Rizman Ruzaini Dedah Bayar RM3 Juta Untuk Ambil Naomi Campbell Sebagai Model Di Dubai Fashion Week
Jenama Rizman Ruzaini terpaksa mengharungi beberapa cabaran sebelum berjaya mendapatkan Naomi Campbell sebagai model jenama mereka untuk Dubai Fashion Week (DFW).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rizman Ruzaini adalah satu jenama yang cukup gah dalam industri fesyen di Malaysia kerana busana yang dihasilkan oleh gandingan dua pereka fesyen terkenal ini cukup elegan dan ‘classy’.
Bukan hanya mencipta kejayaan di Malaysia, jenama Rizman Ruzaini ini yang diasaskan oleh Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil turut menempa nama di Emiriah Arab Bersatu ketika dipilih untuk mempersembahkan busana mereka di Dubai Fashion Week sempena musim Spring/Summer 2024.
Lebih membanggakan lagi, mereka telah mengambil supermodel terkenal iaitu Naomi Campbell menjadi salah seorang yang memperagakan pakaian jenama mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Supermodel Naomi Campbell Peraga Pakaian Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week

Rizman Ruzaini Bayar RM3 Juta Untuk Tempah Naomi Campbell Sebagai Model Mereka
Dalam satu siaran podcast ‘Apa Cerita?’ yang dihoskan oleh Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin, Rizman Nordin telah dijemput sebagai salah seorang tetamu undangan untuk berkongsi pengalamannya.
Ketika perkongsian itu, Rizman mendedahkan jenamanya sanggup membayar kos keseluruhan bernilai RM3 juta untuk menempah supermodel, Naomi Campbell sebagai salah seorang individu yang memperagakan busana rekaan jenama Rizman Ruzaini.

Pereka fesyen itu menceritakan mereka terpaksa mengharungi beberapa cabaran sebelum berjaya mendapatkan Naomi sebagai model mereka di Dubai Fashion Week.
I cakap bila I nak Naomi, I akan dapatkan Naomi. That’s me. Kami dah hubungi pihak pengurusan Naomi tapi mereka tak get back semula. Kami dah mula mencari Naomi dari bulan 6. Tapi bulan 8 i dah tak tahan dah. Dubai Fashion Week pula bulan 10.
Rizman Nordin.
Ketika buntu dengan masalah yang terjadi, Rizman bertanya kepada staf sekiranya ada di antara mereka yang mempunyai kenalan di Los Angeles.
Nak dijadikan cerita, salah seorang daripada staf Rizman Ruzaini mempunyai kenalan di negara tersebut dan individu berkenaan pada ketika itu berada bersama dengan Naomi Campbell di Milan.

Perkara yang berlaku ini turut membuatkan Rizman belajar untuk melihat pada solusi terdekat yang berkemungkinan berada di sekeliling kita.
“Benda ni kita boleh jadikan pembelajaran juga. Kadang-kadang orang tu dah depan muka kita je sebenarnya. I ada tanya dekat my team, ada tak siapa siapa by any chance yang ada kenal dengan orang yang duduk di LA dan ada connection dengan Naomi. Kebetulan ada sorang yang kenal dengan orang kat sana dan saya terus suruh kata ‘call sekarang pada waktu tu’,” kata Rizman.
Selepas berjaya menghubungi Naomi, perkara pertama yang ditanya oleh supermodel tersebut adalah rekaan busana yang akan dipakai olehnya sebelum dia akhirnya bersetuju untuk menjadi model kepada pakaian Rizman Ruzaini.
Walau bagaimanapun, cabaran lain pula yang mendatang apabila pihak pengurusan Naomi meletakkan harga sehingga melebihi RM4 juta kerana melihat kepada faktor populariti supermodel terbabit ketika itu.

Pada mulanya, Rizman hampir berputus asa kerana tawaran harga yang diberikan terlalu tinggi.
Namun disebabkan kemahuannya juga tinggi dan terlalu menginginkan Naomi sebagai model, Rizman menceritakan situasi yang berlaku kepada Naomi dan ia mendapat bantahan dari model berkenaan.
Kemudiannya, Naomi meminta agar pihak pengurusan menurunkan harga kepada sekitar RM1 juta sahaja.
Kalau anda nak tahu kisah penuh tentang kisah perkongsian dari Rizman ini, boleh tonton video di bawah.
Profil Rizman Ruzaini
Untuk pengetahuan anda, Rizman Ruzaini yang diasaskan oleh Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil sudah bertapak di dunia fesyen tempatan hampir dua dekad.

Selain mereka pakaian, jenama Rizman Ruzaini juga mempunyai aksesori seperti beg, kasut dan tudung.
Gabungan duo lepasan UiTM Shah Alam ini juga sering menggayakan artis-artis terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nur Fazura, Izara Aishah dan ramai lagi.
Artikel Berkaitan: Fahrenheit88 Lancar Kempen ‘Raya In Style’, SEPHORA & Rizman Ruzaini Pun Ada!
Artikel Berkaitan: Wow! Pereka Rizman Ruzaini Hadiahkan Baju Raya Untuk Frontliners
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.