Now Reading
Rakyat Indonesia Cemburu Lihat Konsert Melly Goeslaw Meriah Dengan Tema ‘Malam Graduasi’ Di Malaysia

Rakyat Indonesia Cemburu Lihat Konsert Melly Goeslaw Meriah Dengan Tema ‘Malam Graduasi’ Di Malaysia

Rata-rata peminat yang menghadiri konsert Melly Goeslaw di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu (1 Jun) mengenakan pakaian seragam sekolah dan jubah graduasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Sabtu lalu (1 Jun), penyanyi popular dari Indonesia iaitu Melly Goeslaw sekali lagi mengadakan persembahan konsert di Malaysia bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dalam konsert yang dihadiri seramai 9,000 orang peminat itu, Melly telah menyampaikan 24 buah lagu termasuklah lagu-lagu terkenal seperti:

  • Tak Tahan Lagi
  • Ingin Mencintai Dan Dicintai
  • Pecinta Wanita
  • Berdua Lebih Baik
  • Suara Hati Seorang Kekasih
  • Sampai Menutup Mata
  • Bimbang
  • Ayat-ayat Cinta
  • Ratusan Purnama
  • Menghitung Hari
Sumber: Instagram @melly_goeslaw

Selain Melly, antara penyanyi lain yang turut tampil sebagai undangan istimewa untuk berduet bersama Melly adalah Joe Flizzow dan Puteri Ariani.

Lebih istimewa lagi, suami kepada Melly iaitu Anto Hoes turut terlibat dalam konsert ini sebagai pengarah muzik yang diiringi oleh Malaysia Group Orchestra.

Dalam konsert yang sama, Melly juga menyampaikan sebuah lagu yang dikhaskan untuk masyarakat Palestin bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

Sumber: Ahmed Faez

Tema ‘Malam Graduasi’ Bagi Pengunjung Konsert Melly Goeslaw Bikin Rakyat Indonesia Cemburu

Konsert Melly Goeslaw ini menjadi lebih hangat dengan kehadiran pengunjung yang rata-ratanya mengikut tema ditetapkan iaitu ‘Malam Graduasi’.

Boleh tahan ramai juga pengunjung yang memakai pakaian seragam sekolah untuk tampil serasi dengan tema di konsert berkenaan.

Sumber: Ahmed Faez/ Sarah Syamimie

Ada juga yang memakai jubah konvokesyen bagi tampil serasi dengan topi graduasi yang diberikan secara percuma kepada setiap pembeli tiket konsert berkenaan.

Bukan itu sahaja, bendera Palestin juga diberikan kepada setiap pengunjung yang hadir.

Kemeriahan konsert Melly Goeslaw di Malaysia ini membuatkan ramai rakyat Indonesia cemburu dan berharap agar persembahan sama akan turut dilakukan di negara mereka.

Sumber: Sarah Syamimie

Selain keunikan tema konsert, lambungan bola bersaiz besar dan limpahan belon di bahagian ‘standing’ menjadikan suasana persembahan kelihatan lebih mengujakan.

“Macam ini rupanya rasa iri hati dengan selebriti negara sendiri yang lebih meriah melakukan konsert di negara lain,” kata netizen.

Difahamkan, tema untuk konsert Melly Goeslaw di Malaysia adalah ‘Prom Night’. Apa lagi, boleh siap-siap menabung dari sekarang untuk beli tiket.


Melly Goeslaw Ucap Terima Kasih Kepada Peminat Di Malaysia

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram milik Melly Goeslaw (@melly_goeslaw), penyanyi dan komposer itu mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di Malaysia yang hadir menonton persembahan konsertnya pada Sabtu lalu.

Saya mengucapkan terima kasih yang teramat sangat pada semua yang sudah nonton konsert saya kelmarin. Semua masyarakat Malaysia yang sudah menerima lebih dan kurangnya saya. Terima kasih.

Melly Goeslaw.

Melly turut berterima kasih kepada pengurus selebriti iaitu Iman Tang dan ICON Entertainment atas penganjuran konsert di Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd