[Video]”Macam Iklan 3D” – Iklan Lazada Dalam Pawagam Tampil Berbeza, Pelakon Muncul Dalam Panggung
Ia bermula apabila seorang ‘penonton’ dalam panggung yang sama memberi respons kepada pertanyaan yang diajukan oleh wanita dalam siaran iklan di skrin itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mereka yang kerap keluar menonton wayang mesti akan perasan ada beberapa iklan akan disiarkan sebelum filem mula ditayangkan.
Antaranya iklan dari jenama terkenal dan juga trailer untuk filem-filem yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Tapi ada satu iklan di panggung wayang di Malaysia pula tampil memberikan kelainan yang cukup unik.
Iklan Lazada Dalam Pawagam Curi Tumpuan Ramai
Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@ipin_skop), lelaki ini dilihat sedang menonton siaran iklan yang dihasilkan oleh platform e-dagang iaitu Lazada dalam sebuah panggung wayang.
Iklan itu menunjukkan babak di mana seorang wanita memanggil ‘anaknya’ di kerusi nombor 15 untuk mengemas biliknya yang dipercayai bersepah dengan pelbagai barangan.
Ketika sedang leka menonton iklan, seorang ‘penonton’ dalam panggung yang sama seolah-olah memberi respons kepada pertanyaan yang diajukan oleh wanita dalam siaran iklan di skrin.
Respon yang diberikan oleh lelaki terbabit juga dijawab semula oleh wanita berkenaan yang berlakon sebagai ibunya.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut bangun dari tempat duduknya dalam panggung wayang dan menuju ke pintu keluar untuk beredar.
Kemudian, lelaki berkenaan dilihat muncul pada skrin terbabit dengan mengenakan baju yang sama dipakai ketika berada dalam panggung wayang.
Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 9.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
@ipin_skop mantap video ni #3d #iklan #ipinskop #fyp
♬ bunyi asal – ipin skop shop – ipin skop shop
Netizen Terpegun Lihat Kemunculan Watak Dalam Iklan Dalam Realiti
Aksi itu membuatkan ramai penonton di dalam panggung terkejut dan juga kagum selepas melihat iklan pemasaran dari Lazada yang agak unik.
Bak kata pengguna TikTok ini, iklan dari platform e-dagang berkenaan seperti iklan tiga dimensi (3D) kerana lelaki yang melakonkan watak dalam iklan terbabit muncul dengan pakaian sama seperti di dalam iklan yang ditayangkan.
Pada masa yang sama, ramai juga yang berteka-teki sama ada individu itu akan berada di lokasi sama sepanjang masa bagi membolehkan iklan tersebut dilakonkan.
“Penat lah member nak datang setiap kali iklan tu,” kata netizen.
Ada juga netizen yang memuji keberanian individu terbabit kerana tidak takut untuk berlakon di khalayak ramai.
“Weh beraninya dia. Respect la sebab jenis masyarakat kita ni ada yang kuat ‘boo’ atau cepat melatah apa semua,” ujar netizen.

Memang lain yang lain betul iklan Lazada. Belum pernah nampak iklan seperti ini di Malaysia. Makin kreatif juga ya industri pengiklanan di negara kita. Good job!
Baca Artikel Berkaitan: Iklan Merdeka Ini Buktikan Kenapa “Makan Is Malaysian”
Baca Artikel Berkaitan: Grab, Watsons, Gamuda Land & 4 Lagi Iklan Raya Menarik Untuk Tahun 2023. Jom Tengok!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gandingan Norman Hakim & Marissa Dania Dalam Iklan Pak Mat Western Bikin Netizen Sebak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.