Now Reading
[Video] Minah Saleh Terharu ‘Dikejar’ Penunggang Motosikal Hanya Untuk Belanja Roti & Minuman

[Video] Minah Saleh Terharu ‘Dikejar’ Penunggang Motosikal Hanya Untuk Belanja Roti & Minuman

Menurut wanita yang dikenali sebagai Krista itu, seorang pemuda telah membelikannya beberapa keping roti mentega dan juga sebotol 100 PLUS sewaktu berbasikal di kawasan Jeniang, Kedah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Amalan berkongsi rezeki dengan individu lain adalah satu sikap yang amat mulia. Malah rakyat Malaysia turut terkenal dengan nilai positif bukan sahaja dengan penduduk setempat malah dengan pelancong asing juga.

Seperti sebelum ini, seorang YouTuber dikenali sebagai Jon menangis kerana berasa sebak dengan kebaikan seorang lelaki yang bersahaja memberikannya sate ikan sewaktu berada di dalam kereta api.

Aksi tersebut membuatkan Jon terpukau dengan sikap orang tempatan kerana berkelakuan baik walaupun dengan orang yang tidak dikenali.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati


Minah Saleh Terharu Penunggang Motosikal Kejar Dirinya Untuk Berkongsi Rezeki

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@FoolonAdventure) apabila seorang pelancong asing dikenali sebagai Krista berkongsi pengalaman menyentuh hati sewaktu berbasikal sekitar sebuah bandar kecil di Jeniang, Kedah.

Menurut Krista, seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal telah mengejarnya semata-mata untuk berkongsi rezeki.

Difahamkan, lelaki berkenaan melihat wanita itu di kawasan tersebut lalu terus ke kedai berhampiran untuk membeli snek dan minuman buat Krista.

Memetik World of Buzz, pemuda tersebut telah membelikannya 10 pek roti mentega dan juga sebotol minuman sukan isotonik 100 PLUS.

Perkara yang tidak disangka berlaku itu membuatkan wanita berkenaan berasa terharu dengan sikap penduduk tempatan yang prihatin dan bertimbang rasa.

Lebih ramai orang boleh belajar daripada manusia hebat ini, ‘sharing is caring’. Bertimbang rasa terhadap satu sama lain. Berbuat baik. Saya amat menghargainya.

Krista.

Tambah wanita tersebut, rata-rata orang Malaysia yang dijumpai sepanjang berada di sini amat baik dengannya. Bahkan, dia juga berasa sikap individu sebegitu boleh mengubah dunia ini kepada yang lebih baik.

@foolonadventure I was just cycling along the road when a young man chased me down on his motorcycle. Apparently he had seen me passing by. He went to the shop to buy some food and drink for me. I couldn't believe. It was incredibly sweet of him. More people could learn from these amazing human beings. Sharing is caring. Being considerate towards each other. Being thoughtful. Being kind. I highly appreciate. Terima kasih 💙🙏🏼 #bicycletour #malaysia #solofemale #worldbybike #asia #cyclegirl #cyclinggirl #adventure #aventura #outdoorgirl #explore #nomadlife #greatoutdoors #viaje #biketour #bikepacking #feelinggood #bici #velo #rtw #traveltheworld #kindness #help #support #shock #jom #viral #view #life #fate #help #sharing #friends #welcome #food #generosity ♬ original sound – FoolOnAdventure

Netizen Gembira Dengar Pengalaman Baik Krista Di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata amalan berbaik dengan individu lain telah diterapkan sejak kecil lagi.

Malah ada yang berkata penduduk di kawasan Kedah memang baik hati.

“Adakah awak di kawasan Kedah? Ya, orang di kawasan luar bandar memang baik hati. Saya pernah ke Kedah beberapa tahun lalu untuk cari seseorang tetapi sesat. Selepas itu ada seorang lelaki datang menaiki motosikal dan nak tolong,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Krista kerana mengambil masa melawat negara ini.

“Hati-hati Krista. Jaga keselamatan dan kesihatan. Terima kasih kerana melawat Malaysia, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan awak,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@FoolonAdventure)

Baca Artikel Berkaitan: “I Find It Interesting” – Mat Saleh Terkejut 5 Benda Ini Popular Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Everyone Seems Very Happy” – Ini Pendapat Mat Saleh Tentang Pros & Cons Melancong Di Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd