Now Reading
Warga Emas Pertama Kali Bergelar Ayah Di Usia 80 Tahun, Sebak Diberi Zuriat Lepas Tunggu 10 Tahun

Warga Emas Pertama Kali Bergelar Ayah Di Usia 80 Tahun, Sebak Diberi Zuriat Lepas Tunggu 10 Tahun

Walaupun perbezaan usia adalah 38 tahun, tetapi ia tidak menghalang pasangan berusia 42 dan 80 tahun ini untuk dikurniakan anak sulung mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pasangan mempunyai perjalanan yang berbeza-beza untuk mendapatkan zuriat mereka. Ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun lamanya, ada pula yang diberi rezeki lebih awal.

Pengalaman menimang cahaya mata sulung bukan sahaja satu perkara berharga kepada wanita bergelar ibu, malah para suami juga telah ‘naik pangkat’ menjadi seorang ayah.

Cepat atau lambat, percayalah setiap takdir telah ditentukan oleh Allah SWT dan pasti ada hikmah di sebaliknya.


Warga Emas Dikurniakan Zuriat Pertama Ketika Usia 80 Tahun

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@ummimakhapakyob), seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun menahan sebak apabila pertama kali bergelar ayah selepas isterinya yang berusia 42 tahun melahirkan seorang anak perempuan.

Kelahiran puteri sulung mereka pada Jumaat lalu (31 Mei) merupakan detik bermakna buat pasangan ini kerana sudah 10 tahun menunggu rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

Dalam video tersebut, warga emas itu yang mesra dipanggil sebagai Pak Yob dilihat sempat mengiqamatkan anak perempuan sulungnya selepas dilahirkan.

Difahamkan, perbezaan umur antara Pak Yob dan isterinya bernama Ummi yang menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang adalah 38 tahun. Namun perkara itu tidak menjadi penghalang buat mereka untuk dikurniakan cahaya mata.

Video perkongsian di TikTok itu telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 3.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@ummimakhapakyob

Kurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan

♬ original sound – Ummi Mak Ha Pak Yob – Ummi Mak Ha Pak Yob

Netizen Ucap Tahniah Kepada Pasangan Ini

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut atas kurniaan zuriat pertama selepas sedekad menunggunya.

Pada masa sama, pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman sama yang berlaku kepada diri mereka dan juga ahli keluarga yang lain.

“Tak ada yang mustahil. Umur bukan penghalang. Mak saya lahirkan saya pun ketika usia dia 47 tahun. Alhamdulillah okey je sekarang. Mak saya dah usia 91 tahun sihat lagi,” kata netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang meminta agar orang ramai mendoakan mereka juga diberikan rezeki untuk mendapatkan anak meskipun kini sudah berusia 43 tahun.

Sumber: TikTok

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Pak Yob dan Ummi atas kurniaan cahaya mata sulung selepas 10 tauhn bersabar menanti zuriat.

Semoga dipermudahkan segalanya untuk menjadi ibu bapa.


Nasihat Untuk Mereka Yang Pertama Kali Bergelar Ayah

Umum sedia maklum, para ibu menggalas tanggungjawab yang besar seperti perlu menyusu bayi mereka setiap tiga jam dan mengepam susu keluar dari badan.

Pakar kesihatan berpendapat bahawa seorang ibu perlu memberikan susu awal kepada anaknya (susu kolustrum) sehingga berusia dua tahun kerana mempunyai khasiat yang diperlukan oleh bayi.

BACA JUGA: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan

Sumber: Pexels

Bagaimana pula dengan tugas seorang ayah? Apa yang perlu mereka lakukan?

Antara nasihat yang diberikan oleh pengguna media sosial kepada mereka yang baru bergelar bapa adalah:

  • Bersedia membantu isteri ketika waktu tengah malam.
  • Menjaga emosi isteri.
  • Sentiasa bersabar.
  • Mengambil ‘Confinement Lady’ untuk membantu isteri yang sedang berpantang.
  • Mengambil tahu tentang pengurusan menjaga bayi dan isteri selepas bersalin.
  • Mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi.

Kepada para ayah yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, good luck! Memang agak mencabar pada awalnya, tetapi pengalaman itu yang akan mematangkan anda pada masa akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: First Time Jadi Ibu Bapa? Ini 6 Kondisi ‘Aneh’ Pada Bayi Baru Lahir Yang Sebenarnya Normal

Baca Artikel Berkaitan: Nak Daftar Kelahiran Anak di JPN? Bapa Kongsi Langkah-Langkahnya & Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Baca Artikel Berkaitan: 7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd