Now Reading
[Video] Gelagat 2 Pemuda Tonton Cerita Upin & Ipin Di Kedai Mamak Buat Netizen Terhibur

[Video] Gelagat 2 Pemuda Tonton Cerita Upin & Ipin Di Kedai Mamak Buat Netizen Terhibur

Ketika video itu dirakam di sebuah kedai mamak, mereka berdua dilihat sedang menonton babak ketika kakak kepada Upin dan Ipin iaitu Kak Ros berada di dalam rumah mereka yang berwarna hijau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salah satu animasi popular dari Malaysia iaitu Upin dan Ipin telah mula disiarkan di kaca televisyen sekitar tahun 2007 dan telah menjadi karya paling diminati oleh rakyat negara kita.

Malah, masyarakat negara jiran terutamanya Indonesia turut menggemari kartun ini setelah ia menembusi pasaran antarabangsa selepas tiga tahun animasi ini disiarkan.

Ini kerana animasi berkenaan mempunyai pengajaran positif yang boleh dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat antaranya tentang hubungan kekeluargaan, budi bahasa dengan orang tua dan sebagainya.


Pelanggan Lelaki Dewasa Tonton Kartun Upin & Ipin Di Kedai Mamak

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@hedirmusa2), seorang pelanggan di kedai mamak terlihat dua orang pemuda yang sedang menikmati hidangan bersama-sama di premis berkenaan.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila mereka berdua dilihat menonton animasi Upin dan Ipin menggunakan Ipad.

Ketika video itu dirakam, mereka berdua dilihat khusyuk menonton babak memperlihatkan kakak kepada Upin dan Ipin iaitu Kak Ros sedang berada di dalam rumah mereka yang berwarna hijau.

Video berkenaan telah mendapat perhatian sehingga berjaya meraih 20,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@hedirmusa2/video/7375898610199727367

Netizen Terhibur Lihat Gelagat 2 Lelaki Dewasa Tonton Upin Dan Ipin Di Kedai Mamak

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terhibur melihat gelagat dua lelaki dewasa itu yang santai menonton animasi Upin dan Ipin ketika sedang menjamu selera di kedai mamak.

Sesetengah netizen berpendapat pilihan mereka untuk menonton kartun berkenaan adalah sesuatu yang baik kerana mengandungi pelbagai pengajaran bersifat positif yang boleh dipelajari.

Ada juga yang kata mungkin mereka memilih untuk menonton animasi tersebut kerana mahu mengukuhkan lagi penguasaan dalam Bahasa Melayu.

“Ni mesti nak belajar Bahasa Melayu,” ujar netizen.

Malah, seorang netizen berkata dia juga sering menonton kartun untuk menjadikan waktu makannya lebih mengujakan.

“Aku pun kalau tengah makan mesti tengok kartun, baru best nak makan,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Animasi Upin Dan Ipin Juga Kini Boleh Ditonton Di Netflix UK & Australia

Pada tahun 2021, animasi mengenai kisah kehidupan kembar ini turut ditayangkan di platform Netflix di United Kingdom dan Australia.

Menurut laporan Berita Harian, Pengurus Pemasaran Antarabangsa Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Karyabudi Mohd Aris, 39, menyatakan bahawa tawaran yang diberikan oleh Netflix UK dan Australia itu merupakan sebuah justifikasi tentang mutu karya Upin Ipin.

Animasi Upin dan Ipin.

“Kami bangga apabila Netflix UK dan Australia mahu menayangkan karya kami di platform mereka. Secara tidak langsung, ini membuktikan kualiti kandungan kami dan petunjuk bahawa karya kami mencapai standard antarabangsa.

Kejayaan ini membuktikan bahawa penceritaan yang dipaparkan dalam Upin & Ipin boleh diterima pakai di mana-mana sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Wow, Netflix UK Dan Australia Dah Mula Tayangkan Upin Ipin!

Baca Artikel Berkaitan: Kemunculan Abang Kandung Mail Dalam Siri Upin & Ipin Buat Netizen Teruja [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Fizi Dah Insaf, Jangan Marah Lagi.. ” – Kontroversi Dialog Upin-Ipin, Fizi Minta Maaf [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd