuan

Difahamkan, Jalaluddin Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Jalal telah memberanikan diri gelongsor di slide tertinggi di Dubai dalam rancangan Travelawak: Projek Bapak Bapak musim ketiga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, permainan di teman tema air sememangnya digemari oleh golongan kanak-kanak. Tiba sahaja musim cuti persekolahan, sudah pasti tempat itu menjadi tumpuan utama si kecil untuk bermain.

Pun begitu, ramai juga di kalangan orang dewasa yang turut menikmati permainan tersedia di sana sebagai contoh gelongsor air.

Mungkin juga disebabkan mereka boleh melepaskan rasa gian bermain seperti anak kecil yang lain. Bak kata orang, ia boleh mengimbau kepada zaman kanak-kanak dahulu.


Tok Jalal Beranikan Diri Gelongsor Di ‘Slide’ Tertinggi, Dubai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@astromalaysia) menyaksikan klip sedutan dari rancangan realiti Travelawak: Projek Bapak Bapak musim ketiga yang dibintangi oleh selebriti veteran seperti Datuk Jalaluddin Hassan (Tok Jalal), Datuk Ramli Mohd Salleh (Tok Ram), Jatt Ali dan Roy Azman.

Difahamkan, barisan selebriti itu melawat ke Dubai dan melakukan beberapa aktiviti dan cabaran antaranya di sebuah taman tema air.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menaiki gelongsor air tertinggi di negara tersebut. Pada awalnya, Roy Azman dan juga Jatt Ali telahpun memulakan cabaran tersebut dan menggelongsor dengan jayanya.

Apabila tiba giliran Jalaluddin Hassan pula, kru produksi bersama Tok Ram berkata dia tidak perlu melakukannya sekiranya tidak berupaya.

@astromalaysia Hebatnya Tok! 😭🙌🏻 #TokRam #TokJalal #RoyAzman #JattAli #Lawak #Travelawak #ProjekBapakBapak @Roy Azman @jattali_official ♬ original sound – Astro Malaysia

Namun, umur yang sudah lanjut tidak mematahkan semangat Tok Jalal untuk mengharungi cabaran berkenaan. Pada mulanya, dia kelihatan gugup dan takut tetapi selepas membaca doa, Tok Jalal memberanikan diri menuruni gelongsor itu.

Sebaik selesai cabaran itu, dia disambut dengan meriah dan disorak oleh Roy Azman dan Jatt Ali yang sedang menunggu di kolam renang di bawah.

Walaupun terkedu dan terkejut, rakan-rakan yang lain dilihat bangga dengan semangat Tok Jalal kerana telah menyahut cabaran tersebut. Bukan main lagi Roy Azman gelakkan Tok Jalal ya.

Sumber: TikTok (@astromalaysia)
@thisisroyazman Memasing ada surat xnak buat task 🤣🤣🤣 Saksikan #TravelawakProjekBapakBapak, setiap Khamis, 9 malam di #AstroWarna atau strim di Astro GO dan sooka. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang! ATAU Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll ♬ bunyi asal – Roy Azman

Gelagat Tok Jalal Gelongsor Buat Ramai Terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Tok Jalal bersama rakan-rakannya yang lain ketika bermain gelongsor itu.

Melihat keakraban kesemua selebriti tersebut, ada individu yang mencadangkan agar rancangan realiti itu diteruskan ke musim empat di destinasi berbeza pula.

“Harap ending program bapak bapak ni nanti Astro bawa mereka pergi tunaikan umrah sama-sama pula. Suka tengok hubungan dia orang,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga berbangga dengan Tok Jalal kerana memberanikan diri walhal sudah lanjut usia.

“Ya Allah kita yang risau tengok Tok Jalal tadi. Terbaik la Tok, memang tawakal je,” ujar seorang wanita.

Malah ramai juga menggemari rancangan realiti yang menunjukkan tentang hubungan persahabatan riuh di antara empat veteran berkenaan.

Sebagai info, Projek Bapak Bapak sebelum ini menjalani pengambaran di Australia dan Jepun bagi musim pertama dan kedua.

Sumber: TikTok (@astromalaysia)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd